FOLLOWERS

Khamis, 11 Ogos 2016

KISAH SERAM ASRAMA TURUN TEMURUN

Siapa pernah tinggal di asrama? sila angkat kening ala-ala Ziana Zain! Ok, walaupun tak nampak tapi aku rasa mesti ada jugak insan yang membaca blog ini mempunyai pengalaman tinggal di asrama. Betul tak. Tak kisahlah asrama sekolah ke, kolej ke universiti ke..pokoknya selagi dipanggil asrama maka tetaplah asrama. Warga asrama mempunya kisah tersendiri yang disampai secara lisan dari senior ke junior dan begitulah kitaran penyampai cerita seram asrama disampaian secara turun temurun dalam kalangan pelajar asrama..haha..Ok jom terjah story-story kisah seram asrama yang tersangatlah femos dan glamorr.

KISAH SERAM ASRAMA


1.      Kisah seram makcik jual karipap

Kisah makcik jual karipap tersangatlah popular. Seorang makcik berkerjaya sebagai penjual karipap bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Apa yang peliknya kisah ini popular kerana kelebihan makcik jual karipap yang sering menyapa pelajar melalui tingkap. Meh aku sampaikan dalam bentuk dialog haha.

Cerita 1:
Kau     : Woiii, hang nak tau tak dulu-dulu kat asrama ni ada cerita pelik..
Aku     : Apakah kepelikan itu?
Kau     : syuhhhhh!! Meh aku nak cerita, tapi takleh kuat-kuat. Seram oooo..
Aku     : Amboi..cepatlah wei cerita
Kau     : Dulu malam-malam ada makcik selalu jual karipap
Aku     : So..apa masalahnya
Kau     : dengarlah aku cerita perabis dulu. Makcik malam-malam jual karipap tanya kat tingkap     je.Hang bayangkan kalau hang dok tingkat 1 aras bawah tanah logiklah jugak kalau hang dok tingkap 4, agak-agak makcik karipap tu guna apa?tangga? ke terbang?
Aku     : Isyhhh!! Seram ehhh. Hang jangan dok cerita dah.

Cerita 2:
AKU tengah study di meja study. Tetiba...
MAKCIK KARIPAP: Nak..nak beli karipap tak?
AKU: (dalam hati: tengah-tegah malam jual karipap?) tak naklah makcik. Lain kali je.
MAKCIK KARIPAP: Betul tak nak?
AKU: Iyalah makcik.
MAKCIK KARIPAP : Tak mengapalah nak..makcik pergi dulu.
Maka makcik karipap pun berlalu...
AKU: Macam mana makcik ni boleh panjat bangunan ni. Aku dok tingkat 10 kot. Ada tangga tinggi ke?

Pitammm...

2.      Kisah seram lagu berhantu

Mesti hangpa dapat teka lagu apa kan. Lagu-lagu ni amatlah diharamkan dinyanyikan di asrama. Bukan saja asrama di rumah, di rumah sewa. Jangan gatal mulut nyanyi lagu-lagu ini. Lagu pertama berhantu adalah lagu Ulit Mayang. Aku pun tak tau la kajian pasal betul ke lagu ni berhantu. Hahaha..tapi aku pernah dengar kisah seorang budak yang boleh nampak benda kita tak nampak dia kata adalah kan yang suka menyanyi menari lagu ini. Berdasarkan apa yang aku belajar Ulit Mayang ini tergolong dalam Mantera. Mantera itu adalah sejenis jampi serapah. Tapi logiklah juga sebab Ulit Manyang adalah mantera jadi semestinya menjadi misteri. Jangan risau Ulit Mayang dalam buku teks bukanlah mantera yang ditulis habis sebaliknya separuh saja dan kemungkinan telah diubah.

Lagi satu lagu yang aku pelik dan tak ada bukti lagu cindai. Sampai hati tau dah la lagu Cindai lagu Siti Nurhaliza aku tak nampak pulak mana berhantunya. Mungkin pengaruh dari komik kot dulu masa aku sekolah rendah aku ada terbaca komik ini kisah kawan balik kampung dia tak tau dia masuk bilik air pastu menyanyi lagi Cindai pastu ntah siapalah sambung lagu tersebut. Lagipun cindai bukannya hantu cindai sejenis kain sutera berbunga-bunga. Mungkin lirik mula-mula kot agak seram hahaha.

Cindailah mana tidak berkias
Jalinannya lalu rentah beribu
Bagaimana hendak berhias
Cerminku rendak seribu...

Hohoho...cermin..cermin..

3.      Kisah seram askar jepun berkawad

Kisah ini amatlah popular. Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakkan asrama mesti berhampiran padang sekolah. Maka disinilah bermula alkisah student asrama nampak askar Jepun berkawad tengah-tengah malam. Nak sedapkan cerita tambah sedikit perencah seram. Askar Jepun tidak berkepala kerana dipenggal. Semua ini disebabkan roh tidak tenang.

4.      Kisah seram bilik belajar

Setiap asrama mesti ada bilik belajar atau bahasa femosnya bilik prep. Kisahnya begini yang disampaikan beberapa keturunan yang menginap di asrama:

Pelakon Utama:
Melur
Kemboja
Kemboja Palsu
(semua nama diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang meninggal. Nama tersebut bukanlah nama sebenar sebaliknya hanya dijadikan contoh)

Melur dan Kemboja bercadang untuk bangun belajar pukul 2 pagi.Melur mengingatkan Kemboja supaya mengejutkannya dari tidur jika dia tidak terjaga. MAKA jam 2 pagi Kemboja pun kejutkan Melur. Melur dan kemboja ke bilik prep. Mereka duduk di meja belajar dan  belajar..bersembang-sembang seperti biasa. Tetiba pen Melur terjatuh ke lantai. Melur pun tunduk nak ambik pen. Mata Melur terpandang Kemboja.Ehhh!! tak ada kaki?? Kini Melur fahammm.. Melur pun buat-buat mengantuk dan ingin segera meminta diri.

Melur : Huarghhhhhh!! Mengantok gila.
Kemboja terkebil-kebil memandang Melur.
Melur (cont.) :  Aku nak masuk bilik dululah. Nak tidur..mengantok
Kemboja : Nak Tidur keeee dah tahuuuuu..

Hahahaha.. sekadar hiburan..


Bagikan

Jangan lewatkan

KISAH SERAM ASRAMA TURUN TEMURUN
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

8 comments

Tulis comments
avatar
Tanpa Nama
11 Ogos 2016 1:07 PTG

makcik karipap mmg win! g mna2 pown ada ja beliau hahaha..

Reply
avatar
11 Ogos 2016 1:24 PTG

kekadang best gak layan citer2 seram ni. hahaha

Reply
avatar
15 Ogos 2016 11:51 PTG

:D HIHI semestinya...satu malaya tahu haha

Reply
avatar
15 Ogos 2016 11:52 PTG

layan tengah malam lagi best mesti termimpi-mimpi hihi

Reply
avatar
16 Ogos 2016 10:02 PG

dulu masa duk asrama sekolah menengah tahun 92, kecoh pasal hantu Greenlady...

Reply
avatar
16 Ogos 2016 6:19 PTG

Yang first tu paling popular rasanya HHAHAHAH

Reply
avatar
16 Ogos 2016 10:18 PTG

memang paling popular.igt masa sekolah je kat u pn ada jugak kisah ni haha

Reply
avatar
16 Ogos 2016 10:21 PTG

greenlady??macam hantu eropah je haha. kami tak pernah dengar kisah greenlady sb tahun 92 kami dalam perut..tak pun masa tu baby lagi haha..

Reply