Ahad, 24 Julai 2016

NAK KURUS!! CARA DIETKU


Aku lepas habis study Tingkatan 6, hampir 9 bulan juga aku berada di rumah.  Maka bermulalah episod menternak lemak haha. Zaman sekolah aku agak aktif berkhemah,mendaki bukit, masuk gua, berkawad, aktiviti berenang dalam tasik (guna tali dan ada bomba. aku tak pandai berenang oii tak ada bomba dan alat keselamatan tak hidup aku hari ni) .Habis sekolah..Masa inilah ternak lemak tahap awal. Then, aku sambung belajar di universiti. Amboi aku bahagia sungguh. Makin membiak lemak aku cisss. Bila aku dah rasa tak sedap hati sebab pakaian  aku tak sebati lagi dengan aku maka wajiblah aku berbuat sesuatu. Sadis sungguh tengok adik aku pakai baju-baju aku buatkan aku teringat zaman kurus haha choiyy. Bila kawan-kawan sekolah aku tegur aku nampak gemuk sensitif ok. Nak kurus!!cara dietku..Jadi aku pun mula berdiet. Setahun jugalah aku diet. Bulan Januari 2015 aku diet. Memang tahap ekstrem. Bukan aku kata, kawan aku kata aku ni ekstrem sangat boleh tercabut lutut aku berjogging. Blog Kevin Zahri memang antara rujukan wajib aku baca hari-hari. Aku baca blog orang lain juga jadi aku gabungkan semua cara mereka.


NAK KURUS!! CARA DIETKU
nak kurus!!cara dietku..


Antara cara diet aku:

-PEMAKANAN-

1)      Aku tak diet cara mengejut

-Diet mengejut contoh kemarin kamu makan jumlah kalori semua 1800 kalori tiba-tiba, hari ini jumlah kalori kamu 600kalori. Mengejut aku rasa boleh kena pakinson haha. Maksud aku terketar-ketar macam tak makan nasi. Aku kurangkan kalori berperingkat. Contoh, Hari ini aku makan 1700kalori, esok mungkin 1680 kalori sampai satu tahap aku ambil jumlah kalori sekitar 1000kalori dan kebawah. Kurangkan secara berperingkat. Akhirnya aku dah terbiasa ambil kalori sekitar 1000,800 dan 600 kalori sehari. Memang tak makan sedap-sedap haha sekadar cukup nak hidup je.

2) Minum Air Lemon

-Aku pagi-pagi minum air lemon. Tapi tak adalah aku nak minum hari-hari. Minum air lemon  buatkan kita rasa segar. Aku tak minum hari-hari sebab ada mengatakan tak bagus untuk kesihatan.Mula-mula aku diet aku minum hujung minggu jangan kamu semua minum hari ada kelas, hari bekerja pulak (nanti rajin ziarah tandas haha). Bila lama-lama semuanya akan kembali ok. Kalau tak suka pahit masam lemon bolehlah tambah madu bagi manis sikit. Aku tak suka makan atau minuman berasakan madu walaupun baik untuk kesihatan. Nak buat lagu mana aku tak boleh nak telan haha.

3)  Tak minum air manis a.k.a bergula 

Aku tak minum air manis masa diet. Terpaksa tahankan diri dari minum air kesukaan i teh ais. Seminggu sekali atau dua kali je minum air manis itupun aku Cuma minum separuh sebab teringin tahap gila. Aku minum air limau minuman yang tak seberapa manis. Lebih bagus minum air kosong.Kadang-kadang aku minumteh o tanpa gula.

4) Nasi

Sebagai orang melayu walaupun bukan berdarah melayu tulen 100% tapi tetap melayu lah maka semestinya aku wajib makan nasi. Kalau sehari aku tak jumpa nasi tangan aku menggeletar haha. Nasi aku makan tapi dalam jumlah yang sedikit. Ikut petua Kevin Zahri. Hanya segenggam. Aku hanya makan segenggam tapi lebihkan lauk dan sayuran. Makan nasi hanya waktu lunch, malam makan oat.

5) Sayur –sayauran dan sup

Aku memang hantu sayur. Kalau aku makan tak ada sayur rasa kosong je. Boleh dikatakan semua spesis sayur aku makan haha. Masa diet makan sayur amatlah bagus. Kurangkan nasi lebihkan banyak sayur-sayur. Disebabkan aku sangat suka makan sayur jadi setiap petang (untuk makan malam) aku ambil sup sayur kalau tak ada sangat sayur aku makan sup ayam sahaja tanpa nasi dan lain-lain.

6) Lauk-pauk  

Suka makan ikan kukus dan elakkan lauk-pauk yang bergoreng dan berminyak tapi kalau teringin sangat makan je sikit.

7) MESTI ADA..epal hijau

Disebabkan nasi dikurangkan ada masa tertentu aku rasa lapar. Biasanya pukul 10pagi dan malam selepas pukul 7 malam aku lapar aku akan makan epal hijau 1 biji. Epal hijau membuatkan kita cepat kenyang. Epal hijau memang wajib ada. Walaupun di asrama aku tak ada peti ais..epal hijau tahan lama dari buruk dan berulat. Tak silap aku 2 minggu aku beli pun masih ok dan boleh dimakan.

8) Elak makan makanan ringan 

Aku juga tak makan mee segera, dan makanan ringan sewaktu dengannya. Keropok dan coklat pun aku tak makan selalu,kalau aku teringin sangat coklat aku beli sehari aku makan sikit je tu pun kalau aku rasa nak makan. Sampaikan coklat aku beli bertahan 6 bulan lamanya. tak habis nasib tak jadi harta pusaka. Biasanya bila aku nak beli makanan aku tengok jumlah kalori.

CATAT KALORI YANG DIAMBIL

Aku suka catat jumlah kalori tapi bila dah lama-lama tak catat pun tak mengapa sebab kita dah boleh agak jumlah kalori.

Jadual pemakanan aku makan masa diet:

8.00pagi-sarapan
-1 snek@puding
-milo (kotak kecil)

10.00 –pagi
epal hijau

12.00tengahari
1 genggam nasi
Sayur
Ikan atau ayam

4.00 petang
-biskut 2 keping
-teh o tanpa gula secawan

6.00 petang
Sup sayur atau sup ayam

9.00 malam
Sebiji epal hijau

yang penting aku tak percaya produk kurus hehehe (kawan aku sampai demam-demam makan pil kurus) aku suka guna cara semulajadi je amboi. Kalau aku tak tahu rujuk  google,kawan-kawan,doktor dan majalah kesihatan,

-SENAMAN-

1) Jogging

Boleh dikatakan hari-hari aku joging tapi bila dah agak lama dan berat makin kurang aku jadikan 3 kali seminggu.

2)Zumba

Kalau aku malas nak berjoging ataupun hari hujan menggunakan kemudahan internet aku pun  usha video zumba. Di youtube bersepah video zumba. Memang berzumbalah aku haha. Tapi rommate aku ada aku seganlah jadi aku zumba agak sopan haha. Tapi janganlah cari video zumba terlebih aktif nanti pengsan pula sebab sesak nafas. Cari video zumba kejap rancak kejap relax...(aku pun tak tau nak sebut istilah apa haha)

3) Berbasikal

-aku jenis suka berbasikal bila tak ada kelas atau hujung minggu aku pusing-pusing kampus. Disebabkan U aku berbukit maka seronoklah jugak walaupun penat tahap nak pengsan.

4) Senaman ringan

Senama ringan sepeti lompat bintang pun ok. Aku buat setiap hari sampai tahap tak rasa letih sebab dah biasa.

Diet ni ada juga kesan sampingan aku dapat. Aku berjaya kurangkan banyak berat badan dan aku dah boleh pakai baju aku dulu-dulu hahhaa. Cuma pernahlah aku jumpa doktor sebab muka aku pucat, ada hari aku rasa pening (aku rasa sebab aku tak cukup tidur aku jenis susah tidur malam a.k.a burung hantu,kelawar pun boleh) ,bibir aku pecah-pecah..sakit bila terkena air dan aku rasa kulit aku kering (walaupun pakai losyen aku tetap rasa kulit aku kasar dan kering). So ,aku pun tanyalah Dr.

Aku: doktor, saya gemuk jadi saya diet.Sehari kalori sekitar 1000 dan kadang-kadang kurang. Saya rasa kulit saya kering dan phening-phening.

Doktor: Eh..awak tak gemuk..tak gemuklah =,=! (setelah berbulan diet memanglah sikit men’kurus’ ke Dr perli aku haha ciss).

 Disebabkan 2016 sudah berbulan  aku di rumah maka lemak pun kembali menempel ciss. Maka hari ini aku dah mula berdiet cara yang aku list panjang lebar ini. Pagi-pagi minum air lemon uoll adik lelaki aku pelik je tengok. Disebabkan dia tergedik-gedik nak rasa keenakan air lemon tanpa gula aku peram semalaman dalam peti sejuk aku pun bagilah dia minum, tahu pun uwekk uwekk sebab pahit haha. Demi diet aku telan rasa pahit lemon .

 Diet di rumah amat mencabar. Mak aku masak sedap-sedap pulak hari ni. Tapi nasi sengengam (nekad sungguh!), Kemudian, entah apa ribut taufan adik lelaki aku merempit ke kedai beli aiskrim siap belanja aku lagi,isyhh memang macam nak musnah..punah plan diet aku je.. tapi aku bersabar jelah haha. Sebab aku dah pernah diet cuma aku kena sesuaikan diet dengan situasi berada di rumah.



Show comments
Hide comments

3 ulasan:

  1. wohoho thank you cik hayati. But I need to gain some weight hm hm TT_TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tengok video ni tapi kadang2 macam tak masuk akal pun ada haha..sebab kita orang asia lain barat cara makan lain sikit..maybe boleh dpt idea..program supersize vs superskinny: https://www.youtube.com/watch?v=P9MOqsTWekc

      Padam
  2. salam...aku ade tag utk join GA blogger lain
    Jom tgk kat sini.. Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

    BalasPadam