Beraya Sakan Aidilfitri 2017

Tajuk entri aku kemain beraya sakan haha..Masih belum terlambat kot aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri lagipun kita kan raya sebulan. Raya tahun ni aku rasa biasa-biasa je maybe sebab aku pun dah tua jadi mood raya tu taklah excited macam zaman budak-budak dulu. Jadi, dalam entri ini aku nak simpulkan kisah penghujung Ramadhan dan Syawal. Pitam juga aku nak taip satu..satu entri bab-bab raya tahun ni walaupun tak ada sangat pun momen-momen penting.

Aidilfitri 2017

Panghujung Ramadhan aku lebih banyak habiskan masa tolong mak aku buat biskut-biskut raya. Sebelum ni beli biskut tunjuk-tunjuk je tapi disebabkan dah ada oven rugi pulak kalau tak dimanfaatkan. Berpandukan buku resepi mak aku zaman dahulukala, kami anak-beranak pun merajinkan diri buat biskut raya. Maka,terhasilah biskut mazola,semperit,biskut telur rebus,rempeyek, coco crunch, makmur, dan biskut aiskrim.

Aidilfitri 2017
biskut raya yang sempat dibuat😋

Aidilfitri 2017


Paling sibuk sehari sebelum raya, ayah aku kukus lemang dan aku dengan adik aku pulak gatal tangan buat biskut. Ayah aku pernah bakar lemang masa ayah aku first time cuba belajar buat lemang. Bila ayah aku guna kaedah kukus ni lagi ok sebab tak hangit dan kita tak payah jadi penunggu lemang. Lepas masukkan buluh lemang  yang telah siap diisi segalanya dalam bekas kukus bolehlah pergi tidur haha..Cuma kena tengok api sesekali je. Bab buat biskut lagilah.Bayangkan bakar biskut bulan-bulan puasa, tahap dahaga tertinggi pakej sekali masa berlalu perlahan. Terasa lambat benar waktu berbuka hari last puasa.
Aidilfitri 2017
kukus lemang dalam bekas ni...

Aidilfitri 2017
lemang sedia untuk masuk ke dalam perut haha..😂



HARI RAYA :

Hari raya pertama aku duduk di rumah je. Layan tetamu. Kampung aku ni ramai juga budak-budak. Raya tahun ini kira ramai jugalah budak-budak datang beraya. Ada satu kejadian yang aku rasa nak gelak gila. Ini geng budak-budak batch pertama datang beraya di rumah aku. Budak lelaki usia dalam 2 tahun maybe 2 tahun++ sorang, seorang lagi budak usia lebih kurang 4 tahun dan dua orang kanak-kanak perempuan yang berusia antara 7-8 tahun. Total 4 orang..
Kisahnya budak yang berusia dua tahun tu makan biskut dan minum-minum, biasalah budak-budak makan aku tak kisah sangat bab dia hancurkan biskut sebab aku ada adik lelaki aku dah 13tahun pun makan bersepah lagi haha. Budak tu ambil biskut cococrunch  siap hancurkan biskut telur rebus. Maybe sebab biskut tu lembut jadi aku agak budak-budak tak lepas nak telan atau tak gemar sangat kot. Yang lain duduk makan ok macam biasalah beraya kan. Tetiba budak kecik tu bangun dan berjalan-jalan kawasan beranda rumah aku. Aku bukan apa beranda rumah aku tu tinggi karang dia terjun tak ke naya. So, aku bagilah sampul duit raya. Budak tu pengang ok je. Pastu aku gatal mulut pergi cakap camni...
“sampul jangan buang ye, ada duit raya.”
Sekali budak tu pergi buang sampul duit raya daaaa, siap buang dekat rimbunan pokok bunga berduri lagi haha. Aku pun pergila ambil tersangkut-sangkut tudung aku kat duri pokok bunga yang agak tinggi tu.
Kemudian, aku pun ajak budak comel tu duduk.
“adik, mai dok sini..nak minum air tak? Meh akak tuangkan.” (akak sangat haha😂😂😂lebih kurang gitulah ayat aku). Sambil-sambil tengok dorang makan aku sembanglah dengan budak-budak yang besar sikit. Sekali, baru aku tahu budak buang sampul tadi tu anak kawan sekolah aku haha..alamak! slamber aku je bahasakan diri aku akak (terasa muda beliawanis dan remaja gitu)..tak salah tapi sepatutnya pangkat auntie-auntie gamaknya aku ni. Dah tua oii..lepas dorang balik dtang berduyun-duyun lagi geng budak beraya. Aku rasa raya tahun ni aku mak-mak sangat melayan budak. Mak aku macam saja je suruh aku layan budak-budak sebab aku ni bukanlah seorang yang ramah dengan budak-budak haha..

Aidilfitri 2017
tart nanas beli last minit oii..2 hari sebelum raya..sepatutnya kena tempah dulu haha..mujur kawan aku buat lebih.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI RAKAN BLOGGER..NEXT ENTRI PASAL IKLAN GOOGLE ADSENSE YANG TETIBA JE MUNCUL KAT BLOG AKU NI..

You Might Also Like

2 comments

  1. Biskut kalau jenis coklat macam tu memang sasaran saya time raya... hehe.. Lebih2 lagi kalau ada biskut almond london....

    BalasPadam