FOLLOWERS

Sabtu, 6 Ogos 2016

PENTING!!SEMAKAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PENUH MASA) USM SIDANG AKADEMIK 2016/2017

Menurut sumber pohon.usm.my menyatakan bahawa Semakan Keputusan Permohonan Saluaran Perdana ke  Universiti Sains Malaysia (USM ) boleh dilakukan pada MINGGU KEDUA BULAN OGOS 2016 bagi Sesi Akademik 2016/2017. Semakan Keputusan Permohonan adalah untuk permohonan program Ijazah Pertama. Oleh itu, bagi pemohon lepasan STPM/SETARAF bolehlah melakukan semakan di portal https://pohon.usm.my/. Seperti sedia maklum bahawa pangambilan pelajar melanjutkan pelajaran ke USM berdasarkan proses permohonan tersendiri dan berbeza dengan UPU.

Untuk pengetahuan , USM mempunyai 3 kampus iaitu:
1)      Kampus Induk (Pulau Pinang)
2)      Kampus Kesihatan (Kelantan)
3)      Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal, Pulau Pinang)

Semakan permohonan boleh dilakukan secara online pada 8 Ogos 2016 jam 12 tengahari:

PENTING! SEMAKAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PENUH MASA) SIDANG AKADEMIK  20162017
semakan permohonan program Ijazah Sarjana Muda USM

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SALURAN PERDANA USM

USM diberi status sebagai APEX University (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia dan Permohonan untuk mengikuti program pengajian di USM adalah SECARA TERUS KE USM TANPA MELALUI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (UPU) bagi IJAZAH PERTAMA.
Macam robot pulak tulis ayat skema diatas haha.Hayati tak bolehlah tulis ayat buku teks ala-ala ilmiah ok  meh nak taip bahasa santai.Berdasarkan pengalaman tak seberapa ini, Sebagai insan yang pernah mendapatkan pendidikan di USM jomlah Hayati story-story sikit walaupun ada yang bosan hihi.. Hayati mohon USM sehari sebelum tarikh tutup. Itu pun sebab cikgu suruh haha. Mula-mula bergantung dengan permohonan USM melalui sistem  UPU. Lepas mohon USM dan ambil ujian semua tu. Bila semak keputusan permohonan ternyata Hayati hanya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke USM,Permohonan melalui UPU, Hayati tidak menerima sebarang tawaran. Walaubagaimanapun Hayati ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang memohon melanjutkan pelajaran ke IPTA. Kepada mereka yang tidak berjaya boleh kemukakan permohonan rayuan.

Hayati pasti ada tidur tak lena, makan pun tak selera..jaga kesihatan ok. Semua kembali normal setelah mengetahui keputusan nanti. Berdoa banyak-banyak.

Ok, dah dapat keputusan dan berjaya nanti jangan lupa lakukan persedian ke universiti dan kepada mereka yang tinggal jauh dari kawasan pengajian bolehlah tengok-tengok hotel..homestay penginapan di sekitar kawasan pengajian J.

Bagikan

Jangan lewatkan

PENTING!!SEMAKAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PENUH MASA) USM SIDANG AKADEMIK 2016/2017
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.