Ahad, 30 April 2017


SERAM BILIK 08


" Kau nak tahu tak kenapa bilik 08 tidak berpenghuni dan berkunci selama 20 tahun? "
"Sebab Pakcik Mail yang kunci. Hanya Pakcik Mail yang ada kunci kesemua bilik di Blok Cempaka ni"
Julia memcubit paha Arina. Arina mengaduh sakit. Julia mengetap bibir, geram dengan sikap Arina yang loyar buruk. Mereka baru dua minggu kenal. Minggu pertama Julia dan Arina jarang berbual kerana sibuk dengan program suai kenal. Arina menyuap mi segera berperisa kari yang masih berasap ke dalam mulut. Sedap! Julia turun dari katil menuju ke meja belajar Arina. Arina ketawa sampai mengalir airmata gara-gara menonton Running Man di Youtube. Julia menekan butangstop. Arina pandang Julia. Mahu dicekik saja Julia yang menganggunya menonton rancangan kegemarannya.

BACA LANJUT NOVELET SERAM BILIK 08 DI PORTAL ILHAM KLIK DISINI
Continue reading

Jumaat, 28 April 2017


KISAH SERAM KALUNG


Ratu menghulurkan beberapa buah album gambar lama sebelum meminta diri ke ruang tamu untuk menonton rancangan televisyen kegemarannya. Azman membelek-belek gambar yang mengabadikan kenangan keluarga kecil Ratu. Sekeping gambar terjatuh mengenai kaki Azman. Azman mengambil gambar yang terjatuh. Bukan kemegahan rumah pusaka keluarga Ratu yang menarik minat Azman sebaliknya gambar seorang wanita jelita berambut panjang menarik perhatian Azman. Kalung rekaan unik tergantung dileher wanita itu menambahkan lagi kejelitaannya. Masih cantik walaupun gambar tidak berwarna dan sedikit pudar dimamah usia. Azman cuba mencari wanita jelita dalam album gambar yang lain. Hampa! Hanya itu satu-satunya gambar wanita jelita yang ada. Azman membaca tulisan yang tercatat di belakang gambar yg sudah lusuh. Tulisan jawi yang agak sukar dibaca.


Kalung indah seribu rahsia
Tika purnama dahagakan darah
Kalung hilang buatku gusar
bebaskan aku dari 'pusara'

Saat itu, Azman dapat rasakan angin bertiup lembut menampar wajahnya.

BAB PENUH BACA DI ILHAMKARANGKRAF KLIK DISINI
Continue reading

Sabtu, 22 April 2017

novel seram kalung

Cecair merah pekat membasahi skrit labuh yang dipakainya.  Tanpa berlengah mahluk hodoh itu menerkam Ratu.  Ratu tidak mampu berbuat apa-apa.  Suaranya bagai dikunci. Perlahan-lahan dia merasakan taring tajam dibenamkan di leher jinjang miliknya. Ratu terkulai layu.  Sebelum dia menutup rapat matanya dia sempat melihat kuku tajam wanita berkebaya putih berlegar-legar di perutnya.  Sengaja wanita berkebaya putih tidak menamatkan riwayat Ratu dalam sekelip mata. Dia mahu Ratu merasai penderitaan amat dasyat sebelum Ratu mati.  Kuku tajam wanita berkebaya putih dibenamkan ke dalam perut Ratu.

BACA LEBIH LANJUT DI ILHAMKARANGKRAF

Continue reading