BALIK KAMPUNG


Dulu zaman i studi (ok! Aku tak habis-habis zaman studi..aku suka topik ni sebab zaman study banyak kenangan terpendam di dasar lubuk hati okeyy) aku pernahlah balik raya naik bas. Memang ramai naik bas tapi specialnya aku nak beritahu aku balik bas henti-henti. Bayangkan aku keluar dari pintu pagar U pukul 7.00 aku sampai rumah kadang-kadang pukul 4 petang. Paling best kawan aku naik bas tak henti-henti (maksud aku bas terus je) dah tido tergolek dah..paling rasa nak pitam kawan aku yang dok Terangganu naik flight dah lena kot. Aku je tak sampai-sampai. Saboo jelah. Dari USM ke jeti lebih kurang sejam jugak. Dari terminal bas bas Butterwoth bas nak ke Baling pukul 9.15 kadang-kadang awal. Kalau aku terlepas bas ke Baling pukul 9.00 terpaksalah aku tunggu bas pukul 12.00 TENGAHARI.. Best betol jadi penunggu!. Masa first year memang aku agak rajin balik rumah tapi dah lama-lama aku tak berapa rajin kecuali cuti sem dan cuti panjang. Kalau cuti sehari dua penatnya nak hilang tunggu seminggu jugaklah lagipun tahun akhir aku banyak benda kena siapkan.


BALIK KAMPUNG
Inilah kampung aku nan permai..hihi



Aku nak story aku pernah balik naik bas..bas dah penuh masa tu time nak raya. Ditakdirkan tempat duduk penuh. Terpaksalah aku dan kawan-kawan berdiri.Bukan 20 minit berdiri tapi 2 jam. Bayangkan kaki aku ni rasa tak jejak lantai bas. Nasiblah ada kawan-kawan sembang-sembang tak terasa sangat lenguh. Aku paling kesian kat makcik..pakcik warga emas. Walaupun tempat duduk penuh dan masalahnya masih ramai berdiri sampai ke pintu. Nasiblah tak jadi kemalangan tragis jatuh dari pintu bas (ada ke? Memang ada masa zaman sekolah,aku naik bas sekolah ada budak jatuh dari pintu kecemasan.Alhamdullilah selamat). Paling kesian ada pakcik dah lanjut usianya terduduk di atas lantai bas mungkin tak larat nak berdiri, Masalahnya yang duduk muda-mudi tak prihatin langsung. Setelah dua jam, memang kaki aku dah kebas lenguh..2 jam okey..tapi takpelah kenangan hidup...Kemudian, aku terpaksa naik lagi bas balik ke kampung aku. Wahh memang mengembara dan pengembara tempatanlah aku. Bila dah sampai kampung aku jalan masuk ke kampung aku ambik masa 25-20 minit jugak 

Tahun seterusnya.. aku balik..boleh duduk agak selesa lah jugak..so aku pun feeling-feelinglah sikit dengar lagu raya walaupun kisah dalam entri ini sebenarnya kisah hari raya haji hehe..

You Might Also Like

1 comments

  1. Sebenarnya rasa susah tu satu kenangan yang manis untuk kita kenang

    BalasPadam