FOLLOWERS

Jumaat, 27 Mei 2016

DUNIA KAMPUS: PERBEZAAN ANTARA SEKOLAH DAN UNIVERSITI

Assalamualaikum...

SEKOLAH DAN UNIVERSITI




PENYEDIAAN NOTA

SEKOLAH          
Biasanya nota diberi sepenuhnya oleh cikgu.

IPT                    
Pensyarah akan beri syarahan dalam kuliah. Biasanya nota pensyarah disediakan   dalam bentuk slide
yang terdapat hanya isi-isi penting topik sahaja. HURAIAN?..Kebiasaannya pensyarah jarang bagi
huraian panjang lebar secara bertulis. HURAIAN atau MAKLUMAT secara detail korang kenalah
dengar betul-betul apa yang pensyarah syarahkan. Kemudiaan,dapatkan buku-buku rujukan yang
betul untuk rujukan topik yang diajar.

TIP      
Jangan terlalu berharap pensyarah memberi nota sepenuhnya. Permulaannya mungkin sukar
menyesuaikan diri. Nanti lama-lama korang faham dan tahu apa yang perlu buat. Pelajar IPT kenalah
berdikari. Betul tak?


MENCATAT NOTA

SEKOLAH          
 Kebiasaannya guru sediakan nota, pelajar hanya menyalin. Paling tidak pun nota   dicatat
berdasarkan rujukan buku teks.

IPT                      
Pensyarah memberi syarahan, pandai-pandailah pelajar catat nota. Hayati mula- mula belajar
dulu pun tak tahu nak buat catatan ringkas nota. Salin semua sebab  rasa macam semua yang
ada di slide pensyarah penting je hihi..

TIP                      
Usah bimbang. Keadaan ini tak akan berlarutan sampai 4 tahun lamanya,Boleh  tanya senior ,
tak pun secara semulajadi korang boleh buat nota ringkas.

BAHASA

SEKOLAH    
Guru mengajar dalam bahasa Melayu atau Inggeris

IPT
Lebih banyak bahasa digunakan terutamanya pelajar yang belajar di luar negara. Hayati fokus U
dalam negara jelah. Biasanya bahasa Melayu dan Inggeris ( lain U,subjek mungkin terdapat
perbezaan). TAPI AWAS! jangan fikir jika anda belajar subjek yang anda rasakan 100% diajar dalam
bahasa Melayu pensyarah akan guna bahasa Melayu. Kemungkinan besar pensyarah menggunakan
bahasa Inggeris, bahan-bahan rujukan berbahasa Inggeris dan anda perlu bersedia. Terdapat
sesetengah fakulti mewajibkan pelajar mengambil subjek yang diajar dalam bahasa Inggeris. Tugasan
juga ditulis dalam bahasa Inggeris.

TIP
Saboo jelah. Hari tersebut pasti tiba jugak. Bersedia dan cuba..cuba dan cuba. Jangan lari dari bahasa
Inggeris.

KEMESRAAN TENAGA PENGAJAR

SEKOLAH   
Guru yang ramah dan penyayang.

IPT      
Pensyarah pun ada yang ramah dan friendly tapi sebahagian sukar untuk didekati   sebab
pensyarah agak sibuk dengan urusan universiti dan pelbagai komitmen.

TIP  
Jangan risau. Biasanya pensyarah akan menetapkan waktu pertemuan untuk perbincangan. Kalau
mahu berurusan dengan pensyarah sebaiknya hubungi/mesej pensyarah buat appoiment dengan
pensyarah.


PENULISAN

SEKOLAH           
Siapkan kerja rumah dan karangan.

IPT                  
Mesti siapkan assignment atau tesis. Penulisan tugasan lebih bersifat ilmiah.

TIP                  
Rajin-rajinlah baca buku-buku ilmiah atau majalah ilmiah. Digalakkan menyertai seminar
atau program teknik penulisan ilmiah. Masa Hayati belajar di USM satu sem Hayati perlu belajar
subjek Kemahiran Belajar yang merangkumi teknik belajar, teknik buat nota, teknik penulisan ilmiah
dan banyak lagilah yang berkaitan dengan teknik penulisan ilmiah.


Baca selengkapnya

Khamis, 26 Mei 2016

PRINTCIOUS-HADIAH DARI HATI PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI

Assalamu'alaikum..

Ingat tak Hayati pernah kongsi cerita tentang PRINTCIOUS.COM dalam blog ini. So, Hayati pun orderlah gift dari printcious.com. Masa tengah dok fikir nak order gift dari printcious, ditakdirkan adik Hayati, Faiz ternampak Hayati tengah godek-godek web Printcious.com Maka dia pun joinlah menyibuk hehehe.Last-last Hayati order mug atas permintaan Faiz. 

printcious.com

printcious.com
Dah sampaiii..Faiz warning tak bagi kakak-kakak dia bukak hadiah dia TAPI...
Tempoh penghantar pun cepat.  Disebabkan gift printcious.com berkonsepkan DIY..boleh create design sendiri. Maka terhasillah DIY..Faiz ...sakan betul dia.

sambungan perkataan TAPI kat caption gambar diatas...
TAPI kami tak sabar nak tengok. Masa dia menghilangkan diri ke mana ntah, si kakak pun apa lagi..

printcious.com
amboi ultraman penuh gaya machoo..

printcious.com
seperti dah dijangka..ultraman..masked rider tetap di hati Faiz. Ikot hati jahat mahu je letak colour pink mug tu tapi tak sampai hati nak sabotaj haha karang jadi gift paling ngeri untuk budak lelaki..

printcious.com
Bila masa pulak Faiz letak nama dia,,


Service penghantaran dan segala-galanya tentang printcious.com memang terbaik. Staff printcious.com (customer service ) memang ramah dan bagus. Tanya jelah soalan banyak-banyak pun dorang tetap ramah dan terbaik.

Sekarang bolehlah shopping di PRINTCIOUS.COM , Dah tak ragu-ragu lagi. Selain mug banyak lagi yang menarik di printcious.com.Boleh order untuk hadiah wedding, birthday dan banyak lagi. Printcious.com pun banyak design menarik.



Baca selengkapnya

Isnin, 23 Mei 2016

REVIEW NOVEL: Cuti Sekolah Horror

Assalamualaikum..

Review Novel Seram: Cuti Sekolah Horror

Buku seram hari ini buku yang boleh dikatakan agak seram jugak. Boleh terkejut pertama kali tengok helaian kandungan buku seram ni. Bukan novel tau sebab tak tebal 192 mukasurat je. Buku seram Cuti Sekolah Horror adalah koleksi cerita-cerita pendek seram.. lebih kurang macam cerpen. Cerita dalam buku Cuti Sekolah Horror memang best.

Tajuk: Cuti Sekolah Horror

Penulis: Rohani Mohd Bakri

Penerbit: SynergyMedia


Terdapat 13 buah cerita dalam buku Cuti Sekolah Horror..

1) Mastura Tenanglah Kau Di Sana
2)Kali Pertama Jatuh Cinta
3)Kereta Terpakai Ayah
4)Kejadian Aneh di Gazebo
5)Siapa Engkau Sebenarnya???
6)Temanku Seorang Hantu
7)Aiman, Jangan Lupa Datang
8)Misteri Bilik Sewa Murah
9)Kemunculan Tengkorak Di Makmal
10)Bayangan Kakak Datang Menganggu
11)Jangan Cuba Melawan Aku
12) Jelmaan Nenek Tua
13)Tolong Saya, Cikgu

Uniknya, buku Cuti Sekolah Horror

cuti sekolah horror
Ada gambar hantu dalam buku..hampir setiap mukasurat hehehe..
jangan baca waktu tengah malam..

ok!




Baca selengkapnya

Sabtu, 21 Mei 2016

Motivasi Diri : Mencari Inspirasi

Assalamualaikum dan selamat pagi

Mencari Inspirasi ini Hayati nak kisahkan tentang apa yang pernah dilalui Hayati selama Hayati bergelar pelajar terutamanya ketika zaman sekolah. Hayati bukanlah seorang pelajar yang cemerlang  jauh sekali dikelompokkan sebagai pelajar target. Ketika belajar di sekolah menengah Hayati boleh digolongkan sebagai seorang pelajar yang sederhana. Hayati tidak menyalahkan sesiapa atas kelemahan Hayati kerana segala kelemahan memang dari diri Hayati. Hayati tetap bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan kelompok pelajar cemerlang yang sering membantu Hayati terutamanya dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan (otak Hayati lebih suka subjek membaca dan menghafal). Bukan tidak mengulangkaji pelajaran, mungkin Hayati tersilap teknik heheh. Masa tu pasrah jelah (mengalah sungguh!).

Segalanya bermula apabila sekolah mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Masa tu tengah berlangsung Karnival Pendidikan Tinggi. Pertama kali, jejak kaki di USM rasa lain macam je (ok! Takda kena mengena dengan sebarang roh jahat),lain macam tu rasa macam best je. Dalam hati masa tu bestnya kalau dapat belajar kat sini. Pastu dah balik rumah dah tak ingat pasal USM. Selepas tamat Tingkatan 5, Hayati melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Hayati belajar seperti biasa. Hayati tak pernah menyesal dan tak pernah anggap masuk Tingkatan 6 tu gelap dunia.

Masa belajar di Tingkatan 6 pun Hayati masih bukan pelajar cemerlang heheh. Paling lawak dan rasa segan masa hias kelas Tingkatan 6 Atas , dorang suruh la tulis nama dan universiti kita ingin belajar (apesal ayat ni macam tak best) atas pinggan kertas. Hayati tulis nama dan USM. Malu gila dengan result yang tak seberapa berangan nak belajar di USM yang perlukan result yang baik. Ok! Biar jelah. Pertengahan tahun pihak asrama (Hayati tinggal di asrama sekolah) buat lawatan ke Pulau Pinang dan kami menginap Desasiswa Indah Kembara (memang Indah). Dalam hati, bestnya dapat tinggal di asrama ni. Sejak balik dari lawatan Pulau Pinang Hayati pun insaf (amboi! Terharu pulak hahaha).Rasa semangat nak belajar di USM. Panjang pulak stoty nih,dipendekkan cerita akhirnya dapat jugak belajar di USM dan menginap di Desasiswa Indah Kembara.

Akhir coretan ini, tak kisahlah apa saja impian kita nak belajar ke bekerja. Janji kita jangan menyesal tak bertempat (menyesal menuntut ilmu/bekerja). Bila dah menyesal tak bertempat mulalah tak semangat dah tak semangat melayang-layang je tak ada arah tuju. Kepada yang masih belajar di sekolah, jangan berputus asa, walaupun bukan pelajar target bukanlah bermakna kita tak akan berjaya sampai bila-bila mana tahu ada bakat terpendam pandai melukis pandai berniaga semua itu ilmu yang perlu di cari kalau dah berbakat itu bonus. Yang penting RAJIN BUKAN PANDAI. Doa+Usaha+Tawakal.

kata-kata motivasi
sumber: google image

*skemanya penulisan kali ni.


Baca selengkapnya

Jumaat, 20 Mei 2016

Tampil Yakin dengan Pilihan Warna Pakaian

Tampil Yakin dengan Pilihan Warna Pakaian

Assalamu'alaikum dan hai semua..

Hayati terbaca satu artikel yang berkaitan warna pakaian dengan dan kelebihannya . Korang tahu tak pemilihan warna pakaian amat penting? Selama ini kita pilih warna pakaian ikut mood takpun ikut suka hati takpun sebagai fesyen. Setiap warna pakaian yang kita pakai sebenarnya mempengaruhi diri kita. Pemilihan pakaian warna tertentu pada hari tertentu ada kelebihannya.Meh Hayati dendangkan (macam nak menyanyi pulak) kelebihannya.

 MERAH


Baju berwarna merah sesuai dipakai pada hari Sabtu. Hal ini kerana organ gelombang yang sama dengan warna merah adalah darah, usus dan otot. Fungsinya boleh merawat darah dan segala yang mempunyai kaitan dengan darah seperti darah berasid, kolestrol gula dan talasemia.

 HIJAU

Pakaian bewarna hijau sesuai dipakai pada hari Jumaat. Warna Hijau dikaitkan dengan perasaan iaitu jantung dan paru-paru. Memandang warna hijau membuatkan anda tenang dan dapat mengurangkan perasaan marah.
                                  
  UNGU/MERAH JAMBU



Pakaian warna Ungu dan Merah Jambu sesuai dipakai pada hari Selasa. Kelebihan warna Ungu/merah jambu menguasai daya tumpuan mata dan hipotalamus.

  JINGGA

Pakaiaan warna jingga adalah pada hari Khamis. Organ yang sama dengan gelombang jingga adalah hormon pembiakan, alat kelamin dan peranakan. Penyakit yang berkaitan dengan tiga perkara tersebut seperti segugut dan keputihan boleh dirawat dengan warna jingga.

Baca selengkapnya

Khamis, 19 Mei 2016

Cara Belajar Berkesan: Pemilihan Tempat Ulangkaji Pelajaran

ulangkaji pelajaran
sumber: Google Image


Peperiksaan dan pelajar tidak dapat dipisahkan. So,minggu studyweek tu penting ok lakukan persiapan. Exam mestilah kena buat ulangkaji. Tapi...tempat mana yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran?

Bilik hostel tak boleh ke? Boleh je tapi kalau korang tertidur dengan jayanya dan lenanya kemudian bangun tidur menyumpah..marah-marah batal dan katil sebab menyeru-nyeru korang tidurlah..tidurlahhh..lebih baik cari tempat ulangkaji pelajaran yang lebih baik dan sesuai.

Tempat ulangkaji yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran:

1)      MASJID/SURAU

Masjid dan surau bukan sekadar pusat untuk beribadat tetapi mempunyai banyak fungsi lain. Tak salah kalau nak belajar/ulangkaji dalam masjid atau surau yang penting jaga adab. Jangan korang menggilai macam pontianak pulak sebab stress. Kalau dalam masjid or surau jangan buang sampah merata-rata ok. Bila ulangkaji dalam masjid atau surau kita akan dapat rasa kelainannya. Lebih tenang dan sukar nak rasa mengantuk tapi kalau nak terlelap tu janganlah macam tidur kat rumah/asrama siap pakej berdengkur.

2)      PERPUSTAKAAN

Perpustakaan antara tempat yang terbaik untuk ulangkaji pelajaran. Kebanyakkan perpustakaan menyediakan ruangan untuk pelajar buat ulangkaji dan dilengkapi dengan komputer dan capaian internet. Sambil-sambil tu bolehlah cari buku untuk tambah maklumat. Almaklumlah, nak jawab exam satu soalan jawapan 4 halaman mukasurat. Nota kuliah huraiannya pandai-pandailah cari sendiri. Jangan tunggu orang suap je heheh.

3)      TAMAN

      Belajar di taman pun ok jugak. Dapat tengok pemandangan cantik, hijau..tak boring. Cari kawasan yang teduh. Jangan baca buku tengah-tengah panas karang tak pasal sakit kepala pulak kan pastu mula nak pengsan.

Kat kedai makan boleh tak? Boleh je kalau korang jenis dapat pekakkan telinga sebab kedai makan mesti suasana agak bising dan bpleh tahan bau masakan (kalau tempat agak tak sibuk dengan pelanggan boleh kot) ..tapi tak digalakkan. Kalau nak bincang santai-santai pasal pelajaran tu ok je tapi kalau nak menghafal, membaca...tak sesuai..Kaedah ini boleh diamalkan nila-bila masa tak payah tunggu dekat nak exam J.



Baca selengkapnya

Selasa, 17 Mei 2016

Novel Seram: Projek Seram ISTANA

Assalamu’alaikum..

Buku Prima memang terbaik. Hayati memang suka baca buku seram. Zaman sekolah dulu layan novel-novel romantik je sekarang ini alih minat baca novel seram. Sebenarnya sebelum-sebelum ini pun novel seram memang Hayati beli terbitan Buku Prima. Serius sejak kebelakangan ini Buku Prima tidak pernah menghampakan Hayati. Novel-novel seram terbaik dari Buku Prima memang best. Novel seram PROJEK SERAM: ISTANA sangat berbaloi dibaca pembaca yang meminati novel seram.
novel seram istana


PROJEK SERAM: ISTANA

Dalam novel ini ada 4 buah cerita yang ditulis oleh 4 orang penulis..
1)      Maria Kajiwa (Gundik Uyang)
2)      Syasya Bellyna (wujud)
3)      Helmi Effendy (Purbakala)
4)      Naim Tamdjis (Korban Gangren)

SINOPSIS DARI NOVEL:

Tajuk: Projek Seram: Istana
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbitan:    2016

   Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia, sehinggalah dia kembali ke Hutan Tujuh Tangga menjejak Istana Perlambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?

                Pabila mentari pucat-lesi, terbukalah kunci./GUNDIK UYANG

   Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadan satu per satu dari rekod negara sehinggalah mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang telah menyebabkan kewujudan si ‘puaka’
                Jika aku merupakan sebuah ‘kesilapan’,

                Kau juga tidak boleh wujud./WUJUD

Siapa sangka ekspedisi Profesor Eiqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina sejak zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.

                Bangunlah wahai Cempakasari
                Dari darah 1000 orang perawan sunti.../PURBAKALA

Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istan Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melaui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.

                Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya./KORBAN GANGREN

Sinopsis dari Hayati sebuah cerita je kalau nak tahu baca kisah-kisah lain dalam novel Istana ini kenalah beli :D

Hayati pilih cerita Gundik Uyang:

SINOPSIS GUNDIK UYANG

Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib dihantui dendam Gundik Uyang (Uyang Cendrakeni) kerana memisahkannya dengan suami yang disayangi. Uyang Cenderakeni gadis yang tidak diketahui asal usulnya cedera dipanah oleh Tengku Wazir, putera Sultan Sulaiman ketika berburu. Uyang dirawat di istana dan sembuh. Kejelitaan Uyang menambat hati Tengku Wazir walaupun Tengku Wazir telah beristerikan Tengku Rani Baiduri dan mempunyai 20 orang gundik. Akhirnya, Uyang menjadi gundik Tengku Wazir yang paling disayangi Tengku Wazir.Kehadiran Gundik Uyang tidak disenangi Tengku Rani Baiduri dan gundik-gundik yang lain. Keadaan ini menyebabkan Tengku Wazir dan Gundik Uyang berpindah ke Istana Perlambangan atas permintaan Gundik Uyang. Sejak itu, Tengku Wazir melupakan keluarga dan pentadbiran negara. Dunianya hanya dengan Gundik Uyang di Istana Perlambangan. Sultan Sulaiman bimbang keadaan Tengku Wazir dan meminta Pawang Taib membawa pulang Tengku Wazir. Setelah diamati Pawang Taib mengetahui bahawa Gundik Uyang bukanlah manusia. Dalam misi membawa pulang Tengku Wazir, Pawang Taib diserang Gundik Uyang. Sebelum meninggal dunia, Pawang Taib mengamanahkan anaknya menjaga keluarga Sultan Sulaiman dan menyumpah Gundik Uyang. Tok Isa, waris Pawang Taib berusaha menghapuskan Gundik Uyang yang telah terlepas dari sumpahan yang dibuat oleh Pawang Taib. Keadaan bertambah hura-hara apabila kerabat diraja keturunan Sultan Sulaiman dibunuh dan kemunculan Tengku Faizal, waris Sultan Sulaiman menyebabkan kemarahan Gundik Uyang.

Apabila keluar asap dari muka bumi,matahari pucat-lesi,terlerailah janji,terbukalah kunci..

-GUNDIK UYANG-
SELAMAT MEMBACA




Baca selengkapnya

Ahad, 15 Mei 2016

Tutorial Cara Isi borang BE secara e-Filing LHDN

Asslamualaikum..

Hari ini nak tunjuk tutorial isi borang e-filing. Hari ini  (15 MEI 2916) hari  last isi e-filing tau so, cepat-cepatlah isi.

Step 1:
KEMUDIAN KLIK : e-filing atau klik https://ez.hasil.gov.my/CI/


STEP2 : Klik “LOGIN KALI PERTAMA”
Kalau dah pernah Login, terus je Log masuk.


(untuk LOGIN KALI PERTAMA)
Masukan NO.PIN  dan  NO.PENGENALAN  (No.Pin dapatkan di pejabat LHDN terdekat ya)
Kemudian, isi maklumat yang dikehendaki.

E-FILLING LHDN


E-FILLING LHDN

Dah isi semua maklumat bolehlah Log In..


STEP 3:

Selepas Log in, akan muncul camni pastu klik..
E-FILLING LHDN

E-FILLING LHDN


Pilih e-BE dan Tahun Tafsiran
Isi maklumat yang dikehendaki..isi segala benda yang perlu diisi

e-filling LHDN


E-FILLING LHDN

Rujuk Borang EA

·         STEP 4: Isi  borang TUNTUTAN PELEPASAN (terlupa nak printscreen pulak)

·         STEP 5: RUMUSAN CUKAI

·         Pastu korang boleh la cetak then keluar.

Hayati agak phening-phening sebab first time isi borang e-filing LHDN ini.

Kalau perlukan bantuan. Nah! Tengok BUKU PANDUAN BE.
Baca selengkapnya

Jumaat, 13 Mei 2016

PROMOSI BUKU RESEPI JUADAH BERBUKA, JUADAH BERSAHUR DAN KUIH RAYA

Asslamu'alaikum


Bulan puasa dah tiba..Cepatnya  masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan puasa then pejam celik pejam celik dah nak raya (berapa kali pejam celik daa). Tetiba teringat bulan puasa tahun lepas terpaksa berpuasa di kampus kerana menyiapkan kajian luar untuk subjek major. lebih kurang beberapa hari sebelum raya baru balik kampung. Apa lagi taip segala maklumat dengan perasaan menggila nak cepat siap..Waaa tak kan nak balik pagi raya kot. Memang taklah jawabnya hikhik. 

Ok, berbalik kepada topik kita, sebut je bulan puasa, raya mesti terbayang hidangan yang pelbagai tak kiralah beli ke masak sendiri ke tapi masak sendiri lagi baguss.Kepada gadis-gadis yang gemar memasak, ibu-ibu yang masak penuh kasih sayang dan paling penting bagi pasangan suami isteri yang baru pertama kali meyambut bulan puasa dan raya bersama-sama mesti nak masak sedap-sedap untuk suami dan mak mentua kan? tengah terfikir-fikir hidangan terbaik untuk bulan puasa dan hari raya nanti? Meh la serbu PROMOSI BUKU RESEPI UNTUK JUADAH BERBUKA, JUADAH BERSAHUR DAN KUIH RAYA di web Bookcafe.com.my

BUKU RESEPI BOOKCAFE.COM

PROMOSI 15% - BUKU RESEPI UNTUK JUADAH BERBUKA, JUADAH BERSAHUR DAN KUIH RAYA bermula pada 10 Mei - 30 Jun 2016.

Hayati mempunyai beberapa buku resepi terutamanya buku resepi yang diterbitkan dari PTS. Memang baguslah buku resepi yang Hayati beli. Grafik cantik,,Mudah difahami gaya penyampaian penulisannya. Jom tengok antara buku resepi yang terdapat di Bookcafe.com.my:

BUKU RESEPI BOOKCAFE.COM



BUKU RESEPI BOOKCAFE.COM


BUKU RESEPI BOOKCAFE.COM


Waahh banyaknya buku resepi. Cepat-cepatlah beli. Kenalah try resepi sekarang nanti bulan puasa masa masak dapat agak-agak nak masak campak bahan-bahan dalam periuk kuali.nampak lebih profesional heheh. Selamat membeli dan memiliki buku resepi juadah berbuka, juadah sahur dan kuih raya.
Baca selengkapnya

Konflik Tugasan Berkumpulan: Elak 4 Perkara Berikut

Sejak zaman sekolah sehingglah ke zaman universiti, kita tak dapat lari daripada tugasan berkumpulan yang diberikan oleh cikgu mahupun pensyarah. Masa tengah siapkan tugasan inilah macam-macam jadi. Drama dan konflik je. Peleraian pun bila dah hantar tugasan atau dah siap pembentangan tugasan tapi peleraian tak adalah happy ending dengan kadar segera kadang-kadang happy ending masa hari last sekolah takpun masa konvo heheh (kalau happy lah kalau tak happy dah nak buat macam mana).

So, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Hayatilah, jika diberi tugasan berkumpulan ada beberapa perkara perlu kita elakkan. Banyak perkata perlu elak tapi Hayati bagi 4 tips jelah.

DUNIA KAMPUS: KONFLIK TUGASAN BERKUMPULAN

Sumber Photo: https://www.youtube.com/watch?v=U0zOqSRzR-s


1. JANGAN LARI DARI MASALAH

Bukan lari beratus meter tu ek hihi..ok! Dalam satu group tugasan, lain orang lain hati lain perangai. Kalau ada masalah dengan tugasan perkara yang perlu kita buat ialah berbincang. Ini asyik lari je pastu tak mahu bertanya.Memang susah begini. Lagi satu, kebanyakkan bahan rujukan dalam bahasa Inggeris walaupun susah macamna pun..cuba dulu jangan tak tahu tak mahu buat. Kesian ahli kumpulan yang lain.Bayangkan anda goyang kaki ahli lain bertungkus lumus. Dapat markah A agak-agak boleh hidup tenang tak? (boleh kalau tak malu hihi kejamnya bahasa).


2.     JANGAN TERLALU ‘SIBUK’

Terlalu sibuk susah jugak. Tak tahu la sibuk sampai tahap mana. Kalau tahu diri ada komitmen yang penting terutamanya siapkan tugasan mohon fokus. Jika ahli kumpulan call tolonglah jawab, balas mesej, kalau mesej di fb ke mana-mana pun kenalah ringan-ringankan jari reply mesej. Kesian kat rakan-rakan anda sanggup habiskan kredit, habiskan bateri fon semata-mata nak call anda.

    3.     JANGAN SESUKA HATI BUAT KEPUTUSAN

Tak salah beri idea ke atau nak luah segala ilmu tapi kalau boleh tanyalah ahli kumpulan dahulu. Contoh lah, di pagi hari yang riang ria anda bagi idea paling tak bernas: saya nak buat isi kandungan je. : saya nak buat Pengenalan dan Kesimpulan..amboi banyak chantekk muka ko. Huraian rumit part paling penting antara hidup dan mati korang serahkan kat orang lain. Tak tidur malamlah dorang. Paling kejam kalau tugasan berkumpulan ahli hanya dua..tiga orang je..jenuhlah kawan yang baik hati tu siapkan tugasan.

    4.   JANGAN SEPERTI ORANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Tidak bertanggungjawab ni dalam erti kata orang sebut buat kerja cincai janji siap. Kalau markah individu tak kisahlah nak cincai ke nak cincang kertas pun tak apa. Bila tugasan berkumpulan kenalah lebih bertanggungjawab. Banyak hati nak kena jaga tau. Bayangkanlah tugasan berpuluh beratus mukasurat tu korang suruh kawan korang edit dari page satu sampai 100..bengkak mata bengkak hati jugak J. Apa salahnya kalau korang mintak tolong dengan ahli kumpulan untuk semak tugasan bahagian korang, lagi bagus..korang berada bersama ahli kumpulan untuk betulkan apa yang tak betul (sunting tugasan).



Kalau perangai begitu jugakk percayalah sem seterusnya tak ada orang nak group dengan korang heheh.
Baca selengkapnya

Rabu, 11 Mei 2016

10,000 MUG PERCUMA DI PRINTCIOUS.COM

10,000 MUG PERCUMA HANYA DI PRINTCIOUS.COM

Kadang-kadang mesti terdetik di hati nak bagi hadiah istimewa untuk insan tersayang. Betul tak? Fikir nak beli dimana hadiah yang cantik,comel dan unik. Hadiah pula mestilah nak lain dari yang lain bagi nampak unik +++istimewa. Jadi, jangan lepaskan peluang menyertai  FREE CUSTOMISED MUGS GIVEAWAY PRINTCIOUS.COM.

Printcious.com merupakan kedai online yang menawarkan hadiah atau ‘gift’ yang menarik dan pelbagai pilihan yang pasti menambat hati anda. Paling menarik Printcious.com adalah berkonsepkan DIY iaitu hadiah yang ditempah adalah mengikut design  diinginkan. Selain mug, printcious.com juga menyediakan barangan seperti t-shirt, phone cases, cushions dan banyak lagi. Sesuai sangat jika nak design untuk Hari Ibu, Hari Guru, hadiah perkahwinan dan macam-macam lagi. Bolehlah design cantik-cantik untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.Tulis apa yang nak ditulis dan letak gambar kenangan dengan kawan,keluarga atau gambar hari bahagia anda.

Oleh itu, bermula dari 1 APRIL 2016-31 JULAI 2016, Printcous.com mengadakan FREE CUSTOMISED MUGS GIVEAWAY PRINTCIOUS.COM.

MUG COMEL DAN PERCUMA


Eh! Bagaimana nak tebus Mug percuma yang comel ni?

Jangan risau..Senang je nak dapatkan mug percuma yang ditawarkan oleh pihak printcious.com...Ikuti langkah berikut:

1.    LIKE dan SHARE artikel facebook Princious mengenai Kempen Mug Percuma dan set kan  facebook anda ke PUBLIC.
2.       Daftar akaun baru (buka tab baru) dan Log masuk ke akaun anda.
3.   Pergi ke bahagian mug dan klik pada FREE MUG image  dan harga automatik akan menjadi RM0.00.

MUG COMEL DAN PERCUMA




              Klik “DONE” dan “ADD CHART
       Tunggu 7-10 hari untuk dapat hadiah yang ditempah.

Hayati sertakan beberapa contoh ‘design’ yang terdapat di Printcious.com untuk inspirasi anda semua.

MUG COMEL DAN PERCUMA

MUG COMEL DAN PERCUMA

MUG COMEL DAN PERCUMA

Mesti seronok dapat design ‘gift’ untuk keluarga..sahabat. Tak lama lagi Hari Guru, Hari Bapa..bolehlah design dan tempah hadiah yang menarik dan unik. Pendek kata tak rugilah bagi hadiah pada insan bermakna dalam hidup. Berikut adalah terma dan syarat yang ditetapkan oleh Printcious.com.

Terma dan Syarat:

1.      Satu email boleh tebus SATU mug sahaja.
2.      Caj pengantaran dikenakan RM 10 untuk Semananjung Malaysia dan RM15 untuk Sabah/Sarawak.
3.      Tak boleh ambil sendiri mug
4.      Penghantaran percuma hanya untuk pembelian RM60 dan keatas
5.      Tidak boleh menggunakan voucher percuma
6.      Hanya 10,000 mug percuma diberikan sebelum 31 Julai 2016.
Mudah je kan caranya. Jadi, tunggu apa lagi. Cepat-cepat join hanya 10,000 mug percuma je . Mesti best jika kawan-kawan anda atau insan yang menyokong anda selama ini dapat hadiah istimewa dan design khas dari anda dari anda. PRINTCIOUS.COM merealisasikan impian anda J.
 .

Precious Gift From Your Heart

Hanya di

Baca selengkapnya