Rabu, 7 Jun 2017

BISIKAN DENDAM BAB 10

SUMBER GAMBAR : GOOGLE IMAGE

Omar berlari meredah hutan belukar. Gelap dan sunyi. Hanya bilahan cahaya bulan purnama yang dilindungi pokok-pokok balak membantu Omar untuk meneruskan lariannya. Peluh jantan membasahai tubuh Omar. Suara wanita menggilai semakin dekat mengetuk gegendang telinganya. Nafas Omar termengah-mengah. Dalam usia separuh abad Omar sudah tidak berdaya hendak berlari. Dipaksa kakinya supaya teruk berlari. Dia tidak mahu lagi terserempak dengan makhluk hodoh dan busuk.
   Omar terjumpa sebuah pondok usang bercahaya. Omar berlari merentasi anak sungai. Air sungai yang sejuk tidak dihiraunya. Palin penting Omar perlu mencari tempat persembunyian supaya jejaknya tidak dikesan oleh makhuk hodoh yang memburunya. Omar tidak sanggup mati dalam keadaan jasadnya menjadi santapan makhluk hodoh yang berambut panjang . Perjalanan ke rumah kosong itu berasa jauh sedangkan dengan hanya beberapa langkah Omar boleh sampai. Sebaik sahaja berada di depan rumah usang, Omar terus menerjah masuk. Mujur pintu tidak berkunci. Omar segera mengunci pintu dari dalam. Omar menarik nafas lega.
 "Kau baik-baik sahaja Omar?" Omar menoleh ke arah suara halus yang menyapanya. Omar terkejut melihay Seri berada di dalam pondok buruk yang dijadikan tempat persembunyiannya.
   "Ba..baik. Kau buat apa di sini?" Omar mengigil kesejukkan dan ketakutan.
   "Ini tempat aku! Aku sepatutnya bertanya padamu. Apa kau buat di sini?" Seri meleparkan senyuman pada Omar dan Omar tidak berminat untuk membalas senyuman Seri.
  "Ada makhluk hodoh mengejarku." Omar mengesat peluh yang membasahi wajahya. Pengalaman ngeri dan meremangkan bulu romanya. Omar berharap makhluk yang mengejarnya tidak menghidu keberadaannya.
   Seri ketawa. Seluruh alam malam mendengar hilai tawa Seri. Seri memandang wajah Omar. 
   "Omar, aku mahu kau penuhi syarat kedua dengan kudratmu sendiri. Kau harus membunuh gadis sunti itu dengan tanganmu sendiri. Ingat pesanku ini." Ketawa Seri masih berbaki. Omar masih lagi berdiri kaku di depan pintu pondok buruk. Bayangan Seri semakin jauh dan hilang.

BAB PENUH DI PORTAL ILHAM [KLIK DISINI]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan