FOLLOWERS

Khamis, 11 Ogos 2016

SENARAI PENGINAPAN BERHAMPIRAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PULAU PINANG

Hari ini aku nak share senarai penginapan berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM). Entri ini diharap dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menginap berhampiran USM. Aku nasihatkan kepada junior-junior yang bakal melanjutkan pelajaran ke USM yang tinggal jauh nun dari kampus USM bolehlah buat tempahan segera setelah berjaya PERMOHONAN KE USM. Iyalah bukan seratus dua tau tapi beribu pelajar seluruh Malaysia sedangkan penginapan sekitar kawasan berhampiran USM sangatlah terhad terutamanya yang murah dan paling dekat USM. Tempat lain ada Cuma agak jauh.

Kalau boleh bagi orang yang jauh sangat bolehlah pergi awal sebelum mendaftar bolehlah jalan-jalan sampai tengok-tengok kawasan universiti yang bakal menjadi tempat menimba ilmu. Hayati masa mendaftar tak tinggal dimana-mana hotel..homestay..sebab jarak rumah dengan USM tak jauh. Bertolak pagi dalam pukul 7 pagi pukul 9 pagi dah sampai drive kereta laju-laju sebelum pukul 9 pagi dah sampai itupun kalau jalan tak sesak. Penginap pun masa hari konvokesyan itupun last minit memang jenuh mencari sebab semua full. Itu baru mini konvo kalau konvo besar maunya tak sesak dan lagilah sukar nak cari tempat menginap.

Kalau anda merancang nak satu famili hantar ke universiti semestinya kena ada penginapan. Kesian pula kat keluarga.

Penginapan yang Hayati kongsikan ini adalah paling dekat dengan USM dan murah. Ok, jom Hayati kongsikan maklumat penginapan berhampiran USM.


USM GUEST HOUSE
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Website: 


Telephone:
(+6) 04 653 2050
(+6) 04 653 2030
(+6) 04 653 2033

VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL

213, Penang, Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul,
11950 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Contact: 04-646 8000

U HOTEL

PENGINAPAN BERHAMPIRAN  USM


U Hotel ini teramatlah strategik. Terletak berdekatan pintu masuk USM Sungai Dua. Sangatlah dekat dengan USM. Kalau nak jalan kaki pun boleh haha. U Hotel ini memudahkan famili korang nak ke masjid yang berada dalam USM. Pastu dekat dengan U Hotel ada TESCO EXTRA. Kalau nak beli barang senang. Pastu kawasan bermpiran juga ada mekdi, KFC dan kedai-kedai makan yang harganya sangatlah berpatutan dan sedap. Ok, tetiba je kan promok pasal makanan haha biasalah Pulau Pinang kan kaya dengan makanan sedap lagi unggul cewahhh. Berdasarkan maklumat dari kawan i, dia cakap U Hotel ini amat selesa. U hotel ni hotel agak baru. Rasanya masa aku tahun ke-3 berada di USM hotel ni baru beroperasi. Jadi serba baru dan cantik.


ANGGERIK LODGING

351 Jalan Hilir Pemancar.11700, Gelugor, Pulau Pinang.

TEL: 04-6583760 (main office) /04-6564428

WEBSITE: www.anggeriklodging.com
EMAIL: anggeriklodgingpeneng@yahoo.com

A HOTEL

A Hotel ini tak silap pemilik yang sama Anggerik Lodging sebab dulu masa call dorang adalah syorkan hotel dorang lagi satu A Hotel.

350-E JALAN SULTAN AZLAN SHAH,GELUGOR,PULAU PINANG

TEL04-6583760 (main office) / 04-6564362
WEBSITEwww.anggeriklodging.com
EMAIL: anggerikhotelpng@gmail.com

AR-RAUDHAH SUITE & HOTEL

Bolehlah usha hotel dengan klik link website yang diberi hihi. Ar-Raudhah Suite & Hotel ini hotel baru..Harga pon ok..


Hayati tak pernah menginap kat homestay berhampiran USM. Tapi Hayti kongsikan beberapa maklumat hasil pencarian  Hayati di google.

HOMESTAY ARA IMPIAN


AMANE HOMESTAY


HNZ HOMESTAY


RECSAM INTERNATIONAL HOUSE


Semoga entri ini dapat membantu walaupun tak banyak :)


        












Bagikan

Jangan lewatkan

SENARAI PENGINAPAN BERHAMPIRAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PULAU PINANG
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.