FOLLOWERS

Isnin, 29 Ogos 2016

ADAKAH ANAK-ANAK SELAMAT?

Dah berhari lamanya tak tulis entri blog. Biasalah perasaan malas ini kalau malas memang malas tahap parah haha. Ok! Hari ini bukanlah cik ti nak ceramahkan mak ayah,mama papa bagai Cuma Cik Ti nak bagilah sedikit nasihat walaupun Cik Ti memanglah tak patut nak bercakap lebih-lebih.

Begini, tiap petang Cik Ti belajar memandu kereta kadang-kadang melepak haha. berdasarkan pemerhatian Cik Ti, ibu bapa suka biarkan anak dorang main berhampiran jalan raya. Ada satu peristiwa Cik Ti singgah di kedai adalah budak-budak dua tiga orang  main basikal tengah jalan. Usia dalam 4..5tahun je. Masa tu jalan memanglah tak sibuk tak ada kenderaan. Takut jugak Cik Ti bimbang ada kerata, lori muncul tetiba. Jadi Cik Ti suruhlah bebudak tu main jauh-jauh dari jalan raya. Budak kan??..seronok main still tak berginjak bermain atas jalan raya itu.

PERHATIKAN ANAK ANDA!
(photo: google image)

Cik Ti pun takutlah Cik Ti jadi saksi kemalangan ngeri. Parent dorang pun ada dekat-dekat situ je karang tegur anak orang tak pasal je Cik Ti kena marah hihi. Nak dipendekkan cerita tetiba muncul lori. Driver lori agak-agaklah nak race dalam kampung. Lori laju and bebudak tu masih bergumbira main basikal tengah jalan..budak-budak tu ketepi setelah ayah Cik Ti suruh dorang ketepi sebab ada lori.. barulah bebudak tu berlari-lari ketepi jalan itupun sebab dorag dah dengar bunyi lori. Tologlah tengok-tengok anak iye nanti jangan jadi apa-apa baru menyesal. Cik Ti tak mau masuk hospital sebab trauma tengok orang kena kemalangan hoho.
Baca selengkapnya

Isnin, 22 Ogos 2016

Tombiruo: Penunggu Rimba dari Novel ke Filem

Baru je godek-godek blog beautifulnara..ala blog gosip yang hot gituu.nampak sangat kan baca gosip tengah malam haha. Selain berita pasal artis yang buatkan i sangat teruja (i lah sangattt) entri blog beautifulnara yang paling menarik perhatian adalah pasal adaptasi novel Ramlee Awang Murshid.. Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar. Wahh mesti peminat novel Ramlee Awang Murshid tak sabar nak tengok filem Tembirou. Hayati pun suka baca novel RAM adalah 2..3 buah novel dalam koleksi simpanan.. dulu tak minat tapi dah baca best gila..lain dari yang lain. Bagi Hayati novel RAM memang terbaik dan jalan cerita bagus..buat hati berdebar je baca novel-novel RAM..saspen..haha. Hayati percaya filem ini bakal meletop-letop uolll. Pelakon pula bukan calang-calang pelakon okey pelakonnya..Zul Ariffin,Farid Kamil dan Nabila Huda. Hayati suka Nabila Huda berlakon memang best.. Selain pelakon mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini bukan calang-calang orang. Tak percaya baca kat sini

Ramlee Awang Murshid’s Tombiruo to Be Adapted to the Silver Screen by Two Directors

Tembiruo Penunggu Rimba dari Novel ke Filem
Tombiruo Penunggu Rimba dari Novel ke Filem


Filem Tombiruo: Penunggu Rimba bakal ditayangkan pada 2017. Okeh,,dah tak lama dahh..haha.
Baca selengkapnya

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

Okey..giveaway SpendaLusuh kembali lagi..

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh
KLIK BANNER UNTUK JOIN...

Baca selengkapnya

PELIK KE AMBIL LESEN KERETA AUTOMATIK?

Entri terdahulu sis (hari tua sedunia haha) ada beritahu bahawa sis daftar lesen kereta. Maka Ahad baru-baru ini dikala orang lain berhujung minggu sis pun pergilah masuk kelas kursus kurikulum pendidikan pemandu a.k.a dulu-dulu kita sebut kelas undang-undang memandu selama 6 jam. Awal-awal pagi sis menunggu di pintu pagar bukan sebab bersemangat okey tapi terpaksa sebab ayah sis ada kerja.. jadi dari sis tunggu bas yang kemungkinan 99.99 peratus tak muncul lebih rela sis pergi awal. Dalam borang tulis pukul 8 (sis tahu sebenarnya mula pukul 9,saja dorang awalkan supaya kita datang awal kot), pukul 7 lebih sis dah terpacak kat depan institut memandu itu. Pukul 8 baru staff dorang muncul. Walaupun sis rasa hangin kus-kus hota heeii tapi sis sabar je sebab siapa suruh sis p awal haha. Cuma sis harap dorang tak fikir sis penampakan hantu tepi jalan je sebab masa tu kabus tebal.

PELIK KE AMBIL LESEN KERETA AUTOMATIK




 Dalam ramai-ramai hanya  sis seorang yang ambil lesen kereta auto yang lain semua manual. So,sepanjang dalam kelas sis rajin ditanya cikgu pasal kereta walaupun sis bukanlah tahu sangat. Sis memang tak suka nak ingat bab komponen kereta. Yang tu sis tak kisah sangat sebab nanti ayah sis ajarkan tapi yang sis pelik cikgu-cikgu situ tanya sis betul and konfiden ke nak ambik lesen auto so dengan konfidenlah sis jawab yesss. Then, cikgu tanya kenapa awak nak ambik lesen auto...sis cakap lah sebab sis belajar kereta auto dan sis amatlah minat haha. Sis tahu kalau drive kereta auto sis tak boleh drive manual,tapi sis tak kisah pun manalah sis tahu nak jadi apa masa depan. Bila sis ambil auto semestinya sis tak kan pandai drive kereta manual dan menjadi kesalahan sis jika sis ada lesen auto tapi sis drive kereta manual and sis boleh di saman. Sebab sis tak pandai manual punya kereta, sememangnyalah sis tak pandai drive kereta manual.

yang pelik je sis asyik ditanya betulke nak ambik lesen manual..siap tanya sis nanti sis kawin,kereta auto sis rosak,,suami sis ada kereta manual bagaimana sis nak drive manual. Amboi jauhnya pemikiran tenaga pengajar disitu. Sis pun jawab..saya cuti jelah (amboi suka hati je kan?). Lagipun manalah sis tahu sis kawin ke tak nanti..kalau kawin pun manalah sis tahu kot-kot suami sis drive kerata auto jugak kan..

Ada juga kenalan baru kat situ tanya kenapa ambil lesen auto, sis jawablah sis dah biasa belajar kereta auto lagipun sis beritahu sis tak suka buat perkara yang sis tak suka dan membuatkan sis terasa sangat terbeban, Iyelah sis ni jenis gemuruh sikit tengok jalan raya jadi sis tak mahulah sis belajar sekerat jalan gara-gara sis tak tahu dan tak minat nak drive kereta manual. Bukan sis tak suka cabaran dan elak bebanan cuma sis jenis suka buat perkara yang buatkan sis suka dan tak rasa terbeban. Kalau kita minat mesti kita iklas..yelah walaupun iklas seseorang hanya Allah je dapat menilai..

Sis juga menyangkal kata-kata cikgu yang ajar sis bahawa sis redhaa je ambil lesen kereta auto. Sis bukanlah redha macam menyerah dalam terpaksa je or dipaksa.Memang sis minat dan nekad dengan keputusan sis. Sis ada pendirian. Sis akan buat jika sis yakin sis boleh. Sis tak rasa menyesal pun dengan keputusan yang telah sis lakukan selama ini.

Kereta manual ke auto ke sis rasa ada ke kelebihan dan kekurangan. .janji sis gembira dengan keputusan sis hihi..
Baca selengkapnya

Sabtu, 20 Ogos 2016

MYILHAM..ILHAM YANG HILANG

Semenjak dua tiga menjak ni aku macam tak ada mood. Boleh pulak aku berperangai demikian haha. Maybe sebab aku stress sakit kepala pun ada. Biasalah aku dok menghantar resume bagai sampai satu tahap aku dah blerrr pastu kepala aku mulalah berdenyut sakit ciss. Aku seorang yang amat meminati bidang penulisan jadi kalau ada bengkel berkaitan memang aku join. Dulu aku ada kisahkan aku pernah join bengkel penulisan skrip drama tv/filem. Aku suka benda berdialog ini sebab inilah aktiviti aku masa aku bosan belajar matematik dan matematik tambahan (aku tak suka nombor-nombor).

MYILHAM..ILHAM  YANG HILANG
diari tulis ilham,,haha silap besarlah orang curi diari,dalam diari aku kebanyakkan kosong je tak tulis pape pun.
(aku tak suka tulis diari pasal hari bagai.baik simpan je dalam hati haha)

Masa cikgu mengajar boleh aku main conteng-conteng kertas kekonon buat story pasal kawan-kawan kelas aku. Kawan-kawan aku semua ada watak haha pastu kawan-kawan aku suka pulak baca kisah khayalan aku nih sampai ada tertunggu-tunggu sambungan kisah dorang , siap ada offer diri suruh aku masukan wataknya sekali aku pun apa lagi aku bagi watak jahat dan paling kejam kat kawan aku tu.Zaman remaja sangat weii masa tu.

Aku pernah buat manuskrip buku kanak-kanak dah siap pastu aku call satu syarikat ni dia tak galakkan aku buat story kanak-kanak itu, bila orang tersebut tahu aku student U, dia suruh aku buat novel cinta. Aku terkelu. Aku beritahu orang tu aku tak ada kisah menarik pasal cinta boleh pulak dia usik..ala tak kanlah awak tak ada kisah cinta,kat kampus mesti banyak story menarik. Masa tu aku memang takleh nak certa kisah cinta. Aku rasa tak ada menarik pun..tak kan nak buat kisah cinta berputik kat library sebab terlanggar awek bawak buku bergunug-gunang realitinya ramai je melenggang p library haha pastu buku kat library mana boleh pinjam banyak uoll 10 ketul je boleh lw ambik master phd 20 buah buku tapi takda maknalah nak usung 20 buah buku.Boleh mendatangkan kepeningan kalau hilang.

Kisah jumpa awek atas bas kampus..realitinya aku rasa tak dan nak toleh kiri kan bas sesak uoll. Kisah jumpa kat kafe masa makan-makan? Masa makan khusyuk sangat macam tak ada cara lain je nak mengorat. Aku plak tak rasa nak buat novel cinta bagai..tapi orang tu minta aku cuba buat 2..3 page dy nak baca. Elok je aku buat 2..3 page fon aku rosak jadi nombor fon tuan itu hilang. Aku pulak nyanyuk aku tak ingat syarikat apa aku call bunyi macam syarikat ada nama tapi aku tak ingat masa tu aku tak serius sangat. Sekarang aku nak contact balik susah sebab aku pun tak tahu haha.

Pastu aku join bengkel penulisan skrip..2 bengkel skrip.Bengkel pertama aku join tahun 2013,diajar Encik Mazlan Manan,bengkel kedua Puan Maizura Ederis Jadi aku pun kenalah rajin-rajin buat proposal walaupun proposal aku 2..3 proposal cerita aku tak diterima stesyen tv tapi bagi aku semua ini pengalaman. Kalau orang lain ambil masa bertahun-tahun menempatkan diri dalam industri tersebut inikan pulak aku yang baru langkah pertama ini. Pengalaman dan kepercayaan terlibat dalam skrip drama radio bagiku amatlah bermakna. Masa tu aku masih baru lagi. Jadi aku diberi tugas cari idea cerita maka terhasillah drama radio, KASIH FIRDAUSI yang bersiaran di IKIM FM tahun 2015. Walaupun aku menyumbang idea aku tetap happy, Puan Maizura tanya aku boleh tak siapkan dalam masa sehari skrip sebab dorang nak cepat. Memang aku terkejut aku cakap aku takut haha.Bukan takut apa takut tak tak siap dan tak menarik sebab masa tu aku masih dok belajar menulis dan tak ada keyakinan lagi.

Sekarang? Aku masih lagi belajar dan belajar..kini aku tengah mencari ilham cerita untuk buat proposal. Ada yang dah siap tapi aku belum taip dalam laptop.Semua aku simpan dalam buku khas aku conteng idea. Idea dalam otak aku ni masih tak tercatat atas kertas lagi.Harap otak aku tak lupa...
Baca selengkapnya

CARA BELI NO.PIN PEPERIKSAAN ULANGAN STPM DI BSN



CARA BELI NO.PIN PEPERIKSAAN ULANGAN STPM DI BSN
CARA BELI NO.PIN PEPERIKSAAN ULANGAN STPM DI BSN



OK. Aku ucapkan tahniah kat student stpm  yang berjaya dapat result cemerlang peperiksaan STPM Penggal kedua baru-baru ini. Semestinya aku bukanlah calon haha dah tua dah STPM aku ambik 4 taun lepas nuhh. Kepada tak berjaya jangan risau boleh ambik lagi dengan cara repeat paper.Paper repeat kena beli nom pin jugak okey di BSN dengan harga RM 50++ sikit (1 paper..kalau 4 paper?kiralah sendiri hihi) aku lupa pulak aku baru je beli untuk seseorang  baru-baru ni.  Aku pun tak tahu nak beli masa mula-mula dulu iyelah aku tak pernah repeat paper sebab tahun aku format lama dan ramai tak sanggup nak masuk belajar dengan junior. Tak guna penggal-penggal (lebih kurang macam sistem sem) , terus gedabakk exam hujung tahun.

Kadang-kadang aku kesian jugak kat dorang yang ikot sistem penggal ni sebab ada assignment bagai. Memang bagus untuk persediaan ke U tapi kebanyakkan pelajar Tingkatan 6 ni bercampur dengan sistem sekolah jadi kalau tinggal di asrama belajar di sekolah terpaksalah ikut segala peraturan dan aktiviti sekolah. Agak sukar nak siapkan tugasan. Suasana nak tak selesa. Pastu nak melayan kerenah junior..biasalah kitakan senior haha.

Ok..siapa nak repeat tu bolehlah jadikan ini sebagai tujukan:

1)mestilah pergi ke Bank Simpanan Nasional

2)Ambil borang DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN yang warna biru.

3) Isi maklumat. Kalau korang beli untuk adik ke siapa ke jangan tulis nama korang plak tulis nama calon yang nak repeat paper tersebut tau. (nama,no ic dan rujukan 1 tulis STPM peperiksaan ulangan penggal 2.

4)Ambil nombor giliran dan siapkan duit siap-siap.
5)Tunggu giliran korang hihi

Harap perkongsian ini berguna (boleh dijadikan rujukan akan datang)

Baca selengkapnya

Rabu, 17 Ogos 2016

Giveaway RM400 by AsyaAmin

Giveaway RM400 by AsyaAmin.

 http://in-finitedream.blogspot.my/2016/08/giveaway-rm400-by-asyaamin_17.html
KLIK BANNER


Syarat penyertaan :

1. Blogger Malaysia
2. Follow blog ini. Wajib
3. Follow :

https://www.instagram.com/syaaddaa/   https://twitter.com/syaaddahttps://www.facebook.com/nsyaaa 


4. Bahagian sponsor :

Follow SEMUA. Highlited. (exceptional to those yang tiada Instagram dan twitter. But please do mention if you don't have Instagram and Twitter account)

https://www.instagram.com/_mrdiana/ (Follow)


https://www.instagram.com/shahhaizal/ (Follow)


https://www.facebook.com/kelakardotmy/  Like page Facebook (Wajib)

https://plus.google.com/+TheNewMindedakaUltraStation/posts (Optional)


nurnabla.blogspot.my (Wajib)

https://www.instagram.com/nur__nabila/ (Follow)

http://julinaalias24.blogspot.my/ (Wajib)

https://www.facebook.com/julina.alias (Follow)

https://www.instagram.com/cucigambar_murah/ (Follow)


5. Buat entry bertajuk "Giveaway RM400 by AsyaAmin!"
6. Letakkan banner pada entry (boleh copy paste html code dalam box di atas)
7. Banner hendaklah dibacklink ke sini
8. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.



Senarai Hadiah :

Top Referral :
1. Wang tunai RM 150 x 1 pemenang
2. Wang tunai RM 60 x 1 pemenang
3. Wang tunai RM 40 x 1 pemenang



Random:
1. Photobook 6X6 INCI/40 Page/100 keeping gambar x 1 pemenang
2.  -Blog review x 4 pemenang
-Bloglist selama 30 hari x 9 pemenang
3. -Topap RM 5 x 2 pemenang
-Blog Review x 3 pemenang
4. Topap RM 10x 9 pemenang


Penyertaan terbuka kepada semua blogger Malaysia.
Selamat Berjaya :)




Mula :
16 Ogos 2016
Tamat:
1 Oktober 2016









p/s: I state RM400 based on total overall.






















Baca selengkapnya

DAFTAR LESEN KERETA AUTOMATIK

Jumaat-16 Ogos 2016 (eleh ala-ala nak tulis artikel berita plak)..aku pergi ke bandar berhampiran rumah aku. Survey harga lesen walaupun aku dah tua sewajarnya aku memiliki lesen memandu. Aku bukan minat sangat bab-bab sebegini tapi memikirkan untuk kemudahan diri ini dan keluarga maka gagahkan jelah. Haritu aku ada cerita pasal aku belajar memandu dengan abah aku. Jadi aku boleh dah drive walaupun aku tak hafal pun nama-nama komponen semua tu. Isyhh tension plak aku. Mak saudara aku adalah storykan kat aku sekarang ambil lesen sebelum nak mula drive tu kenalah bercakap bagai janganlah dorang tanya benda pelik-pelik lumrahlah sebagai perempuan aku tak ambil tahu sangatlah segala mak nenek pasal kereta. Dia ingatkan aku kalau cikgu memandu tu kenakan aku jangan ikot sangat.contohlah cikgu kata tak payahlah pakai seat belt. Jangan ikut cakap dia..depa saja nak uji. Aku faham aku ni agak lurus dan jujur orangnya haha.

Berdasarkan aku survey harga kebanyakkan harga lesen kereta automatik agak mahal. Aku tengok harga lesen bus..lori murah dari harga lesen kereta automatik. Jadi aku pun daftar jelah. Nak ambil lesen kali ini lain sikit. Kalau korang ada lesen motor then nak ambik lesen kereta korang tetap kena buat lesen L and P untuk kereta. Dulu kalau dah ada lesen L tak perlu ambil lagi kelas undang-undang nih. Kira kalau ada L untuk semua kenderaan motor,kereta...Masa aku daftar ni dorang tanya betul ke aku nak ambik lesen kereta auto..ehhh macam dorang kepelikkan pulak. Aku kata yes..yes haha.Iyelah aku tahu kebanyakan orang ambil manual sebab kalau pandai drive kereta manual semestinya boleh drive kereta auto.Kalau ada auto jangan gatal tanganlah drive kereta manual walaupun pandai drive kereta manual sebab kat lesen nanti memang akan tulis D A (err..DA ke (aku lupa dia sebut haha..untuk drive kereta auto je).

Dorang kata lain sikit format sekarang ni. Buku pun lain.Kalau ambil kerata auto buku khas untuk kereta auto.Kalau manual..khas untuk manual. Dulu aku tengok buku makcik aku kecik-kecik siap ada jawapan bagai tak silap aku 3 buah buku tapi versi kecik mudah bawa dan bolehlah melipat-lipat. Kali ni buku macam buku teks..menariklah jugak sebab dari page 1 sampai last ada gambar bewarna (ok aku dah dah macam budak tadika suka buku warna-warni). Tebalnya..364m/s..memang versi buku teks sungguh..besar kedabakkk.Malas pulak aku nak usung. Kalau kecik bolehlah masukkan dalam handbag.

DAFTAR LESEN KERETA AUTOMATIK
MEMANG BUKU TEKS rrr.


DAFTAR LESEN KERETA AUTOMATIK
buku lesen kereta warna-warni..hoho
Apa pun aku ucapkan selamat maju jaya untuk diri sendiri (gila perasan aku nih). Ahad ni kelas sampai 4 petang (hikmahnya: terubat rindu zaman study haha).
Baca selengkapnya

Selasa, 16 Ogos 2016

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

 Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM
KLIK BANNER KALAU NAK JOIN

OK..semangat rajin nak join giveaway dah mai..jom join ramai-ramai..

Baca selengkapnya

KISAH DAKWAH PELAJAR INI AKAN BUATKAN ANDA KAGUM


Masa godek-godek aku terjumpalah kisah ini cabaran yang dihadapi seorang pelajar diluar negara menghadapi persepsi masyarakat barat terhadap islam. Kalau aku kat tempat pelajar tersebut mesti ting tong pitam nak jawab haha. Masa zaman U walaupun aku ni belajar dalam negara je aku pun ada kawan-kawan non-muslim. Kawan aku suka tanya bab islam. Tapi  aku pun tak sempurna tapi aku cuba bagi jawapan terbaik. Tengok pelajar islam berdating berdua-duaan bila aku dan kawan aku ternampak mesti dia tanya kenapa mereka berdua-duan di tempat sunyi bukan kah Islam tak benarkan lelaki dan perempuan berdua-duaan?. Maksudnya kawan aku tanya berdasarkan apa yang dia lihat pada perbuatan orang Islam. Kadang-kadang kawan aku tanya kenapa ada orang islam tak solat?. Aku try bagi jawapan terbaik iyelah kawan aku bukan calang-calang orang pelajar komunikasi dan pendebat,pemidato..dalam erti kata kawan aku ni memang seorang berani bersuara,lantang dan mahukan jawapan.ok dah jadi kisah aku pulak.

 Jom baca kisah pelajar ini..




sumber: iiumc












































































Baca selengkapnya

Isnin, 15 Ogos 2016

PENING MENCARI TEMPLATE BLOG YANG COMEL TAPI SEO FRIENDLY


hhh
Dah berhari-hari aku tak update entri baru walaupun blog aku ni agak sendu tapi kenalah rajin hoho. Asalnya memang nak menaip tapi itulah masa sangat jelos asal dah plan nak menaip kat blog ni mesti ada je agenda lain. Lagi satu aku tak berapa semangat nak menaip sebab template blog aku ni kosong je. Aku jenis manusia tak boleh tengok benda kosong apalagi aku pun rasa kosong je tak semangat.  Koleksi tudung bawal dan shawl aku takda yang plain semua bercorak,Dah 2..3 hari jugaklah aku dok godek-godek cari template yang sesuai. Memang banyak je template blog yang free dan comel-comel belaka tapi aku nak cari template blog yang SEO FRIENDLY..template mesra seo gitu..

TEMPLATE SEO
GOOYAABI TEMPLATES PILIHAN HATI SEBAB GOOYAABI SEDIAKAN RESPONSIVE DAN SEO TEMPLATE


Tapi kebanyakkan template blog yang mesra seo dan responsive tak berapa comel..putih je background template pon tak adalah cantik. Ada jugak template cantik-cantik..ala-ala buku diari,ala-ala love,ala-ala princess gitu tapi tak mesra lah pulak.
Mesti ada yang tertanya-tanya apelah minah ni bebelkan? SEO? RESPONSIVE? Gunalah jelah template kat blogger.com..kan dah ada..aku memang suka template yang dah disediakan di blogger.com tapi asal aku bukak fon je mesti naik perkataan ini: A description for this result is not available because of this site’s robots.txt (aku rasa masalah robot kot)..destop ok je.

Pastu aku pun buatlah apa yang patut sampai aku tak tahu aku buat apa.walaupun aku dah edit supaya template  blog aku jadi mesra SEO yag melibat kod-kod di edit html (aku agak fobia kod-kod ,tersilap langkah jenuh nak cari). Aku bukanlah pakar bab-bab blog nak cerita lebih-lebih. Senang cerita korang baca link aku bagi dari blog Sifu terunggul blogspot, Hasrul Hassan. Ramai orang jadikan blog Hasrul Hassan sebagai rujukan bab blog termasuklah aku.



Lagi satu template mesra seo ini buatkan blog aku tetap ada pengunjung walaupun aku jarang blogwalking (ikut hari rajin biasanya blogwalking malam-malam je) dan tulis entri baru walaupun trafik tak kencang iyelah entri aku pun ciput je.. (nampak sungguh tahap malas dan kesibukkan haha).orang search keyword pun menunjukkan peningkatan. Template SEO FRIENDLY sangatlah bagus. Korang tengok sekarang ni template baru aku yang designnya dari Arlina design. Harap aku nak design-design memang kelautlah...

                                                              
                                                               TEMPLATE BLOGGER.COM..
                        Aku dah edit supaya mesra SEO sebelum edit 60 lebih gitu..

 
blog dengan template SEO..ok..tak cukup 100%
cara cek SEO:


*sorry kalau ada typo sebab menaip sambil menguap sopan dan mengantok tahap nak koma..maaf andai ada salah silap.



Baca selengkapnya

Khamis, 11 Ogos 2016

KERJA SAMBILAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

.

Belajar sambil bekerja bukanlah suatu yang mudah. Peningkatan kos sara hidup kini semakin membebankan kehidupan segenap lapisan masyarakat. Kos sara hidup dan peningkatan yuran merupakan satu bebanan terutamanya pelajar IPT yang kebanyakkannya tidak mempunyai pendapatan tetap (ilmiahnya ayat aku). Namun begitu, kita tidak seharusnya mengatakan mahasiswa manja 100%. Nak bekerja sambil belajar memerlukan penilaian dari pelbagai aspek terutamanya berkaitan dengan keselamatan dan risiko-risiko tertentu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Hayati sebenarnya banyak juga peluang pekerjaan untuk kerja sambilan untuk pelajar universiti. Bukanlah kerja untuk bermewahan dan terus jadi jutawan sebaliknya kerja sambilan yang boleh menampung perbelanjaan keperluan asas pun dah ok.

KERJA SAMBILAN




Antara kerja sambilan..part time yang boleh student buat ialah...

1.      KEDAI MAKAN
-Biasanya di kawasan sekitar universiti terdapat banyak kedai makan. Kalau berniaga di sekitar universiti memang boleh maju. Biasanya waktu kedai makan beroperasi sekitar jam 5 petang sehinggan 5-6 pagi. Ada ke kedai makan bukak sampai 5..6 pagi?? Mestilah ada. Hayati pernah la juga sekali je keluar makan beramai-ramai jam 2 pagi itupun selepas habis meeting persatuan (ternak lemak banyak-banyak hihi) .Kalau seorang diri tak kuasa diri ini gagah ke kedai makan,lebih baik makan megi tak pun minum kopi senang cerita makan apa yang ada. Ehh..termasuk bab makan pula. Kalau nak kerja malam-malam lelaki sesuailah kalau perempuan Hayati tak galakkan. Bukan apa banyak bahaya.

2.      TUDUNG/SHAWL
-Disebabkan banyak tudung dijual saiz bidang biasa ,kalau kamu pandai jahit tudung labuh atau kreatif dalam bidang jahitan memang boleh jadikan kerja sampingan. Bukan ambil kesempatan, disampaing dapat pahala dan cari rezeki. Tak salah pun. Hayati pernah jumpa pelajar-pelajar yang mengabil upah jahit tudung. Biasanya jahitan memang kemas dan corak pun lain dari yang lain. Bagi kamu yang tak suka orang lain tudung corak sama dengan kamu bolehlah tempah pada rakan-rakan kamu yang pandai menjahit (ekslusif katakan hehe).. Apa salahnya tolong kawan berniaga.

3.      MENULIS
Bagi kamu yang berbakat dalam bidang penulisan sama ada penulisan novel,sajak..jangan sia-siakan bakat yang ada. Mungkin ambil masa agak lama. Namu hasilnya berbaloi. Pernah Hayati mencongak royalti novel rakan kepada roomate Hayati (semua satu school je tapi major lain-lain) amboi..terjuling mata menconjak. Royaltinya 5 angka sebuah novel sekarang ni dah banyak novel. Kena rajin..rajin..rajin.. Tapi janganlah niat untuk wang semata-mata kebanyakkan yang terlibat dalam dunia penulisan ini asalnya hanya sekadar suka-suka dan minat. Dapat bayaran itu adalah rezeki dan hasil kerja mereka.Sajak,cerpen juga boleh dihantar diruangan majalah-majalah. Banyak majalah yang menyediakan ruangan untuk menghantar karya.. dan dibayar (bukan dipanggil royalti tapi saguhati). Hayati pernah menerima bayaran kerana terlibat dalam penulisan skrip drama radio 2015.

4.      JUAL BARANGAN KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN
Kerja sampingan seterusnya ialah jual produk kecantikan dan kesihatan. Memang laku sangat-sangat. Produk kesihatan biasanya produk kurus, produk kecantikan jerawat dan segala barangan kosmetik perempuan suka. Selain tudung dan shawl.

5.      EJEN DROPSHIP
Sebagai pelajar mesti menghadapi masalah tentang modal. Kamu carilah dropship yang keahliannya ditawarkan secara percuma, kalau mampu sikit ejen dropship yang dikenakan bayaran tertentu.
Barangan droship paling diminati:
-Tudung (segala jenis bentuk bawal,halfmoon)
-Pakaian

6. JUAL MAKANAN RINGAN
-Contoh biskut yang tak sukar didapati (edisi terhad hehe), Megi pun orang beli tambah-tambah musim hujan dan musim exam  dan hujung minggu. Hujung minggu kebiasaanya kafe tutup. Maka seharusnya tak rajin nak keluar. Selain megi, kerepek pun ramai peminat. Serius kalau ada pelajar singgah bilik hostel Hayati, dorang jual kerepek memang Hayati beli sebab kita hantu kerepek. Kunyah-kunyah sambil buat assignment. Kerepek rangut macam kerepek pisang, apa-apa jelah. Biasanya rakan-rakan anda akan beli tau. Jangan terpengaruh dengan drama takut diejek. Tak pernah lagi Hayati jumpa orang seperti itu. Malah ramai yang menyokong dan kalau sedap siap repeat order lagi.

7. ONLINE SURVEY
.

Kalau malas nak cari kerja sambilan yang perlu keluar dan mengadap orang ramai bolehlah buat kerja sendirian..
Join online survey . Kalau rajin memang dapat hasil.

Sekadar perkongsian dan cadangan :)






Baca selengkapnya

KISAH SERAM ASRAMA TURUN TEMURUN

Siapa pernah tinggal di asrama? sila angkat kening ala-ala Ziana Zain! Ok, walaupun tak nampak tapi aku rasa mesti ada jugak insan yang membaca blog ini mempunyai pengalaman tinggal di asrama. Betul tak. Tak kisahlah asrama sekolah ke, kolej ke universiti ke..pokoknya selagi dipanggil asrama maka tetaplah asrama. Warga asrama mempunya kisah tersendiri yang disampai secara lisan dari senior ke junior dan begitulah kitaran penyampai cerita seram asrama disampaian secara turun temurun dalam kalangan pelajar asrama..haha..Ok jom terjah story-story kisah seram asrama yang tersangatlah femos dan glamorr.

KISAH SERAM ASRAMA


1.      Kisah seram makcik jual karipap

Kisah makcik jual karipap tersangatlah popular. Seorang makcik berkerjaya sebagai penjual karipap bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Apa yang peliknya kisah ini popular kerana kelebihan makcik jual karipap yang sering menyapa pelajar melalui tingkap. Meh aku sampaikan dalam bentuk dialog haha.

Cerita 1:
Kau     : Woiii, hang nak tau tak dulu-dulu kat asrama ni ada cerita pelik..
Aku     : Apakah kepelikan itu?
Kau     : syuhhhhh!! Meh aku nak cerita, tapi takleh kuat-kuat. Seram oooo..
Aku     : Amboi..cepatlah wei cerita
Kau     : Dulu malam-malam ada makcik selalu jual karipap
Aku     : So..apa masalahnya
Kau     : dengarlah aku cerita perabis dulu. Makcik malam-malam jual karipap tanya kat tingkap     je.Hang bayangkan kalau hang dok tingkat 1 aras bawah tanah logiklah jugak kalau hang dok tingkap 4, agak-agak makcik karipap tu guna apa?tangga? ke terbang?
Aku     : Isyhhh!! Seram ehhh. Hang jangan dok cerita dah.

Cerita 2:
AKU tengah study di meja study. Tetiba...
MAKCIK KARIPAP: Nak..nak beli karipap tak?
AKU: (dalam hati: tengah-tegah malam jual karipap?) tak naklah makcik. Lain kali je.
MAKCIK KARIPAP: Betul tak nak?
AKU: Iyalah makcik.
MAKCIK KARIPAP : Tak mengapalah nak..makcik pergi dulu.
Maka makcik karipap pun berlalu...
AKU: Macam mana makcik ni boleh panjat bangunan ni. Aku dok tingkat 10 kot. Ada tangga tinggi ke?

Pitammm...

2.      Kisah seram lagu berhantu

Mesti hangpa dapat teka lagu apa kan. Lagu-lagu ni amatlah diharamkan dinyanyikan di asrama. Bukan saja asrama di rumah, di rumah sewa. Jangan gatal mulut nyanyi lagu-lagu ini. Lagu pertama berhantu adalah lagu Ulit Mayang. Aku pun tak tau la kajian pasal betul ke lagu ni berhantu. Hahaha..tapi aku pernah dengar kisah seorang budak yang boleh nampak benda kita tak nampak dia kata adalah kan yang suka menyanyi menari lagu ini. Berdasarkan apa yang aku belajar Ulit Mayang ini tergolong dalam Mantera. Mantera itu adalah sejenis jampi serapah. Tapi logiklah juga sebab Ulit Manyang adalah mantera jadi semestinya menjadi misteri. Jangan risau Ulit Mayang dalam buku teks bukanlah mantera yang ditulis habis sebaliknya separuh saja dan kemungkinan telah diubah.

Lagi satu lagu yang aku pelik dan tak ada bukti lagu cindai. Sampai hati tau dah la lagu Cindai lagu Siti Nurhaliza aku tak nampak pulak mana berhantunya. Mungkin pengaruh dari komik kot dulu masa aku sekolah rendah aku ada terbaca komik ini kisah kawan balik kampung dia tak tau dia masuk bilik air pastu menyanyi lagi Cindai pastu ntah siapalah sambung lagu tersebut. Lagipun cindai bukannya hantu cindai sejenis kain sutera berbunga-bunga. Mungkin lirik mula-mula kot agak seram hahaha.

Cindailah mana tidak berkias
Jalinannya lalu rentah beribu
Bagaimana hendak berhias
Cerminku rendak seribu...

Hohoho...cermin..cermin..

3.      Kisah seram askar jepun berkawad

Kisah ini amatlah popular. Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakkan asrama mesti berhampiran padang sekolah. Maka disinilah bermula alkisah student asrama nampak askar Jepun berkawad tengah-tengah malam. Nak sedapkan cerita tambah sedikit perencah seram. Askar Jepun tidak berkepala kerana dipenggal. Semua ini disebabkan roh tidak tenang.

4.      Kisah seram bilik belajar

Setiap asrama mesti ada bilik belajar atau bahasa femosnya bilik prep. Kisahnya begini yang disampaikan beberapa keturunan yang menginap di asrama:

Pelakon Utama:
Melur
Kemboja
Kemboja Palsu
(semua nama diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang meninggal. Nama tersebut bukanlah nama sebenar sebaliknya hanya dijadikan contoh)

Melur dan Kemboja bercadang untuk bangun belajar pukul 2 pagi.Melur mengingatkan Kemboja supaya mengejutkannya dari tidur jika dia tidak terjaga. MAKA jam 2 pagi Kemboja pun kejutkan Melur. Melur dan kemboja ke bilik prep. Mereka duduk di meja belajar dan  belajar..bersembang-sembang seperti biasa. Tetiba pen Melur terjatuh ke lantai. Melur pun tunduk nak ambik pen. Mata Melur terpandang Kemboja.Ehhh!! tak ada kaki?? Kini Melur fahammm.. Melur pun buat-buat mengantuk dan ingin segera meminta diri.

Melur : Huarghhhhhh!! Mengantok gila.
Kemboja terkebil-kebil memandang Melur.
Melur (cont.) :  Aku nak masuk bilik dululah. Nak tidur..mengantok
Kemboja : Nak Tidur keeee dah tahuuuuu..

Hahahaha.. sekadar hiburan..


Baca selengkapnya

SENARAI PENGINAPAN BERHAMPIRAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PULAU PINANG

Hari ini aku nak share senarai penginapan berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM). Entri ini diharap dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menginap berhampiran USM. Aku nasihatkan kepada junior-junior yang bakal melanjutkan pelajaran ke USM yang tinggal jauh nun dari kampus USM bolehlah buat tempahan segera setelah berjaya PERMOHONAN KE USM. Iyalah bukan seratus dua tau tapi beribu pelajar seluruh Malaysia sedangkan penginapan sekitar kawasan berhampiran USM sangatlah terhad terutamanya yang murah dan paling dekat USM. Tempat lain ada Cuma agak jauh.

Kalau boleh bagi orang yang jauh sangat bolehlah pergi awal sebelum mendaftar bolehlah jalan-jalan sampai tengok-tengok kawasan universiti yang bakal menjadi tempat menimba ilmu. Hayati masa mendaftar tak tinggal dimana-mana hotel..homestay..sebab jarak rumah dengan USM tak jauh. Bertolak pagi dalam pukul 7 pagi pukul 9 pagi dah sampai drive kereta laju-laju sebelum pukul 9 pagi dah sampai itupun kalau jalan tak sesak. Penginap pun masa hari konvokesyan itupun last minit memang jenuh mencari sebab semua full. Itu baru mini konvo kalau konvo besar maunya tak sesak dan lagilah sukar nak cari tempat menginap.

Kalau anda merancang nak satu famili hantar ke universiti semestinya kena ada penginapan. Kesian pula kat keluarga.

Penginapan yang Hayati kongsikan ini adalah paling dekat dengan USM dan murah. Ok, jom Hayati kongsikan maklumat penginapan berhampiran USM.


USM GUEST HOUSE
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Website: 


Telephone:
(+6) 04 653 2050
(+6) 04 653 2030
(+6) 04 653 2033

VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL

213, Penang, Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul,
11950 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Contact: 04-646 8000

U HOTEL

PENGINAPAN BERHAMPIRAN  USM


U Hotel ini teramatlah strategik. Terletak berdekatan pintu masuk USM Sungai Dua. Sangatlah dekat dengan USM. Kalau nak jalan kaki pun boleh haha. U Hotel ini memudahkan famili korang nak ke masjid yang berada dalam USM. Pastu dekat dengan U Hotel ada TESCO EXTRA. Kalau nak beli barang senang. Pastu kawasan bermpiran juga ada mekdi, KFC dan kedai-kedai makan yang harganya sangatlah berpatutan dan sedap. Ok, tetiba je kan promok pasal makanan haha biasalah Pulau Pinang kan kaya dengan makanan sedap lagi unggul cewahhh. Berdasarkan maklumat dari kawan i, dia cakap U Hotel ini amat selesa. U hotel ni hotel agak baru. Rasanya masa aku tahun ke-3 berada di USM hotel ni baru beroperasi. Jadi serba baru dan cantik.


ANGGERIK LODGING

351 Jalan Hilir Pemancar.11700, Gelugor, Pulau Pinang.

TEL: 04-6583760 (main office) /04-6564428

WEBSITE: www.anggeriklodging.com
EMAIL: anggeriklodgingpeneng@yahoo.com

A HOTEL

A Hotel ini tak silap pemilik yang sama Anggerik Lodging sebab dulu masa call dorang adalah syorkan hotel dorang lagi satu A Hotel.

350-E JALAN SULTAN AZLAN SHAH,GELUGOR,PULAU PINANG

TEL04-6583760 (main office) / 04-6564362
WEBSITEwww.anggeriklodging.com
EMAIL: anggerikhotelpng@gmail.com

AR-RAUDHAH SUITE & HOTEL

Bolehlah usha hotel dengan klik link website yang diberi hihi. Ar-Raudhah Suite & Hotel ini hotel baru..Harga pon ok..


Hayati tak pernah menginap kat homestay berhampiran USM. Tapi Hayti kongsikan beberapa maklumat hasil pencarian  Hayati di google.

HOMESTAY ARA IMPIAN


AMANE HOMESTAY


HNZ HOMESTAY


RECSAM INTERNATIONAL HOUSE


Semoga entri ini dapat membantu walaupun tak banyak :)


        












Baca selengkapnya