FOLLOWERS

Ahad, 28 Mei 2017

BISIKAN DENDAM BAB 5

LANGIT MALAM BISIKAN DENDAM
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE

“Abang,saya rasa Seri dengar perbualan kita pagi tadi!” mata Megat terbuka luas.Terdetik perasaan bimbang jika perbualan antara dia dan isterinya didengari Seri. Megat tidak mahu majikannya terasa hati.
“Bagaimana dia tahu? Dia mengintai kita ke?” Megat mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“DIA mencuri dengar perbualan kita.” Senah sengaja menekan perkataan ‘DIA’. Semakin hari Senah semakin tidak betah tinggal disitu.
“Awak jangan buat cerita Senah. Tak baik berprasangka!”
“Abang nak tahu selepas kita berbual pagi tadi dan abang ke halaman rumah, tiba-tiba sahaja gelas di atas meja jatuh pecah, bang.” Senah mengadu. Megat menggerutkan dahinya.
“Mungkin awak terlanggar meja, sebab itulah gelas itu jatuh!” Megat membuat kesimpulan.Lagipun badan Senah yang agak gempal tidak mustahil jika Senah terlanggar meja lalu gelas tergolek jauh ke atas lantai tanpa disedari oleh Senah.
“Abang,semua cerita saya abang tidak percaya. Nanti suatu hari nanti abang akan tahu juga kebenarannya. Kematian Tok Man itu bukan kerana sakit biasa-biasa!” Senah merebahkan kembali tubuhnya di atas tilam empuk.
Dia tidak menyalahkan Megat andai Megat tidak mempercayainya. Cuma sikap Megat acuh tidak acauh menyakitkan hati Senah. Senah tidak berani menceritakan kejadian dia mencuri masuk ke dalam rumah kecil di belakang rumah agam mereka duduki. Sungguh! Senah tidak sengaja. Senah masih mengingati segala yang dilihatnya di dalam rumah kecil yang kelihatan agak usang. Bau Kemenyan! Sisa darah! dan bulu roma Senah meremang saat menghampiri salah satu bilik berkunci di dalam rumah kecil itu membuktikan Seri bukanlah seorang yang baik. Menyedari kesilapannya menceroboh tempat yang dilarang Seri menyedarkan Senar untuk segera meninggalkan rumah kecil yang berada di belakang rumah banglo milik Seri. Menurut kata-kata arwah ibunya, rumah kecil itu asalnya stor untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, diubahsuai dijadikan rumah untuk disewa oleh rakan arwah suami Seri yang dikatakan hidup melarat setelah ditipu dalam perniagaan. Namun, setelah kematian rakan arwah suami Seri akibat membunuh diri tiada sesiapa yang berani tinggal disitu lagi.

BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)

2 ulasan: