FOLLOWERS

Isnin, 22 Ogos 2016

PELIK KE AMBIL LESEN KERETA AUTOMATIK?

Entri terdahulu sis (hari tua sedunia haha) ada beritahu bahawa sis daftar lesen kereta. Maka Ahad baru-baru ini dikala orang lain berhujung minggu sis pun pergilah masuk kelas kursus kurikulum pendidikan pemandu a.k.a dulu-dulu kita sebut kelas undang-undang memandu selama 6 jam. Awal-awal pagi sis menunggu di pintu pagar bukan sebab bersemangat okey tapi terpaksa sebab ayah sis ada kerja.. jadi dari sis tunggu bas yang kemungkinan 99.99 peratus tak muncul lebih rela sis pergi awal. Dalam borang tulis pukul 8 (sis tahu sebenarnya mula pukul 9,saja dorang awalkan supaya kita datang awal kot), pukul 7 lebih sis dah terpacak kat depan institut memandu itu. Pukul 8 baru staff dorang muncul. Walaupun sis rasa hangin kus-kus hota heeii tapi sis sabar je sebab siapa suruh sis p awal haha. Cuma sis harap dorang tak fikir sis penampakan hantu tepi jalan je sebab masa tu kabus tebal.

PELIK KE AMBIL LESEN KERETA AUTOMATIK




 Dalam ramai-ramai hanya  sis seorang yang ambil lesen kereta auto yang lain semua manual. So,sepanjang dalam kelas sis rajin ditanya cikgu pasal kereta walaupun sis bukanlah tahu sangat. Sis memang tak suka nak ingat bab komponen kereta. Yang tu sis tak kisah sangat sebab nanti ayah sis ajarkan tapi yang sis pelik cikgu-cikgu situ tanya sis betul and konfiden ke nak ambik lesen auto so dengan konfidenlah sis jawab yesss. Then, cikgu tanya kenapa awak nak ambik lesen auto...sis cakap lah sebab sis belajar kereta auto dan sis amatlah minat haha. Sis tahu kalau drive kereta auto sis tak boleh drive manual,tapi sis tak kisah pun manalah sis tahu nak jadi apa masa depan. Bila sis ambil auto semestinya sis tak kan pandai drive kereta manual dan menjadi kesalahan sis jika sis ada lesen auto tapi sis drive kereta manual and sis boleh di saman. Sebab sis tak pandai manual punya kereta, sememangnyalah sis tak pandai drive kereta manual.

yang pelik je sis asyik ditanya betulke nak ambik lesen manual..siap tanya sis nanti sis kawin,kereta auto sis rosak,,suami sis ada kereta manual bagaimana sis nak drive manual. Amboi jauhnya pemikiran tenaga pengajar disitu. Sis pun jawab..saya cuti jelah (amboi suka hati je kan?). Lagipun manalah sis tahu sis kawin ke tak nanti..kalau kawin pun manalah sis tahu kot-kot suami sis drive kerata auto jugak kan..

Ada juga kenalan baru kat situ tanya kenapa ambil lesen auto, sis jawablah sis dah biasa belajar kereta auto lagipun sis beritahu sis tak suka buat perkara yang sis tak suka dan membuatkan sis terasa sangat terbeban, Iyelah sis ni jenis gemuruh sikit tengok jalan raya jadi sis tak mahulah sis belajar sekerat jalan gara-gara sis tak tahu dan tak minat nak drive kereta manual. Bukan sis tak suka cabaran dan elak bebanan cuma sis jenis suka buat perkara yang buatkan sis suka dan tak rasa terbeban. Kalau kita minat mesti kita iklas..yelah walaupun iklas seseorang hanya Allah je dapat menilai..

Sis juga menyangkal kata-kata cikgu yang ajar sis bahawa sis redhaa je ambil lesen kereta auto. Sis bukanlah redha macam menyerah dalam terpaksa je or dipaksa.Memang sis minat dan nekad dengan keputusan sis. Sis ada pendirian. Sis akan buat jika sis yakin sis boleh. Sis tak rasa menyesal pun dengan keputusan yang telah sis lakukan selama ini.

Kereta manual ke auto ke sis rasa ada ke kelebihan dan kekurangan. .janji sis gembira dengan keputusan sis hihi..

Bagikan

Jangan lewatkan

PELIK KE AMBIL LESEN KERETA AUTOMATIK?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.