FOLLOWERS

Khamis, 14 Julai 2016

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR
(gambar :en.google image)
Drama Seindah Takdir Cinta episod akhir pada hari Selasa lepas. Hari ini baru berpeluang nak menulis serba sikit pasal drama Seindah Takdir Cinta sebab aku agak sibuk sikit dengan urusan dunia haha. Serius aku dulu langsung tak tengok drama pukul 7 kat tv 3.Kalau kawan-kawan aku dok cerita aku Cuma angguk-angguk je hahah. Aku  tengok pun drama Syurga Nur dan Seindah Takdir Cinta inipun secara kebetulan aku tertengok. Drama ni kan ditayangkan pada bulan puasa jadi sambil-sambil menunggu azan nak berbuka aku tengoklah drama ni sampailah episod akhir. Bagi aku drama Seindah Takdir Cinta oklah jugak walaupun ada yang mempertikaikan pasal ketidakrealiti drama tu dengan keadaan sebenar. Dalam drama ni adalah jugak logik sebab watak-watak dah insaf tu belajar baca al-Quran dari asas, yelah ada sesetangah drama tetiba je watak insaf tu baca juzuk berbelas-belas. Realitinya, jika tiada langsung asas susah nak baca dengan lancar dan semua tu perlukan masa tapi kalau hati terang kata orang mudah je. Drama ini lebih baik dari drama-drama lain yang asyik tunjuk kegedikkan perempuan seksi. Asal gedik je seksi...asal seksi je gediksss. Then heroinnya sangatlah baik hati dan dibuli perempuan seksi dan MIL yang semestinya datin-datin. Datin ramai yang baik-baik okeyy. Kesian asyik tunjuk sisi buruk orang kaya je sedangkan dorang ramai yang baik dan orang kampung asyik dibuli je heheh.

Tak silap aku drama ni adaptasi novel tapi aku tak baca novel ni. Haha jadi ending tu aku keliru lah sikit samada Mia tu terima Aiman ke tak sebab novel dan layar ada perbezaan. Contohlah dalam novel kata berkahwin mungkin dalam drama tunjuk simbolik cincin ehh ntahlah.

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR
ok..inilah novelnya (google image)

 Pensyarah aku cakap kalau tengok cerita hindustan jangan skip lagu sebab lagu hindustan adalah hint jalan cerita seterusnya (masuk bab filem hindustan plak). Aku kalau bab filem dan drama agak meroyan. Kalau orang lain p tengok wayang dengan riang ria aku tengok wayang aku stress sebab aku dok fikir apa yang filem tu nak sampaikan dan aku cari kritikan dalam filem tu. Tambah-tambah filem orang putih aku akan try ingat balik sejarah-sejarah eropah or novel (karya adaptasi) yang aku dah baca then dalam panggung wayang aku dan kawan aku akan berbincang pasal filem yang kami sedang tengok. Wahh rumitkan hidup aku dan kawan sekelas aku hahaha. Aku pernah sekali je tengok filem melayu kat pawagan tu pun menyesal tak sudah.Aku seorang agak bosan tengok filem melayu sebab aku takleh nak cari penyampaian tersirat-tersurat dan sejarah yang dapat disampaikan dalam filem tu sebab tulah aku tengok filem omputih dan hindustan walaupun cerita kartun tapi penuh pengajaran,emosi dan debaran amboii lebih-lebih aku dah lari tajuk kali kedua.


Lagi satu, drama hari raya. Awat watak baik a.k.a mak selalu meninggal hari raya. Dalam realiti tak kanlah asal anak tak peduli mak,mak meningal hari raya. Sedihh je tau. Kalu boleh bagilah watak jahat tu insaf dan berpeluang buat baik. Janganlah terus menghukum watak jahat tadi hoho..selain tu, watak jahat semua insaf, Agak susahlah nak jumpa semua orang insaf dalam satu masa ada je sampai tua-tua tak insaf. Masuk jail 10 kali pun ada je tak insah ok aku dah lari dari topik untuk kali ketiga.Walaubagaimana pun aku faham semua itu hanya drama. Suka hati je aku kritik drama orang. Aku takleh nak beleter panjang sebab ada urusan dunia aku kena siapkan hari ini.

Bagikan

Jangan lewatkan

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.