Rabu, 31 Mei 2017



Sebagai perempuan haruslah kita mempunyai keinginan untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri-seri. Wajah cantik, jelita atau manis itu letak ketepi dulu. Cantik itu subjektif. Kulit cerah putih gebu tak semestinya seseorang itu tergolong dalam golongan jelita bak ratu cantik dunia. Ratu cantik sekarang ni tak kira warna kulit dah yang penting bijak, memiliki akhlak yang baik. Hehe ape aku merepek aku pun tak tahu. Ok fokus..fokus sekarang nak kulit sihat dan cantik peloles gitu.

Disebabkan kulit aku ni agak sensitif jika salah pakai produk skincare, aku lebih suka guna produk-produk organik. Walaupun orang cakap produk murah tak berkualiti kunun tapi ramai je guna produk mahal tapi ada masalah kulit jugak, terpulang pada kemampuan dan kesukaan masing-masing :D Aku kalau boleh tak nak sejarah berulang kembali..hehe macam lagu pulak. Dulu aku ni ratu jerawat lah jugak sebab salah guna produk. Malangnya masa tu zaman tak ada smartphone so tak bolehlah aku nak tunjuk muka aku yang berjerawat dan berminyak tu.

Aku tulis kebaikan produk ni berdasarkan apa yang aku alami masa aku guna produk-produk yang aku tulis. Bukan ayat copy paste founder ok.

1. SAFI

Safi ni aku guna sejak zaman sekolah rendah sampailah sekarang aku berumur 25y.o. Kawan-kawan aku ceritalah produk paling berkesan dalam dunia dalam masa 1 minit pun aku buat derrkk je. Aku ni jenis setia pada satu produk je. Pengalaman muka aku hancus mengajar aku supaya tidak terpengaruh dengan iklan-iklan yang dh tentu ambil model jelita untuk iklan dorang. Aku jenis tak suka produk berkesan untuk sementara. Biarlah lambat janji selamat dan berkesan.

2. MOISTURIZER GEL BY ULFAA BEAUTY


Moisturizergel ulfaa beuty ni produk organis berasakan timun. So, bila sapu kat muka rasa sejuk ja. Kadang-kadang kalau rajin sebelum tidur aku calit-calit kat muka, kalau malas aku buat base make up. So, muka kita tak comot dan bercapuk dek foundation.

3. GREENTEA SCRUB


Aku suka bau mango scrub atau greentea scrub. Serius lepas sapu kat muka..kita ingat kulit wajah berminyak. Bukan berminyak ye tapi kulit kita lembab dan bersinar-sinar..tak adala sinar bak mentari.haha.

4. COFFEE SCRUB


Coffee scrub kalau masa stress sapu-sapu kat muka buatkan fikiran kita rasa tenang je, kulit wajah jadi tegang. Rasa muda belia haha..Coffee scrub boleh juga pakai di body tak terhad untuk muka je.


5. LIPSCRUB




Siapa yang ada masala bibir kering bolehla try lipscrub. Tapi bulan puasa ni janganlah guna masa siang hari. Aku suka guna lipscrub resberry. Kalau pakai lipstik kulit jadi kering dan bibir kehitaman, jadi nak bibir pink cantik dan sihat apa salahnya scrub sekali sekala kan..


6. MOISTURIZER SPF50 ALOE VERA
Aloe vera ni aku guna masa muka aku naik jerawat. Memang cepat hilang kalau sapu moisturizer spf 50 aloe vera kat jerawat. Tipulah kan tak ada jerawat. Kadang-kadang jerawat sengaja bermanja-manja suka sangat bertenggek kat muka.

penutup warna gold tu moisturizer spf50

7. BEDAK SEJUK
Walaupun ramai orang melekehkan bedak sejuk tapi bedak sejuklah antara produk yang bagus untuk kulit wajah. Kulit wajah lebih halus, lembut, cerah kalau selalu amalkan, aku pakai bedak sejuk homemade mak aku buat hehe..

8. FLORA MASK

Fungsi flora mask ni untuk buang segala whiteheads yang tertanam. Aku akan lakukan seminggu dalam dua kali gitu. luaran memang tak nampak sangat, sekali letak flora mask,,ambik kau,,whiteheads..geram pulak aku nengok. kira tiap-tiap minggu pun dah kemain banyak whitehead bayangkan kalau bertahun-tahun tak buang whitehead???
terkejut betul tengok whitehead sendiri,,lokasi: kat hidung..
9. VITAMIN C
ambil vitamin C jugak bagus. kulit lebih cerah dan tak kusam,.. tak adalah nak cerah gebu gebas tu..cuma bagi kulit lebih ok dan tak muka tak nampak sembab..


*Entri ini berdasarkan pengalaman penulis. Jika korang guna tetapi tak serasi bukanlah tanggungjawab penulis ye hehe..
*Ok,,aku nak tekan save sekali tertekan publish,,kalau tajuk hilang tu abaikan je sebab masa tertekan publish aku tak taip tajuk.. aku malas nak buat entri baru tak larat nak attch gambar haha.


Continue reading

DARAH
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE
“Baiklah, aku akan buat seperti kau mahu.” Omar menanti permintaan Seri dengan penuh kesabaran.
“Syarat pertama, kau perlu bawakan aku sehelai baju dan beberapa helai  rambut abangmu. Syarat kedua,sediakan semangkuk darah gadis yang masih suci.Itu sahaja syarat kau perlu penuhi. Syarat-syarat lain akan aku beritahu kemudian.” 
“Darah?” Omar resah. Syarat kedua, syarat yang agak sukar dia laksanakan. Jika syarat pertama dia tidak risau kerana dia bebas keluar masuk ke dalam rumah abangnya. Walaupun dia membenci abangnya, dia masih berbuat baik demi kepentingan dirinya.
“Syarat itu tidak sukar bagimu bukan. Bukan engkau tidak biasa didampingi anak-anak gadis. Ingat Omar persetujuanmu tidak boleh ditarik balik. Buruk padahnya” Seri meninggalkan Omar yang termangu keseorangan. Omar menjangkakan Seri meletakkan syarat sediakan pulut kuning  ayam panggang. Paling tidak pun pengeras yang mudah dia laksanakan. Omar terkejut apabila Seri mengetahui sisi gelap kehidupannya. Omar akui dia suka berfoya-foya dan memiliki beberapa perempuan simpanan. Disebabkan sikapnya itulah dia bercerai dengan isterinya. Tetapi disebalik perwatakan itu, dia masih bertanggungjawab terhadap anak-anaknya setelah bekas isterinya enggan menjaga anak-anaknya kerana suami barunya tidak menyukai kehadiran mereka. Dia memang seorang yang suka berfoya-foya tetapi dia bukan seorang pembunuh!. Omar tidak sedar bahawa dia kini berada di landasan kehidupan sebagai seorang pembunuh yang mempergunakan nama Seri sebagai pembunuh.

BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)
Continue reading

PINTU SERAM

“Ada apa Mawar?” Seri memulakan bicara saat dapat melihat tubuh Mawar berdiri kaku di depannya.Mawar kelihatan gementar hendak memulakan bicara.
Mawar kaget. Peluh mula membasahi tubuhnya. Bilik Seri dipandang dengan ekor matanya. Hati Mawar dijentik perasaan takut. Bulu roma meremang saat hembusan angin malam bertiup masuk melalui tingkap yang terbuka.
“Sa..saya mahu minta kebenaran puan, saya mahu bawa kawan saya menginap di sini sehari dua. Boleh puan?
Seri merenung ke dalam anak mata Mawar. Mawar menundukkan padangannya. Mawar takut Seri marah. Tiba-tiba Seri ketawa kecil. Mawar mengerutkan dahinya. Seingat Mawar pemintaannya bukanlah permintaan lucu.
“Siapa nama kawanmu, Mawar?” Seri berjalan menuju ke tingkap bilik. Merenung langit malam yang ditaburi kerlipan bintang. Indah!.  Seri berasa agak terganggu dengan kehadiran Mawar sudah diketahui awal. 
“Qalisya.” Mawar berasa resah. Bau minyak wangi yang dipakai Seri menusuk masuk ke deria bau Mawar. Mawar tahu minyak wangi Seri adalah dari minyak wangi buatan tangan Seri. Mawar sendiri tidak tahu ramuannya. Pernah Mawar bertanya  pada emaknya tapi hampa. Senah juga tidak tahu dan mengingatkan Mawar supaya jangan mencampuri urusan kehidupan Seri kerana mereka hanya kuli.
“Saya izinkan kamu bawa Qalisya datang ke sini, dengan syarat ingatkan dia jangan sekali-kali cuba menceroboh masuk rumah kecil di belakang rumah ini.Kamu boleh keluar sekarang.” Seri memberi keputusannya. Mawar berasa gembira.
“Terima Kasih, Puan Seri.” Mawar berlalu meninggalkan Seri. Mawar tidak sabar memberitahu Qalisya tentang keizinan yang telah diberikan oleh majikan keluarganya. Mawar tidak tahu Seri telah merencanakan sesuatu untuk melaksanakan upacara yang harus dilakukan pada bulan purnama yang akan datang.
BACA BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)
Continue reading

Isnin, 29 Mei 2017

banglo seram
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE
“Mawar,kamu sudah tahu Tok Man telah meninggal dunia semalam?” Mawar menggeleng kepalanya.
“Betul ke mak? Mawar tidak tahu. Yusuff tidak beritahu pada Mawar.” Mawar kecil hati.Patutlah Yusuff tidak menjawab mesej-mesej yang dikirimnya. Mawar tahu Tok Man sudah lama sakit. Dia dan Yusuff sudah lama berkawan rapat. Senah perasan perubahan pada suara Mawar.
“Mungkin Yusuff sibuk dan tak sempat beritahu kamu. Ayah kamu cerita pada mak, masa ramai tetamu yang datang ziarah. Kamu faham-faham saja hanya Yusuff cucu lelaki Tok Man. Banyak perkara yang perlu diuruskan” Senah memujuk anaknya dalam diam.Senah tahu Mawar dan Yusuff sudah lama berkawan.
Senah dan Mawar meneruskan kerja-kerja di dapur sambil rancak berbual tentang kenangan tinggal di kampung Megat. Mereka lupa mereka berada di rumah banglo Seri. Mereka lupa bahwa ada telinga lain yang sedang mendengar.
Di dalam bilik Seri kelihatan beberapa alat solek dan bingkai gambar pecah berselerak di atas lantai. Nafas Seri tercungap-cungap. Tangan Seri mengigil menahan perasaan marah yang sukar dibendung.
“Senah!Berani kau kianati aku! Kau jangan sesekali bermimpi dapat keluar dari rumah aku.”
Seri menarik laci almari pakaian. Dicapainya bungkusan berbalut kain berwarna kuning.Dirungkainya ikatan kain lalu dicapai isi yang terdapat dalam bungkusan itu.Sehelai selendang lusuh berwarna merah diambilnya lalu dipakaikan di atas kepalanya. Seri melihatnya di dalam cermin sambil mengukir senyuman yang sukar dimergetikan.

BACA BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)

*Nanti nak buat entri rahsia kulit cantik ketika dilanda peningkatan umur haha :D
Continue reading

Ahad, 28 Mei 2017

LANGIT MALAM BISIKAN DENDAM
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE

“Abang,saya rasa Seri dengar perbualan kita pagi tadi!” mata Megat terbuka luas.Terdetik perasaan bimbang jika perbualan antara dia dan isterinya didengari Seri. Megat tidak mahu majikannya terasa hati.
“Bagaimana dia tahu? Dia mengintai kita ke?” Megat mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“DIA mencuri dengar perbualan kita.” Senah sengaja menekan perkataan ‘DIA’. Semakin hari Senah semakin tidak betah tinggal disitu.
“Awak jangan buat cerita Senah. Tak baik berprasangka!”
“Abang nak tahu selepas kita berbual pagi tadi dan abang ke halaman rumah, tiba-tiba sahaja gelas di atas meja jatuh pecah, bang.” Senah mengadu. Megat menggerutkan dahinya.
“Mungkin awak terlanggar meja, sebab itulah gelas itu jatuh!” Megat membuat kesimpulan.Lagipun badan Senah yang agak gempal tidak mustahil jika Senah terlanggar meja lalu gelas tergolek jauh ke atas lantai tanpa disedari oleh Senah.
“Abang,semua cerita saya abang tidak percaya. Nanti suatu hari nanti abang akan tahu juga kebenarannya. Kematian Tok Man itu bukan kerana sakit biasa-biasa!” Senah merebahkan kembali tubuhnya di atas tilam empuk.
Dia tidak menyalahkan Megat andai Megat tidak mempercayainya. Cuma sikap Megat acuh tidak acauh menyakitkan hati Senah. Senah tidak berani menceritakan kejadian dia mencuri masuk ke dalam rumah kecil di belakang rumah agam mereka duduki. Sungguh! Senah tidak sengaja. Senah masih mengingati segala yang dilihatnya di dalam rumah kecil yang kelihatan agak usang. Bau Kemenyan! Sisa darah! dan bulu roma Senah meremang saat menghampiri salah satu bilik berkunci di dalam rumah kecil itu membuktikan Seri bukanlah seorang yang baik. Menyedari kesilapannya menceroboh tempat yang dilarang Seri menyedarkan Senar untuk segera meninggalkan rumah kecil yang berada di belakang rumah banglo milik Seri. Menurut kata-kata arwah ibunya, rumah kecil itu asalnya stor untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, diubahsuai dijadikan rumah untuk disewa oleh rakan arwah suami Seri yang dikatakan hidup melarat setelah ditipu dalam perniagaan. Namun, setelah kematian rakan arwah suami Seri akibat membunuh diri tiada sesiapa yang berani tinggal disitu lagi.

BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)
Continue reading

Sabtu, 27 Mei 2017

ULAR TEDUNG HITAM
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE

Dari sudut bilik muncul seorang wanita menyerupai Seri. Berpakaian serba hitam dengan wajah hitam legam dan buruk. Rambut wanita itu adalah  ular-ular hitam melingkar di atas kepala wanita berwajah buruk itu. Di bahu kiri dan kanan terdapat ular tedung hitam bersaiz lebih besar. Kepala ular tedung kembang membuatkan Seri gerun. Wanita itu menghampiri Seri lalu berdiri di tepi katil. Limpahan cahaya bulan purnama membolehkan Seri nampak jelas wajah wanita bertaring dan daging pipi berulat merenung Seri.Bau busuk dan hanyir menusuk ke salurun pernafasannya menghasilkan rasa loya dan mual.
“Kalau kau masih gagal mencari pengganti, wajah kau akan buruk selamanya. Dan segala ilmu yang engkau pelajari akan hilang. Cari pengganti jika kau ingin hidup lama!”

BACA BAB PENUH DI PORTAL ILHAM ( KLIK DISINI)
Continue reading

“Yu..yu..suff.”
Tangan TokMan terketar-ketar menyentuh satu-satunya cucu lelakinya. Wajah bersih Yusuff dipandang penuh syahdu. Yusuff mengengam erat tangan datuknya. Perasannya hiba.
“To..long..ja..ja..gake..lu..ar..ga..ki..ta..”
Yusuff megangguk faham. Airmata jantannya mengalir membasahi pipi. Tidak sanggupmelihat penderitaan yang ditanggung oleh Tok Man.
“Ja..ga..kam..pung..ki..ta..”
Tok Man berusaha menghabiskan pesanannya. Darah mengalir lagi keluar dari mulut dan telinganya. Bau hanyir darah tidak dihiraukan Yusuff. Yusuff memeluk erat insan yang paling rapat dan disayangginya. Tompokan darah melekat di wajah dan bajuYusuff. Dada Tok Man berombak kencang. Yusuff segera mengajar Tok Man mengucap dua kalimah syahadah. Dalam kesakitan yang teramat sangat Tok Man menyebut nama Allah. Nafas Tok Man tercungap-cungap. Payah! 
KUBUR ISLAM
SUMBER GAMBAR: GOOGLE IMAGE


BACA CERITA PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)
Continue reading

Jumaat, 26 Mei 2017

SALAM RAMADAN 2017

Amboi kemain tajuk entry aku, budak 90-an kunun hehe hakikatnya memang pun aku dah dah agak tua  :D . Walaupun zaman kanak-kanak aku dah lama berlalu tapi masih ada lagi cebisan memori aku masa bulan ramadan zaman kecik-kecik dulu. Masa tu aku masih menetap di Kedah, then, masa aku nak masuk usia 7 tahun baru pindah ke Perak sebab aku bersekolah kat Perak. So, aku saja lah nak kenang-kenang kembali zaman aku berpuasa masa zaman budak-budak dulu hehe...

1)      Waktu berpuasa yang agak lama
Aku rasa sekarang ni waktu antara sahur dan berbuka puasa macam sekejap je. Pagi bangun sahur, solat subuh..siang buat apa yang patut, tup..tup..orang dah azan magrib hehe..Seingat akulah masa zaman aku kecik kemain lama nak tunggu waktu berbuka puasa. Sempat jugak aku murung sat sambil tunggu waktu berbuka puasa walaupun masa tu aku bukan puasa sangat pun hahaha biasalah budak umur 5-6 tahun.

2)      Mereng asyik nak ke kedai je..
Dekat rumah tokwan aku dulu ada kedai runcit. Aku, adik aku dan pak sedara aku yang lebih kurang sebaya usia rajin p beli roti bantal kat kedai pakcik karim namanya kalau tak silap akulah,,,aku pun dah lupa. Lagi satu ketagih nak beli air manik a.k.a air berkarbonat dalam botol kaca tebal tu. Sekarang ni setakat rm1..rm2 tu sekali beli je dulu aku rasa susah betul nak beli hahaha harga maybe tak sampai rm1 pun rasa mahal.

3)    Masalah termakan haha..Korang mesti pernah alami peristiwa macam aku haha..masa tu aku dah start puasa dah. Usia dalam 9 tahun gitu kot.Petang tu mak aku nak goreng bihun tak silap aku. Aku pun galak p dok sebelah mak aku. Bahan-bahan mak aku dah hiris semua siap dah letak dalam mangkuk. Sekali aku termakan lobak masin haha pastu mak aku tegur. Apa lagi aku buangkan lobak masin tu, sempatlah aku mengunyah dua tiga kali..haha

4)  Bawak bekal pegi sekolah. Masa tu aku darjah 1, biasalah kantin mesti tutup masa bulan puasa sebab sekolah aku semua student Islam. masa tu pakat bawa bekal berjemaah haha,aku dan kawan-kawan seriang ria aku makan depan cikgu pulak tu. Masa tu cikgu aku ok je siap teman makan lagi haha..Masa Darjah 2 memang taklah aku nak makan. Malu gila kot haha.


KALAU KORANG ADA PENGALAMAN BULAN PUASA YANG KELAKAR ATAU MEMANG TERKENANG-KENANG BOLEHLAH SHARE DEKAT RUANGAN KOMEN :)

SALAM RAMADHAN
Untuk semua..tak kisahlah korang lahir berapa puluhan pun haha..


Continue reading

Rabu, 24 Mei 2017


BISIKAN DENDAM KEMENYAN
SUMBER: GOOGLE IMAGE
"Kau kianati aku!"
Seri mengambil gambar lalu menikam-nikam dengan serpihan kaca. Darah yang mengalir menitis di atas gambar tidak dihiraukannya. Sakit serpihan kaca yang menoreh tapak tangannya tidak sepedih sakit dikianati orang yang disayangi. Seri mengoyak gambar menjadi cebisan kecil lalu dilemparkan ke luar ke luar tingkap. Setelah puas melepaskan perasaan dendam dan marahnya, Seri menuju ke pintu bilik. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.
"Senah! Senah!"Senah terkocoh-kocoh berlari anak menuju ke tingkat atas rumah.
"Ya! Puan!"
"Bersihkan kaca-kaca ini!" Seri mengarah Senah. Senah mengangguk faham. Senah sudak masak dengan sikap majikannya. Senah mengambil penyapu dan kain membersihkan sisa kaca dan darah. Saat Senah ingin keluar dari bilik kelihatan Seri sedang mengantikan semula bingkai gambar dan gambar yang baru lalu diletakkan di atas meja soleknya.
"Kau sudah sediakan segala yang aku minta?"
Seri menyanggul kemas rambutnya. Cerucuk sanggul di cucuk di sanggul menambahkan keserian wajahnya. Senah akui Seri masih cantik  sudah lanjut. Keluarga Senah sudah lama bekerja dengan Seri. Seri amat menjaga penampilannya, setiap bulan purnama Senah dikehendaki menyediakan tujuh jenis bunga dan diletakkan di dalam rumah kecil di belakang rumah. Senah tidak tahu tentang rumah kecil itu. Dulu arwah ibunya tidak membenarkan Senah bertanya tentang Seri . Nama sebenar majikannya Senah sediri tidak tahu. Orang memanggilnya kampung hanya memanggilnya Seri. Senah sendiri sukar meneka nama majikannya. Selepas orang tuanya meninggal dunia, Senah dan suaminya, Megat mengantikan tempat mereka.
"Saya sudah sediakan barang-barang yang puan minta." Senah berdiri kaku di hadapan Seri. Seri memandang wajah Senah yang sedang ketakutan.
"Mana Megat?"
"Megat ke pasar beli barang dapur , puan!"
"Nanti suruh dia bersihkan halaman rumah dan malam nanti sediakan pulut kuning dan ayam panggang. Kaki ayam kau masak sup. Ingat kau jangan potong kuku kaki ayam. Kemudian, separuhnya kau hantarkan ke rumah belakang sebelum senja.
Senah hanya mengangguk.Setiap hari Seri akan mengingat Senah perkara yang perlu dilakukan. Hendak dibantah bimbang majikan memarahinya. Pernah Senah dan Megat ingin lari meninggalkan Seri. Namun, setiap kali niat itu terkubur apabila terkenangkan perjanjian yang telah dibuat keturunannya dengan keluarga Seri.
"Ingat Senah, jikakau mungkir janji seluruh keturunan kita akan mati!"
Senah tidak faham , namun akur dengan peringatan yang sering  dipesan oleh ibunya. Senah meminta diri ke dapur.
Hujan mulai reda. Seri menuju ke rumah kecil di belakang rumah. Mangga pintu dibuka dan Seri masuk ke dalam rumah kecil itu.Pintu dikunci rapat dari dalam. Seri tidak mahu Senah dan Megat melihat perbuatannya. Ruang bilik gelap hanya limpahan cahaya lilin menerangai rumah kecil itu. Bau asap kemenyan menusuk ke hidungnya. Seri mengambil telur ayam yang dibalut kain kuning yang telah dijampi. Sebatang jarum dicucuk sambil membaca mulut Seri terkumat-kamit membaca mantera.
BACA BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)


Continue reading

ASSALAMUALAIKUM..

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Cepatnya masa berlalu..ok, aku rasa geli hati pula bila baca balik ayat drama aku ni. Entri kali ini aku nak sah share JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK. Harap bermanfaat untuk rujukan kita semua.
 
JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK
JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK

Untuk jadual detail seluruh daerah dan negeri korang boleh tengok di portal www.islam.gov.my (KLIK DISINI)
Continue reading

Sabtu, 20 Mei 2017

SUMBER: GOOGLE IMAGE

-SETIAP KEINGINAN ADA SYARATNYA,KAU AKAN SENTIASA CANTIK SELAGI KAU BERPEGANG PADA JANJI.-

“Osman! Sudahkah kamu bersedia untuk beristeri?” Tok Hussein inginkan kepastian. Dia lebih suka berterus-terang. Bertanya tanpa sebarang mukadimah berbunga-bunga.
“Kenapa Tok bertanya begitu?” Osman kaget dan berdebar. Tok Hussein seolah-olah memahami perasaan yang dialami Osman.
“Kalau kamu tidak keberatan, Tok ingin jodohkan kamu dengan Salmah. Tok yakin kamu dapat menjaga Salmah dan keluarga Tok andai Tok meninggalkan alam fana nanti.”
Permintaan Tok Hussein yang pada awalnya membenihkan harapan tinggi kini kian pudar. Bagai batu besar menghempap tubuh Osman. Osman serba-salah hendak berterus terang. Osman merasakan biarlah dia memberitahu Tok Hussein perkara sebenar. 
“Tok, saya akui Salmah seorang gadis yang baik budi pekerti, sopan-santun orangnya, pandai mengaji tetapi Tok saya tidak dapat memaksa hati saya untuk menyintai Salmah,” berat untuk Osman meluahkannya. Osman bersedia andai Tok Hussein memarahinya. Tok Hussein terkejut kerana selama ini Osman sangat rapat dengan Salmah. Jadi kerana itulah dia ingin segera jodohkan Osman dengan Salmah.
“ Kamu menyukai Fatimah?”
Tok Hussein inginkan kepastian. Osman menggelengkan kepalanya. Tiada sekelumit perasaan cinta terhadap kedua-dua anak gadis Tok Hussein. Dia tahu hanya Salmah dilihat menaruh perasaan terhadapnya. Osman rapat dengan Salmah kerana ingin mengetahu tentang Qasidah. Anak saudara Tok Hussein yang sering menjadi umpat keji orang kampung. Osman berasa bersalah saat melihat senyuman Salmah yang ikhlas dan renungan mata Salmah penu dengan harapan.
“Salmah dan Fatimah saya anggap sepeti adik saya, Tok. Sebenarnya saya ingin memperisterikan Qasidah”
Salmah yang terdengar perbualan Osman dan Tok Hussein segera berlari masuk ke dalam bilik. Tidak sangka Osman tidak menyintainya. Fatimah yang ketika itu sedang makan terkejut melihat Salmah yang tiba-tiba berubah emosi. Mak Jah yang tidak sanggup melihat anak daranya kecewa segera mendapatkan Osman dan Tok Hussein. 
“Kenapa kamu sanggup menyakiti hati Salmah? Semua laki-laki ingin menjadi suaminya, kau harus beruntung kerana aku dan Tok Hussein memilihmu.” Mak Jah berusaha menyembunyikan perasaan marahnya. Tok Hussein masih tenang.
 “Kamu tahu Qasidah itu siapa?"
BACA KISAH SETERUSNYA DI PORTAL ILHAM (KLIK DI SINI)
Continue reading

Rabu, 17 Mei 2017


"awak tinggal di rumah besar di hujung kampung itu ke?"
" Ya! kenapa?" soal Elly.
Wajah Rashid berubah serta merta. Belum sempat Rashid memulakan perbualan lebih lanjut, Elly meminta diri mahu pulang.
 
***
Ratu hairan Elly masih berdiri kaku di ampaian sedangkan baju yang dijemur hanya beberapa helai. Ratu menghampiri pintu dapur dengan niat hendak memanggil Elly. Elly berjalan ke arah perigi buta. Ratu kaget. Belum sempat Ratu melaungkan nama Elly, bahunya di sentuh lembut oleh oleh seseorang. 

BACA DETAIL DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)
SERAM/MISTERI

(SUMBER: GOOGLE IMAGE)

Continue reading

Jumaat, 12 Mei 2017

sumber photo: google
(gambaran rumah moyang Ratu)

Kereta Azman meluncur laju membelah Lebuhraya Utara Selatan.  Perjalanan dari rumah flat di negari utara ke Perak mengambil masa sehingga berjam-jam lamanya. Mereka merancang hendak bertolak awal pagi malangnya Elly terpaksa berjumpa dengan pensyarah untuk projek pembentangan proposal projek akhir tahun pengajian. Elly menolak untuk turut bersama Azman dan Ratu, Elly mengalah apabila Azman tetap berdegil ingin menunggu Elly menyelesaikan tugasannya di fakulti. Kini mereka sudah berada di dalam perut kereta milik Azman. Elly telah beberapa kali terlelap. Keadaan cuaca hujan dan petir sejak kebelakangan ini menyebabkan Azman lebih berhati-hati memandu. Elly melemparkan pandangannya keluar tingkap kereta. Hujan lebat membasahi bumi, sesekali pancaran kilat membelah langit mendung dan pokok-pokok di sepanjang perjalanan meliuk-liuk mengikut rentak angin. Perjalanan hampir dua jam membuatkan Elly dijentik rasa kantuk kerana tidak cukup tidur menyiapkan pembentangan projek tahun akhir pengajiannya. Sebelum mata Elly tertutup rapat, dia mendengar sayup-sayup suara kakak iparnya bercerita tentang rumah peninggalan arwah moyangnya. Azman sesekali menyampuk perbualan Ratu. Kemudian, pandangan Elly gelap.
 Elly terjaga dari tidur terdengar jeritan Ratu Azman mengawal stereng kereta agar kereta tidak terbabas. Kereta dipandu Azman membrek secara mengejut.

“Ular! Ada ular hitam besar melintas tadi!”

Ratu mengigil ketakutan. Azman meneliti jalan kampung berturap yang sudah rosak dan berlubang mencari kelibat ular. Azman menarik nafas lega apabila mendapati tiada ular di sekitar jalan. Sebenarnya, ketika memandu, Azman tidak nampak ular atau binatang melintas. Jeritan Ratu tiba-tiba membuatkan Azman hampir hilang kawalan ketika memandu. Perasaan takut Ratu mulai hilang apabila kereta Azman bergerak perlahan-lahan menghampiran jalan simpang tiga . Ratu pula menyapu minyak cap kapak di dahi dan di leher untuk hilangkan rasa mual. Sejak Ratu berbadan dua dia tidak betah berjalan jauh. Pening!

Elly pula masih kebingungan. Mungkin disebabkan terlalu lama tidur menyebabkan dia tidak menyedari hari sudah merangkak senja. Kereta membelok ke simpang jalan perkampungan.  Pada pandangan Elly, kampung Ratu memang meriah. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah walaupun hari sudah senja. Kereta Azman masih lagi memandu perlahan-lahan melalui jalan kampung yang agak sempit dan tidak rata. Suasana semakin sunyi. Sebelum sampai di rumah Ratu mereka perlu melalui kawasan hutan. Elly menyedari rumah peninggalan arwah moyang Ratu terletak jauh dari kawasan kejiranan. Dari jauh kelihatan bumbung rumah banglo dua tingkat yang besar terletak diatas kawasan  berbukit dan dikelilingi dengan tembok  tinggi.  Kereta Azman membelok ke kiri dan Ratu keluar dari kereta untuk membuka kunci pintu pagar. Berhati-hati Azman memandu memasuki garaj kereta. Jingga senja tidak menghalang penglihatan Elly menikmati keindahan rumah banglo lama dua tingkat milik Elly.  Mereka keluar dari perut kereta.  Di bahagian tepi rumah terdapat sebatang pokok rendang. Disitu tergantung buaian yang sudah lusuh.   Dari jauh rumah peninggalan arwah moyang Ratu nampak megah dan cantik dengan ciri rekabentuk Inggeris. Mungkin Kak Ratu berdarah campuran Melayu inggeris atau moyang Kak Ratu sukakan seni bina Inggeris kerana ketika itu zaman pemerintahan British.
************** 
Diurai simpulan kain kuning, terserlah kotak segi empat berwarna  keemasan. Elly membuka kotak berwarna emas, kelihatan seuras kalung emas berbatu permata merah terletak di dalam kotak itu. Jemari Elly ringan menyentuh kalung yang tidak diketahui pemiliknya. Elly manyarungkan di leher dan berpusing-pusing tubuhnya di depan cermin.  Cantik!.  Dari sudut bilik wanita berkebaya putih itu berdiri memandang Elly yang sedang tersenyum manis melihat  kalung emas bertahta batu pertama merah kehitaman itu indah terletak di leher jinjangnya.

BACA LEBIH LANJUT DI PORTALILHAM KLIK DISINI
Continue reading

Sabtu, 6 Mei 2017

"Aku bimbang dia kembali menghuru-harakan kampung kita."

......
"Dia?  Siapa bang? "

......
...duhulu pernah terjadi peristiwa seorang wanita mati dibunuh. Lagipun kisah tersebut sudah terlalu lama berlaku. Generasi yang pernah hidup ketika kejadian itu ramai yang sudah meninggalkan dunia yang fana.  Kisah tentang tragedi pembunuhan di rumah itu telah lama dilupakan orang. Kini, firasat Pak Andak menjangkakan sesuatu yang buruk akan terjadi. 

BACA SELANJUTNYA DI PORTALILHAM KLIK DISINI
KALUNG BAB 2 DI PORTAL ILHAM

Continue reading