FOLLOWERS

Sabtu, 20 Ogos 2016

MYILHAM..ILHAM YANG HILANG

Semenjak dua tiga menjak ni aku macam tak ada mood. Boleh pulak aku berperangai demikian haha. Maybe sebab aku stress sakit kepala pun ada. Biasalah aku dok menghantar resume bagai sampai satu tahap aku dah blerrr pastu kepala aku mulalah berdenyut sakit ciss. Aku seorang yang amat meminati bidang penulisan jadi kalau ada bengkel berkaitan memang aku join. Dulu aku ada kisahkan aku pernah join bengkel penulisan skrip drama tv/filem. Aku suka benda berdialog ini sebab inilah aktiviti aku masa aku bosan belajar matematik dan matematik tambahan (aku tak suka nombor-nombor).

MYILHAM..ILHAM  YANG HILANG
diari tulis ilham,,haha silap besarlah orang curi diari,dalam diari aku kebanyakkan kosong je tak tulis pape pun.
(aku tak suka tulis diari pasal hari bagai.baik simpan je dalam hati haha)

Masa cikgu mengajar boleh aku main conteng-conteng kertas kekonon buat story pasal kawan-kawan kelas aku. Kawan-kawan aku semua ada watak haha pastu kawan-kawan aku suka pulak baca kisah khayalan aku nih sampai ada tertunggu-tunggu sambungan kisah dorang , siap ada offer diri suruh aku masukan wataknya sekali aku pun apa lagi aku bagi watak jahat dan paling kejam kat kawan aku tu.Zaman remaja sangat weii masa tu.

Aku pernah buat manuskrip buku kanak-kanak dah siap pastu aku call satu syarikat ni dia tak galakkan aku buat story kanak-kanak itu, bila orang tersebut tahu aku student U, dia suruh aku buat novel cinta. Aku terkelu. Aku beritahu orang tu aku tak ada kisah menarik pasal cinta boleh pulak dia usik..ala tak kanlah awak tak ada kisah cinta,kat kampus mesti banyak story menarik. Masa tu aku memang takleh nak certa kisah cinta. Aku rasa tak ada menarik pun..tak kan nak buat kisah cinta berputik kat library sebab terlanggar awek bawak buku bergunug-gunang realitinya ramai je melenggang p library haha pastu buku kat library mana boleh pinjam banyak uoll 10 ketul je boleh lw ambik master phd 20 buah buku tapi takda maknalah nak usung 20 buah buku.Boleh mendatangkan kepeningan kalau hilang.

Kisah jumpa awek atas bas kampus..realitinya aku rasa tak dan nak toleh kiri kan bas sesak uoll. Kisah jumpa kat kafe masa makan-makan? Masa makan khusyuk sangat macam tak ada cara lain je nak mengorat. Aku plak tak rasa nak buat novel cinta bagai..tapi orang tu minta aku cuba buat 2..3 page dy nak baca. Elok je aku buat 2..3 page fon aku rosak jadi nombor fon tuan itu hilang. Aku pulak nyanyuk aku tak ingat syarikat apa aku call bunyi macam syarikat ada nama tapi aku tak ingat masa tu aku tak serius sangat. Sekarang aku nak contact balik susah sebab aku pun tak tahu haha.

Pastu aku join bengkel penulisan skrip..2 bengkel skrip.Bengkel pertama aku join tahun 2013,diajar Encik Mazlan Manan,bengkel kedua Puan Maizura Ederis Jadi aku pun kenalah rajin-rajin buat proposal walaupun proposal aku 2..3 proposal cerita aku tak diterima stesyen tv tapi bagi aku semua ini pengalaman. Kalau orang lain ambil masa bertahun-tahun menempatkan diri dalam industri tersebut inikan pulak aku yang baru langkah pertama ini. Pengalaman dan kepercayaan terlibat dalam skrip drama radio bagiku amatlah bermakna. Masa tu aku masih baru lagi. Jadi aku diberi tugas cari idea cerita maka terhasillah drama radio, KASIH FIRDAUSI yang bersiaran di IKIM FM tahun 2015. Walaupun aku menyumbang idea aku tetap happy, Puan Maizura tanya aku boleh tak siapkan dalam masa sehari skrip sebab dorang nak cepat. Memang aku terkejut aku cakap aku takut haha.Bukan takut apa takut tak tak siap dan tak menarik sebab masa tu aku masih dok belajar menulis dan tak ada keyakinan lagi.

Sekarang? Aku masih lagi belajar dan belajar..kini aku tengah mencari ilham cerita untuk buat proposal. Ada yang dah siap tapi aku belum taip dalam laptop.Semua aku simpan dalam buku khas aku conteng idea. Idea dalam otak aku ni masih tak tercatat atas kertas lagi.Harap otak aku tak lupa...

3 ulasan: