FOLLOWERS

Ahad, 31 Julai 2016

PENGALAMAN BELAJAR MEMANDU KERETA

Niat dihati teringin nak tukar template blog. Bukan apa rasa blog ini kosong je tak ada blink blink ..tak ada corak. Harapkan header je ada corak bunga rose. Tapi itulah kalau tukar template banyak benda kena buat  semuanya melibatkan code html. Terpaksalah masukkan balik code google analytics,webmastertool dan banyak lagi. Bimbang hilang code code itu. Nantilah mohon petunjuk nak tukar ke tak template hihi. Hari ini nak cerita pengalaman belajar memandu kereta. Pengalaman belajar memandu kereta? Hah! Tajuk entri aku macam nak buat karangan sekolah je. Dah lama tak menulis akibat kesibukan yang melanda. Letih! Tapi hidup mesti uruskan segala tanggungjawab yang diberi dan diamanahkan. Aku walaupun dah berumur (acah-acah  tua sangat) aku sejujurnya tak pandai nak tunggang motor dan memandu kereta. Aku pernahlah cuba tunggang motor.. last! Motor jalan dulu mujur masa tu aku tidak berada atas motor. Gerak hati aku kata baik jangan naik haha.

Bab motor. Aku agak fobia dan trauma sebab aku teringat masa aku sekolah rendah aku jatuh dari bukit tinggi. Bahana kayuh basikal laju-laju sangat. Aku tak sempat brek bergolek aku turun bukit. Landing atas rumput nasib tak langgar pokok. Seketul aku dan basikal aku terdampar haha. Sejak hari itu, aku memang tak minat kenderaan bertayar dua. Maka aku ke hulur ke hilir ke sekolah naik bas. Memang penat tambah-tambah bila aku ada kelas tambahan dan exam. Pernah jiran aku ajak naik motor dengn dia disebabkan aku je makhluk tengah tunggu bas aku pun terimalah pelawaan itu. Dengan tak pakai helmet,,redah jalan raya. Risau juga sebab on the way nak balik kampung aku ada balai polis haha. Akhirnya ketakutan aku jadi nyata masa kawan aku tengah syok tunggang motor dan aku pembonceng yang sangat penakut terserempak dengan 2 orang polis tapi jarak kami dengan polis agak jauh. Ohhh kegilaan aku. Kawan aku kata relax. Slamber je kawan aku masuk simpang apa ntah kekonon di situlah rumah kami. Bila polis dah tak ada sambunglah perjalanan balik kampung dengan jayanya. Lepas tu aku pun taubat tak nak naik motor dah kecuali dengan keluarga aku yang aku yakin selamat dan ada lesen haha.

PENGALAMAN BELAJAR MEMANDU KERETA
kisah pengalaman belajar memandu kereta


Bab belajar kereta,,Sebelum bulan puasa aku belajar drive kereta. Ok. Aku tak adalah fobia sangat sebab kereta tayar empat. Maka aku pun drive semestinya abah aku ajar aku. Aku ni jenis tak reti kalau orang sebut kiri kanan. Serius aku keliru. Kalau orang tanya kiri kata aku lebih suka sebut nama tempat je contoh lah, bank dekat bangunan kfc haha. Kiri kanan kiri kanan buntu aku. Masalah kiri kanan ni time nak belajar undur kereta. Abah aku kata stereng pusing kiri dalam otak aku dok pikir kiri ekk kiri maka tangan aku pun aku tenung je mana kiri kanan haha. Lagi satu aku ni jenis tak minat nak hafal semua nama komponen kereta tak kisahlah jenis apa pun. Aku tahu brek je..gear..Disebabkan aku belajar kereta auto adalah sederet huruf huruf ntahlah aku pun tak tahu. Aku panggil binatang itu binatang ini tekan itu ini je aku memang tak boleh hadam benda aku tak minat haha. Malah aku bila aku dah biasa drive sehala je bila abah aku ubah sikit otak aku tak boleh berfungsi dah. Paling sadis aku belajar kereta kat kawasan lombong. Adoii kalau aku tersilap langkah memang jatuh lombong. Jadi aku kena pakai spect masa belajar drive kereta sebab aku rabun tanah lombong aku tengok rata je, 

Disebabkan kawasan daerah aku ni berbukit maka semestinya banyak gaung dan cerun haha. Kawasan aku ni memang hijau je kawasan bukit kalau ada kabus mak aii sejuk menusuk tulang belulang. Jangan lupa singgah Hutan Royal Belum. Ok! kembali ke bab memandu. Paling best aku berkaki ayam je masa belajar drive kereta aku tak selesa berkasut..berselipar bagai.Aku hampir buat kesilapan besar masa belajar drive atas jalan raya, Abah aku suruh aku brek dan seharusnyalah berhenti tapi aku tertekan apa entah dan kereta itu undur.  nasiblah jalan raya tak ada orang. Tetiba aku takut. Takut terlanggar manusia haha. Sorrylah kalau korang phening-phening baca artikel aku sebab aku tak tahu istilah semua tu memang aku tak hafal dan tak ingat haha. Petang ini abah aku nak ajar aku drive kereta atas jalan raya lagi adoi nasiblah harini.. jangan terlanggar manusia udahlah.

Rabu, 27 Julai 2016

CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI

Sebelum Hayati berkongsi cara memohon jawatan sebagai guru ganti, jomlah kita berborak dulu walaupun bukan secara lisan.Guru adalah pekerjaan mulia. Tak kisah samaada guru sekolah ke, guru silat ke bagi Hayati guru merangkumi satu skop kerjaya yang luas dan tidak hanya fokus kepada guru yang mengajar di sekolah saja. Pensyarah juga seorang guru, guru muzik pun guru dan guru kelas memasak pun seorang guru. Yang penting ilmu yang dicurahkan adalah ilmu yang diberi secara ikhlas dan sebagai pelajar kenalah menerima ilmu dengan penuh rasa kesyukuran sebab? Sebab tak semua orang bertuah menimba ilmu. Contoh, pendidikan formal tidak semua orang mampu menerima pendidikan secara formal di sekolah. Namun begitu, pendidikan tidak formal diperolehi melalui persekitaran dalam erti kata lain tidak berpaksikan sistem persekolahan jangan dipandang sebelah mata. Kadangkala ilmu tidak formal pun penting sebagai panduan dan pengalaman hidup seseorang.


Selepas tamat belajar Hayati dan beberapa orang rakan memohon sebagai guru ganti.Ada dalam kalangan rakan-rakan telah mempunyai pekerjaan dan masih mencari pekerjaan. Bukan apa daripada melepak merenung dan termenung fikir tentang masa depan tanpa berbuat apa-apa sebaiknya cari kerja sambilan sambil-sambil itu bolehlah apply kerja tetap. Cuma rezeki tidak berpihak kepada Hayati. Tak mengapa lagipun Hayati ada job sampingan ,jadi rezeki tetap ada walaupun bukan sebagai guru ganti . Hayati adalah juga bertanya keadan kawan-kawan. Ala mentang-mentang habis belajar tak kanlah lupa kawan jadi sesekali sekala bertanya khabar ewah. Kami bersembang panjang ketika beberapa hari sebelum majlis konvokesyen. Memang menghargai detik-detik itu, yelah dah habis konvo mesti susah nak berkumpul masing-masing balik negeri terchenta. Jadi guru ganti pun adalah satu pengalaman berharga. Bayangkanlah terdapat sesetengah  guru ganti bukannya belajar khusus dalam bidang pendidikan cuba menyesuaikan diri dengan dunia pendidikan. Kalau mereka memang dari pendidikan mungkin sudah berpengalaman kerana menjalani Latihan Mengajar.


Yang pasti kisah dari guru ganti atau guru tetap memang sama. Hayati juga mempunyai ramai kawan-kawan dari bidang pendidikan. Bukanlah satu keluhan bebanan sekadar berkongsi luahan. Sebagai manusia semua jiwa memiliki perasaan dan perlukan tempat untuk berkongsi cerita. Kata mereka budak-budak zaman sekarang ini perangai sangatlah berbeza.Bayangkan baru tahun 1,,tahun 2 dah pandai macam-macam ( faham-faham  jelah.Pemikiran yang tak sepatutnya ada dalam fikiran seorang kanak-kanak). Hayati mendengarnya pun terkejut sopan (tak nak guna ayat terkejut beruk).  Jangan asyik salahkan cikgu je mak ayah pun kenalah pantau-pantau anak tambah-tambah sekarang ini zaman gadget,internet bagai. Ok, jom Hayati kongsikan cara memohon guru ganti. Ini berdasarkan pengalaman Hayati dan kawan-kawan.

CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI
CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI 


CARA MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI DI SEKOLAH:

1) Ambil borang di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Kamu pergi ke pejabat PPD dan beritahu kamu mahu borang guru ganti. Hayati tanya di kaunter pertanyaan (memang kaunter untuk bertanya pun). Then, pihak PPD bagi borang permohonan guru ganti kamu isi borang dan serahkan salinan dokumen yang diminta. Tak silap Hayati terdapat sesetengah PPD menyediakan borang secara online.

2) Hubungi Pihak Sekolah

Kalau kamu tak dipanggil temuduga setelah hantar borang permohonan kamu bolehlah hubungi pihak sekolah bertanyakan samada masih mempunyai kekosongan jawatan guru untuk kamu gantikan sementara. Kalau kamu diambil oleh pihak sekolah gaji kamu dibayar oleh PIBG. Kawan Hayati tamat kontrak dengan PPD kemudian perkhidmatannya disambung oleh PIBG sekolah.

Biasanya tempoh mengajar sebagai guru ganti 2.. 3 bulan tapi terpulang pada situasi dan keadaan.
Walaubagaimana pun semoga perkongsian ini bermanfaat sebab Hayati tahu tak semua orang tahu bagaimana cara  memohon jawatan sebagai guru ganti J. Kalau ada yang ingin tambah maklumat silalah tambah di ruangan komen.




Selasa, 26 Julai 2016

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

Assalamulaikum..selamat pagi

Patutlah blog aku agak sepi semenjak dua tiga empat menjak ini. Bukan apa banyak hal dunia aku rela hati kena selesaikan ewah poyonya aku. So, aku dah jarang join giveway dan blogwalking kebelakangan ini. blogwalking and join giveaway aku akui banyak kelebihannya..dapat kenal rakan-rakan blogger walaupun kenal gitu-gitu je. OK! minggu ni aku mulakan penyertaan aku dengan join giveaway  Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh. Ini penyertaan kali ke-2 aku join giveaway by Spendalusuh. Blogger Spendalusuh rajin buat giveaway so bolehlah masukkan url blog Spendalusuh dalam bloglist korang ok. Join ramai-ramai erat silaturrahim ok.Apehal aku asyik ok ok je ok.ok oklah...

http://spendalusuh.blogspot.my/2016/07/fantastic-7-giveaway-by-spendalusuh.html
Join?? klik banner..ok

Ahad, 24 Julai 2016

NAK KURUS!! CARA DIETKU


Aku lepas habis study Tingkatan 6, hampir 9 bulan juga aku berada di rumah.  Maka bermulalah episod menternak lemak haha. Zaman sekolah aku agak aktif berkhemah,mendaki bukit, masuk gua, berkawad, aktiviti berenang dalam tasik (guna tali dan ada bomba. aku tak pandai berenang oii tak ada bomba dan alat keselamatan tak hidup aku hari ni) .Habis sekolah..Masa inilah ternak lemak tahap awal. Then, aku sambung belajar di universiti. Amboi aku bahagia sungguh. Makin membiak lemak aku cisss. Bila aku dah rasa tak sedap hati sebab pakaian  aku tak sebati lagi dengan aku maka wajiblah aku berbuat sesuatu. Sadis sungguh tengok adik aku pakai baju-baju aku buatkan aku teringat zaman kurus haha choiyy. Bila kawan-kawan sekolah aku tegur aku nampak gemuk sensitif ok. Nak kurus!!cara dietku..Jadi aku pun mula berdiet. Setahun jugalah aku diet. Bulan Januari 2015 aku diet. Memang tahap ekstrem. Bukan aku kata, kawan aku kata aku ni ekstrem sangat boleh tercabut lutut aku berjogging. Blog Kevin Zahri memang antara rujukan wajib aku baca hari-hari. Aku baca blog orang lain juga jadi aku gabungkan semua cara mereka.


NAK KURUS!! CARA DIETKU
nak kurus!!cara dietku..


Antara cara diet aku:

-PEMAKANAN-

1)      Aku tak diet cara mengejut

-Diet mengejut contoh kemarin kamu makan jumlah kalori semua 1800 kalori tiba-tiba, hari ini jumlah kalori kamu 600kalori. Mengejut aku rasa boleh kena pakinson haha. Maksud aku terketar-ketar macam tak makan nasi. Aku kurangkan kalori berperingkat. Contoh, Hari ini aku makan 1700kalori, esok mungkin 1680 kalori sampai satu tahap aku ambil jumlah kalori sekitar 1000kalori dan kebawah. Kurangkan secara berperingkat. Akhirnya aku dah terbiasa ambil kalori sekitar 1000,800 dan 600 kalori sehari. Memang tak makan sedap-sedap haha sekadar cukup nak hidup je.

2) Minum Air Lemon

-Aku pagi-pagi minum air lemon. Tapi tak adalah aku nak minum hari-hari. Minum air lemon  buatkan kita rasa segar. Aku tak minum hari-hari sebab ada mengatakan tak bagus untuk kesihatan.Mula-mula aku diet aku minum hujung minggu jangan kamu semua minum hari ada kelas, hari bekerja pulak (nanti rajin ziarah tandas haha). Bila lama-lama semuanya akan kembali ok. Kalau tak suka pahit masam lemon bolehlah tambah madu bagi manis sikit. Aku tak suka makan atau minuman berasakan madu walaupun baik untuk kesihatan. Nak buat lagu mana aku tak boleh nak telan haha.

3)  Tak minum air manis a.k.a bergula 

Aku tak minum air manis masa diet. Terpaksa tahankan diri dari minum air kesukaan i teh ais. Seminggu sekali atau dua kali je minum air manis itupun aku Cuma minum separuh sebab teringin tahap gila. Aku minum air limau minuman yang tak seberapa manis. Lebih bagus minum air kosong.Kadang-kadang aku minumteh o tanpa gula.

4) Nasi

Sebagai orang melayu walaupun bukan berdarah melayu tulen 100% tapi tetap melayu lah maka semestinya aku wajib makan nasi. Kalau sehari aku tak jumpa nasi tangan aku menggeletar haha. Nasi aku makan tapi dalam jumlah yang sedikit. Ikut petua Kevin Zahri. Hanya segenggam. Aku hanya makan segenggam tapi lebihkan lauk dan sayuran. Makan nasi hanya waktu lunch, malam makan oat.

5) Sayur –sayauran dan sup

Aku memang hantu sayur. Kalau aku makan tak ada sayur rasa kosong je. Boleh dikatakan semua spesis sayur aku makan haha. Masa diet makan sayur amatlah bagus. Kurangkan nasi lebihkan banyak sayur-sayur. Disebabkan aku sangat suka makan sayur jadi setiap petang (untuk makan malam) aku ambil sup sayur kalau tak ada sangat sayur aku makan sup ayam sahaja tanpa nasi dan lain-lain.

6) Lauk-pauk  

Suka makan ikan kukus dan elakkan lauk-pauk yang bergoreng dan berminyak tapi kalau teringin sangat makan je sikit.

7) MESTI ADA..epal hijau

Disebabkan nasi dikurangkan ada masa tertentu aku rasa lapar. Biasanya pukul 10pagi dan malam selepas pukul 7 malam aku lapar aku akan makan epal hijau 1 biji. Epal hijau membuatkan kita cepat kenyang. Epal hijau memang wajib ada. Walaupun di asrama aku tak ada peti ais..epal hijau tahan lama dari buruk dan berulat. Tak silap aku 2 minggu aku beli pun masih ok dan boleh dimakan.

8) Elak makan makanan ringan 

Aku juga tak makan mee segera, dan makanan ringan sewaktu dengannya. Keropok dan coklat pun aku tak makan selalu,kalau aku teringin sangat coklat aku beli sehari aku makan sikit je tu pun kalau aku rasa nak makan. Sampaikan coklat aku beli bertahan 6 bulan lamanya. tak habis nasib tak jadi harta pusaka. Biasanya bila aku nak beli makanan aku tengok jumlah kalori.

CATAT KALORI YANG DIAMBIL

Aku suka catat jumlah kalori tapi bila dah lama-lama tak catat pun tak mengapa sebab kita dah boleh agak jumlah kalori.

Jadual pemakanan aku makan masa diet:

8.00pagi-sarapan
-1 snek@puding
-milo (kotak kecil)

10.00 –pagi
epal hijau

12.00tengahari
1 genggam nasi
Sayur
Ikan atau ayam

4.00 petang
-biskut 2 keping
-teh o tanpa gula secawan

6.00 petang
Sup sayur atau sup ayam

9.00 malam
Sebiji epal hijau

yang penting aku tak percaya produk kurus hehehe (kawan aku sampai demam-demam makan pil kurus) aku suka guna cara semulajadi je amboi. Kalau aku tak tahu rujuk  google,kawan-kawan,doktor dan majalah kesihatan,

-SENAMAN-

1) Jogging

Boleh dikatakan hari-hari aku joging tapi bila dah agak lama dan berat makin kurang aku jadikan 3 kali seminggu.

2)Zumba

Kalau aku malas nak berjoging ataupun hari hujan menggunakan kemudahan internet aku pun  usha video zumba. Di youtube bersepah video zumba. Memang berzumbalah aku haha. Tapi rommate aku ada aku seganlah jadi aku zumba agak sopan haha. Tapi janganlah cari video zumba terlebih aktif nanti pengsan pula sebab sesak nafas. Cari video zumba kejap rancak kejap relax...(aku pun tak tau nak sebut istilah apa haha)

3) Berbasikal

-aku jenis suka berbasikal bila tak ada kelas atau hujung minggu aku pusing-pusing kampus. Disebabkan U aku berbukit maka seronoklah jugak walaupun penat tahap nak pengsan.

4) Senaman ringan

Senama ringan sepeti lompat bintang pun ok. Aku buat setiap hari sampai tahap tak rasa letih sebab dah biasa.

Diet ni ada juga kesan sampingan aku dapat. Aku berjaya kurangkan banyak berat badan dan aku dah boleh pakai baju aku dulu-dulu hahhaa. Cuma pernahlah aku jumpa doktor sebab muka aku pucat, ada hari aku rasa pening (aku rasa sebab aku tak cukup tidur aku jenis susah tidur malam a.k.a burung hantu,kelawar pun boleh) ,bibir aku pecah-pecah..sakit bila terkena air dan aku rasa kulit aku kering (walaupun pakai losyen aku tetap rasa kulit aku kasar dan kering). So ,aku pun tanyalah Dr.

Aku: doktor, saya gemuk jadi saya diet.Sehari kalori sekitar 1000 dan kadang-kadang kurang. Saya rasa kulit saya kering dan phening-phening.

Doktor: Eh..awak tak gemuk..tak gemuklah =,=! (setelah berbulan diet memanglah sikit men’kurus’ ke Dr perli aku haha ciss).

 Disebabkan 2016 sudah berbulan  aku di rumah maka lemak pun kembali menempel ciss. Maka hari ini aku dah mula berdiet cara yang aku list panjang lebar ini. Pagi-pagi minum air lemon uoll adik lelaki aku pelik je tengok. Disebabkan dia tergedik-gedik nak rasa keenakan air lemon tanpa gula aku peram semalaman dalam peti sejuk aku pun bagilah dia minum, tahu pun uwekk uwekk sebab pahit haha. Demi diet aku telan rasa pahit lemon .

 Diet di rumah amat mencabar. Mak aku masak sedap-sedap pulak hari ni. Tapi nasi sengengam (nekad sungguh!), Kemudian, entah apa ribut taufan adik lelaki aku merempit ke kedai beli aiskrim siap belanja aku lagi,isyhh memang macam nak musnah..punah plan diet aku je.. tapi aku bersabar jelah haha. Sebab aku dah pernah diet cuma aku kena sesuaikan diet dengan situasi berada di rumah.



Rabu, 20 Julai 2016

PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE KALI KE-2 GAGAL!

Hai, masih dalam mood raya lagi ke uoll..hehe. Dah lama aku tak update blog. Biasalah aku kena selesaikan masalah dunia yang semakin banyak. Sesak nafas sungguh!. Maka dulu-dulu masa aku mula nak aktif blog aku carilah medium iklan yang sesuai untuk blog. Mula-mula apply Nuffnang tiada masalah sehingga kini. Jadi aku pun tengok iklan-iklan cantik di blog orang lain..iklan adsense.Aku pun teringinlah nak cuba mohon google adsense. Hasil dari pembacaan aku agak sukar nak lulus permohonan google adsense. Dalam erti kata lain, kalau lulus permohonan pun macam-macam boleh jadi. Sebab itulah, google adsense ini kena jaga bagai menatang minyak yang penuh dan berhati-hati. Ditakdirkan permohonan google adsense gagal! 
PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE KALI KE-2 GAGAL!
PERMOHONAN KALI PERTAMA


Kali ini aku memang percaya  susah hendak dapatkan akaun google adsense. Aku apply google adsense bulan Jun 2016. Kemudian aku pun tunggulah email hampir dua minggu. Rupa-rupanya aku terlupa nak letak kod iklan adsense selepas lulus peringkat pertama. Selepas aku letak kod dalam tempoh 24 jam aku dapat email dari adsense menyatakan permohonan adsense aku ditolak. Pada mulanya aku pun tak menaruh harapan sangat. Lulus ok, tak lulus pun ok (ayat pasrah).

Minggu ini aku cuba mohon lagi sekali untuk kali ke-2. Jadi aku pun bacalah pengalaman dari blog-blog lain. Aku tambah dan kurangkan apa yang patut. Bila permohonan peringkat pertama google adsense lulus aku pun letaklah kod iklan google adsense macam kita letak code Nuffnang.. Dalam tempoh 24jam encik google adsense pun hantarlah email cinta kat aku..cisss..

PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE KALI KE-2 GAGAL!
PERMOHONAN KALI KE-2..CONGRATULATION SANGAT!!


Wahh!!Congratulation. Memanglah happy tapi aku tak boleh happy sangat sebab dari pembacaan aku google adsense ni boleh tetiba berubah fikiran hahaha. Aku masih ingat pesan orang tua-tua jangan terlalu gembira nanti menangis okey. Gembiralah juga permohonan kali ke-dua untuk peringkat kedua lulus. Maka menari-narilah iklan google adsense kat blog aku bila status iklan aktif. Tapi aku tahu ada google adsense banyak dugaan (amboii, macam terharu je story).

Petang tadi sesudah senja dan malam pun menjelma, iklan google adsense aku tak muncul. Aku ingat mungkin perkara biasa sebab akaun baru biasanya iklan muncul..hilang dan muncul. Aku pun check email. Google adsense hantar email cinta kali ketiga. Kehairanan aku. Rupa-rupanya permohonan aku gagal..disapprove . Sampai hati kau google adsense. i hate uuuu..haha. Semua terjadi sebab kandungan tidak mencukupi. Maksudnya,blog ini kurang dicari di carian google. Semua ini berkaitan dengan keyword. So, selepas ini, aku kenalah berusaha menulis entri yang ada kekuatan dari segi keyword supaya entri aku antara entri orang cari di google. Selama ini aku tulis sesuka hati dengan gaya ala-ala santai hahaha. Keyword aku kelaut. Mugkin dalam sebulan dua lagi aku akan mohon lagi tapi sebelum tu aku kenalah study pasal keyword dari blog-blog pakar. Selain itu, aku akan ikut saranan google adsense.

PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE KALI KE-2 GAGAL!
EMAIL MENGEJUT TERKEJUT  DARI GOOGLE ADSENSE


 Tapii..aku sempatlah printscreen iklan google aku hahaha adalah juga kenangan untuk bagi semangat hahaha ciss.

PERMOHONAN GOOGLE ADSENSE KLI KE-2 GAGAL!









Sabtu, 16 Julai 2016

CARA ATASI BATERI 'PLUGGED IN,NOT CHARGING'

Begini kisahnya, lepas aku makan aku pun macam biasalah beristirehat dengan jayanya, Tetiba adik aku beritahu berita tak berapa sedap telinga aku nak dengar. Dia kata 'kak, sebab pa bateri laptop hang tak bergerak dok enam peratus je dari tadi', aku pun bergegas lah tengok..memang betullah, lampu simbol bateri kat laptop pun tak menyala (aku tak tau lah apa istilahnya jadi aku gitau bahasa mudah). Risau pulak aku tak kan lah bateri dah habis aku baru tukar baru dan repair segala benda beratus duit terbang..aku congak-congak baru 3..4 bulan repair dan beli bateri baru. Aku haraplah laptop aku ni tak buat hal..hisyyhhh geram pulak aku. Aku pun googlelah masalah aku hadapi ini. Selalunya blogger Indonesia banyak share tips-tips berkaitan laptop. Masa aku repair printer aku aku google je. Hantar kedai beratus kena paling menyampah aku hantar kedai berbulan pastu guna tak sampai sebulan rosak balik,Last sekali aku repair sendiri. Alhamdullilah setakat ni semua selesai dengan jayanya dengan batuan en.GOOGLE. Lagi satulah kita memang nak bantu orang kita meniaga tapi mak aii depa pulak buat kerja cincai, Kalau tak ada ilmu repair benda alah ni mohonlah pergi belajar dulu. Aku hantar laptop nak masuk dua bulan dah kat kedai melayu ni last-last aku call (aku pulak kena call) dorang cakap dorang takleh repair..alasan selonggok. Aku hantar kedai cina tak sampai 2 hari dah siap. sorrylah bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi aku harap sangat kita kalau nak maju tologlah berubah..cari ilmu..pandai layan pelanggan. Aku masuk kedai dorang pun dorang muka masam je pastu tanya pun tak. Aku p kedai cina siap tolog bukak pintu lagi ok tanya macam-macam dan tunjuk cara lagi kalau rosak buat lagu mana (lagu pulak). Ok..membebel pulak aku.

Balik ke topik asal aku..Aku check bateri laptop aku 'PLUGGED IN,NOT CHARGING'. Mujurlah aku terjumpa blog yang tulis pasal masalah aku hadapi ini.

CARA ATASI BATERI 'PLUGGED IN,NOT CHARGING'
obatpc.blogspot.com

CARA ATASI BATERI 'PLUGGED IN,NOT CHARGING'
perilian.blogspot.com
kalau korang ada masalah bateri laptop seperti aku ni bolehlah rujuk blog aku kongsi tu..siap bagi link lagi hehe..


Jumaat, 15 Julai 2016

SAYA TUNGGU SUAMI MAKCIK KAHWIN DENGAN SAYA!



SAYA TUNGGU SUAMI MAKCIK KAHWIN DENGAN SAYA!


Aku raya tahun ni memang banyak dapat  soalan cepumas. Tak adalah luar biasa sangat soalan biasa-biasa je. Salah satunya soalan bab jodoh. 

Aku tertarik dengan artikel yang aku terbaca kat Kosmo.. rasanyalah kosmo,,aku pun lupa hahah..tapi disebabkan aku alami situasi yang sama jadi aku pun berminatlah nak share..

SAYA TUNGGU SUAMI MAKCIK KAHWIN DENGAN SAYA!

tak adalah sampai rosak mood raya aku. Lagipun bila dorang dah balik aku pun tak ada masa nak kenang-kenang soalan cepumas itu,banyak kija lagi boleh buat. Kalau dah luntur mood raya tu tahap serius dah tu pemikiran terkenang-kenang sampai jadi mimpi ngeri hak3.

SAYA TUNGGU SUAMI MAKCIK KAHWIN DENGAN SAYA!
'saya tunggu suami makcik kahwin dengan saya'..ada ke orang jawab cenggini. haha dibuatnya makcik tu betul-betul lamar kau untuk laki dia yang mungkin dah tua..padam muka hihi..hati-hatilah menjawab dibuatnya tahap kesian makcik tu tinggi dan simpati sebab tak kahwin-kahwin..

Berbalik kepada kisahku.Dulu aku bagi alasan tengah belajar tu pun ada orang kata apa salahnya kahwin masa belajar haha. Tak salah tapi aku ni jenis suka fokus satu perkara je. Kalau belajar..belajar. Kalau ada dua assignment aku kena siapkan satu-satu tak boleh aku lambakkan semua sekali siapkan satu-satu masa kalau buat banyak perkara satu masa ada je tak kena dan aku stress hahaha. Kali ni aku dah tak ada alasan.  Bila dorang tanya aku diam je,senyum dan gelak sopan haha (sopan la sangatttt haha). Nak bagi jawapan biadab tak sampai hati oii. Nasiblah aku tak ikut tunjuk ajar orang tak bertamadun suruh tanya bila makcik nak mati..saya tunggu suami makcik kahwin dengan saya..alasan yang tak bagus dan tak baik..lagipun sikap dan adab kita sikit sebanyak adalah cerminan keluarga kita..Anggap jelah leteran dorang tu sebagai nasihat. Manalah tau makcik-makcik tanya sebenarnya nak jodohkan korang dengan anaknya tapi dah bagi jawapan biadab sewajibnya kena reject haha (kot-kot je).

Segalanya adalah pandangan peribadi aku. Masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing :)

setakat ni je aku mampu tulis aku dah  phening-phening sebab demam.,demam pun gagah menulis..

Khamis, 14 Julai 2016

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR
(gambar :en.google image)
Drama Seindah Takdir Cinta episod akhir pada hari Selasa lepas. Hari ini baru berpeluang nak menulis serba sikit pasal drama Seindah Takdir Cinta sebab aku agak sibuk sikit dengan urusan dunia haha. Serius aku dulu langsung tak tengok drama pukul 7 kat tv 3.Kalau kawan-kawan aku dok cerita aku Cuma angguk-angguk je hahah. Aku  tengok pun drama Syurga Nur dan Seindah Takdir Cinta inipun secara kebetulan aku tertengok. Drama ni kan ditayangkan pada bulan puasa jadi sambil-sambil menunggu azan nak berbuka aku tengoklah drama ni sampailah episod akhir. Bagi aku drama Seindah Takdir Cinta oklah jugak walaupun ada yang mempertikaikan pasal ketidakrealiti drama tu dengan keadaan sebenar. Dalam drama ni adalah jugak logik sebab watak-watak dah insaf tu belajar baca al-Quran dari asas, yelah ada sesetangah drama tetiba je watak insaf tu baca juzuk berbelas-belas. Realitinya, jika tiada langsung asas susah nak baca dengan lancar dan semua tu perlukan masa tapi kalau hati terang kata orang mudah je. Drama ini lebih baik dari drama-drama lain yang asyik tunjuk kegedikkan perempuan seksi. Asal gedik je seksi...asal seksi je gediksss. Then heroinnya sangatlah baik hati dan dibuli perempuan seksi dan MIL yang semestinya datin-datin. Datin ramai yang baik-baik okeyy. Kesian asyik tunjuk sisi buruk orang kaya je sedangkan dorang ramai yang baik dan orang kampung asyik dibuli je heheh.

Tak silap aku drama ni adaptasi novel tapi aku tak baca novel ni. Haha jadi ending tu aku keliru lah sikit samada Mia tu terima Aiman ke tak sebab novel dan layar ada perbezaan. Contohlah dalam novel kata berkahwin mungkin dalam drama tunjuk simbolik cincin ehh ntahlah.

SEINDAH TAKDIR CINTA AKHIR
ok..inilah novelnya (google image)

 Pensyarah aku cakap kalau tengok cerita hindustan jangan skip lagu sebab lagu hindustan adalah hint jalan cerita seterusnya (masuk bab filem hindustan plak). Aku kalau bab filem dan drama agak meroyan. Kalau orang lain p tengok wayang dengan riang ria aku tengok wayang aku stress sebab aku dok fikir apa yang filem tu nak sampaikan dan aku cari kritikan dalam filem tu. Tambah-tambah filem orang putih aku akan try ingat balik sejarah-sejarah eropah or novel (karya adaptasi) yang aku dah baca then dalam panggung wayang aku dan kawan aku akan berbincang pasal filem yang kami sedang tengok. Wahh rumitkan hidup aku dan kawan sekelas aku hahaha. Aku pernah sekali je tengok filem melayu kat pawagan tu pun menyesal tak sudah.Aku seorang agak bosan tengok filem melayu sebab aku takleh nak cari penyampaian tersirat-tersurat dan sejarah yang dapat disampaikan dalam filem tu sebab tulah aku tengok filem omputih dan hindustan walaupun cerita kartun tapi penuh pengajaran,emosi dan debaran amboii lebih-lebih aku dah lari tajuk kali kedua.


Lagi satu, drama hari raya. Awat watak baik a.k.a mak selalu meninggal hari raya. Dalam realiti tak kanlah asal anak tak peduli mak,mak meningal hari raya. Sedihh je tau. Kalu boleh bagilah watak jahat tu insaf dan berpeluang buat baik. Janganlah terus menghukum watak jahat tadi hoho..selain tu, watak jahat semua insaf, Agak susahlah nak jumpa semua orang insaf dalam satu masa ada je sampai tua-tua tak insaf. Masuk jail 10 kali pun ada je tak insah ok aku dah lari dari topik untuk kali ketiga.Walaubagaimana pun aku faham semua itu hanya drama. Suka hati je aku kritik drama orang. Aku takleh nak beleter panjang sebab ada urusan dunia aku kena siapkan hari ini.

Selasa, 12 Julai 2016

4 TAHUN BERAYA TANPA DIA



Hampir setiap tahun, aku dan keluargaku akan beraya di Kedah iaitu kampung keluarga mak aku. Kalau kami beraya di Perak (kampung abah) pada raya pertama/sehingga petang raya pertama kemudian kami akan balik ke Kedah. Lagipun keluarga abahku hanya sekampung dengan kami. Aku suka balik Kedah sebab usia aku dengan pak –pak sedara dan  mak-mak sedaraku nak sebaya je hik3. Kawan aku siap terkejut lagi bila aku beritahu dorang Paksu aku muda setahun dari aku..aku 24 paksu 23..kesimpulannya, pak –pak sedara dan  mak-mak saudara aku ni semua usia dalam 20-an (awal,tengah,lewat 20-an) paling tua pun 30-an gitu. Aku dan adik aku yang belajar di UITM dan seangkatan dengan pak –pak saudara dan  mak-mak saudara lebih kurang je umur .mak aku umur 40-an. Jadi kawan aku kata kalau aku kawin dengan lelaki usia lewat 30-an atau awal 40 nak paggil mak dan abah aku apa..mak..abah ke??..aku tumpang gelak aku pun tak tau nak jawab apa. Aku kata takpa nanti aku bagi menantu umur 60 hahaha padam muka dorang sebab kenakan aku.


4 TAHUN BERAYA TANPA DIA
Raya pertama hujan turun. Tak dapat beraya banyak rumah,tengok sawah jelah :lokasi kedah.

4 TAHUN BERAYA TANPA DIA


Aku ingat lagi masa famili aku dok kat Kedah, rumah sebelah rumah tok aku je..pakcik saudara ku 2..3 orang lebih kurang je umur dengan aku dan adik aku. Kami selalu bergaduh. Paling lawak depa tak bagi aku dan adik aku masuk rumah tok aku depa kata “ni rumah kami’”..Pening jugak aku masa tu dah rumah tok aku mestilah aku suka melepak disitu tetiba Paktam dan Paksu aku tak bagi masuk pulak. Berlagak!hahaha. Lagi satu masa tu aku tak paggillah Paktam,Paksu,Makcik bagai..aku panggil nama je (anak saudara tak berapa sopan hahah) last tokwan aku tegur aku pun dengan sopanlah panggil gelaran dorang yang sesuai. Kemudian, kamu sekeluarga pindah ke Perak sampailah sekarang, pertama kali balik Kedah selepas pindah perangai memang berubah tak gaduh dah. Rindu la tu hahaha. tak ada lagi tak bagi masuk rumah. Siap dijemput masuk hahaha. Disebabkan usia nak sebaya tak adalah sangat segan-segan. Raya memang meriah. Paling fobia malam raya depa main lawan mercun. Mercun kecik takpalah jugak ni mercun besar-besar kalau lempar kat buaya or harimau pun boleh mati sakit jantongg. Ada bunga api. Disebabkan rumah tokwan aku tengah-tengah apa lagi semua pakat lempar mercun kat rumah tokwan aku. Nak solat pun kena ulang banyak kali.Aku ni jenis cepat terkejut dan panik dengar benda meletup kuat-kuat. Disebabkan aku takut kilat dan bunyi guruh semestinya aku takut bunyi mercun haha.

Kini, sambutan raya kami lebih sederhana. 4 tahun berlalu.. Walaupun tak semeriah dulu setelah Makcik aku meninggal dunia pada tahun 2012. Al-Fatihah untuk arwah makcik yang meninggal dunia pada usia 23 tahun ketika dalam berpantang anak pertama (anak tunggallah),  Makcik! baby girl makcik dah besar. Muka sebijik sama macam muka makcik dan terlebih ramah haha. Disebabkan masa kecik-kecik kami bagaikan kawan jadi bila kehilangan salah sorang rasa pelik je.

Jumaat, 8 Julai 2016

lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba?

Selamat Hari Raya Hayati ucapkan kat semua rakan-rakan yang sudi singgah blog Hayati. Disebabkan mood raya masih lagi meriah dan Hayati rasa phening-phening terlajak makan lemang maka idea pun tak berapa nak ada hahaha. Letih okey raya tapi gumbira je hihi..Disebabkan ada masa malam ni Hayati sempatlah godek-godek fb untuk hilangkan kebosanan dan bertegur sapa dengan rakan-rakan fb terutama kenalan zaman sekolah dan zaman U..Nak jumpa..jauh sangat..utara,,,selatan ..timur..untunglah zaman sekarang ni segalanya mudah. Kalau sekarang zaman tak ada teknologi maka kenalah mengutus surat hehe. 


lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba? -selamat hari raya aidilfitri-


Masa godek-godek fb Hayati tertarik dengan satu page confession ni..

lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba



lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba



lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba



lelaki jadi tuan, perempuan jadi hamba


Pendapat Hayati, lelaki kenalah jugak rajin-rajin ringan tulang tolong perempuan buat kerja rumah. Kita semua manusia. Bukannya perempuan robot tak rasa penat,letih ,marah dan menyampah hahaha. Bosanlah bila cakap kemas rumah,masak bla..bla..kerja perempuan.  Tambah-tambah sekarang ni perempuan ramai berkerjaya..tapi ikutlah keikhlasan hati. Jangan risau.. buat kerja rumah mengemas memasak tidak akan mengubah status anda jadi perempuan hehe.. Tolong menolong amalan mulia.hoho...

tapi Kita sebagai perempuan sangatlah perlu berbangga (ada ciri-ciri jadi yb tak hahaha). kalau perempuan nak buat semua pun takpa sebab kita perempuan hebat ok hebat sebab mampu bersabar dengan kerenah keluarga hebat sebab mampu buat banyak kerja dalam 1 masa. sambil-sambil berleter boleh masak, sental bilik air hak3. Nak hilangkan tension? masa tumbok cili tu tumbok dengan jayanya. Jangan p tenyeh cili kat mata.kerja gila tu. Masa letih memang 1001 perasaan tapi bila dah relax mesti puas hati sebab settle banyak kerja kan?Pahala pun dapat..betul tak?. Kalau kemalasan melibatkan rumah tangga i tak berani nak bagi pendapat sebab tak kawin lagi tak kan nak cakap malas- malas..hidup ni senang je, dapat suami/isteri rajin untunglah dapat suami/isteri malas untung jugak sebab atomatik ko kena rajin tak kan dua-dua malas (ok hari raya tahun ni dapat banyak soalan cepu emas sampai tersedak masa minum air jus cili padi..tahun depan jangan tanya soalan cepu emas tapi bawak seguni emas haha)..



sekadar pendapat je,,

ok...bye..



Selasa, 5 Julai 2016

MENANG GIVEWAY SHAWL RAYA BY ARYANA COUTURE

Walaupun baru aktif berblog kira-kira 3 bulan yang lalu, alhamdulillah ada rezeki dari Allah hasil menulis blog Tinta Hayati. Selain dapat barangan percuma dengan tebus baucer dari Heartbeat.my (kini Printcious.com) kerana menulis artikel Free Mug Campaign: 10,000 MUG PERCUMA dan komisen Bookcafe yang menampakkan sedikit hasil, baru-baru ini menerima rezeki raya menang GIVEWAY SHAWL RAYA BY ARYANA COUTURE. Terima kasih kepada blogger aina -CHERRY BLOSSOM-

Bolehlah melaram raya ini dengan shawl Aryana Couture hehe..

MENANG GIVEWAY SHAWL RAYA BY ARYANA COUTURE


Selamat Hari Raya

-Cik Hayati-








Isnin, 4 Julai 2016

AROIMAKMAK.COM BLOG TRAVEL ANDA

Hayati terjumpa satu blog ..AROIMAKMAK..

AROIMAKMAK BLOG TRAVEL

Hayati tertanya-tanya AroiMakMak tu apa??

AROIMAKMAK BLOG TRAVEL

blog AroiMakMak adalah blog travel dimana korang boleh tahu banyak tips dan info-info menarik yang disampaikan  pemilik blog AroiMakMak tentang makanan, penginapan..spa dan tempat-tempat yang telah dilawati oleh blogger ini..sangat-sangat bertepatan dengan slogannya YOUR TRAVEL ONE-STOP GUIDE.  Antara tips untuk negara yang dilawati ialah Jepun,Korea ,Singapura dan Thailand.

Jom terjah tengok apa ada dalam blog AroiMakMak..

AROIMAKMAK BLOG TRAVEL
Menarik kan info blog Aroimakmak..tak dapat p korea pun takpelah,baca blog AroiMakMak banyak maklumat tentang Seoul,Korea



AROIMAKMAK BLOG TRAVEL


AROIMAKMAK BLOG TRAVEL
tengok gambar pon cantik,,

Nak tahu lebih banyak maklumat tentang Korea, Jepun, Singapura, Thailand..bacalah blog AroiMakMak.com.

Ahad, 3 Julai 2016

KISAH SHOPPING BAJU RAYA

Aku sejak azali seorang yang tak suka lama-lama kat kedai baju. Selalunya kali pertama aku p kedai baju aku tengok-tengok dulu. Kali kedua aku beli terus. Tak pun mana berkenan dan sedap mata aku memandang..mata akulah mata orang lain ikot sukalah sedap memandang ke tak ,aku beli  je. Aku jugak tak suka shopping ramai-ramai. Kadang-kadang aku slamber je naik bas sorang-sorang p pekan tak pun zaman belajar dulu aku pusing Pulau Pinang walaupun kawan-kawan aku suka ceramahkan aku sebab jalan sorang-sorang. Aku beritahu aku dah biasa keluar sorang-sorang. Kadang-kadang ikot suka hati je aku makan kat kedai makan..kedai mamak sorang-sorang  walaupun orang tengok pelik. Aku seorang yang suka kebebasan cisss bukan bebas tahap bersosial tak ingat dunia maksud aku bebas suka hati kaki aku je nak ke mana-mana pun. Orang ingat aku tak ada kawan langsung. Aku ada je kawan-kawan dan sahabat rapat cuma kadang-kadang aku perlukan masa untuk bersendirian..cari ketenangan dalam erti kata bahasa romantik Sepi Itu Indah (dramatik romantik sangat ayat aku!!mohon jangan pengsan). Pernah jugak aku buat jahat jugak bila kawan aku tanya ..sorang je ke? aku jawab : Taklah..ada je kawan tepi aku hehe..


KISAH SHOPPING BAJU RAYA
(google image)

Selama ini aku seorang yang sangat cepat dan tak banyak songeh beli baju raya hahaha .. tapi entah apalah sumpahan malam tadi aku pusing satu pekan aku tak beli baju raya. Famili aku semua dah beli kecuali aku dengan adik aku sorang lagi. Adik aku kata semua dia tak berkenan. Aku pulak memang jenis mood raya tak mai seru lagi, Aku blerrr cari baju raya. Masuk semua kedai sepasang baju pun tak beli. Memang mengucap panjanglah mak aku.Tulah padah tak hantar kain pasang p tukang jahit. Aku paling lama bertapa dalam kedai buku. Famili aku suka ceramahkan aku pagi raya,petang raya ,malam raya aku asyik baca buku je. Aku rasa macam raya...rayalah. dari aku membazir tunggu orang mai rumah aku lebih baik aku baca buku. Tapi tabiat tu dah lama aku tinggalkan. Rasa insaf pulak bukan apa nanti aku tak kenal saudara-mara aku mau ke tak gila. Jadi aku pun merajinkan diri beraya rumah saudara-mara aku.

Satu je harapan aku, aku harap hari ini abah aku keluar p pekan sebab aku tak beli baju raya lagi oiii..nak drive sendiri aku pun masih belajar drive kereta karang kereta kemana aku kemana..kawan-kawan aku dah berkurun ada lesen. Aku ni jenis agak fobia dengan jalan raya lebih-lebih lagi bab nak melintas jalan sebab beberapa kali terjadi kemalangan depan mata aku. Tapi kali ini aku beranikan diri dan tabahkan jiwa cewahh sebab aku nak kerja mestilah kena ada lesen dan pandai drive. Jadi, jangan pandang jalan raya..hehe..


KISAH SHOPPING BAJU RAYA
baby zaman sekarang pon konfius apatah lagi aku haha
(ihsan gambar  google image)

Sabtu, 2 Julai 2016

BLOG BEST UNTUK DIBACA: NAMEE ROSLAN,ELLY IN WONDERLAND,REDMUMMY,CIK EPAL DAN AZIE KITCHEN


Hai semuaaaa (Hai ini tetiba je riang ria). Ok, Hayati percaya semua orang ada blog yang korang suka baca. Hayati selalu usha blog Cik Epal,Redmummy, Namee Roslan dan Azie Kitchen. Bukan setakat usha-usha seimbas lalu ok usha sambil baca entri-entri dalam blog blogger-blogger popular ni walaupun tak semua Hayati sempat baca. Apa pun jom Hayati dendangkan kenapa Hayati suka sangat baca kelima-lima blog tersebut (bukan dendang lagu nazam lebaran tau).

NAMEE ROSLAN

BLOG BEST UNTUK DIBACA: NAMEE ROSLAN,ELLY IN WONDERLAND,REDMUMMY,CIK EPAL DAN AZIE KITCHEN




Orang lain mesti dah lama baca blog Namee Roslan. Aku baru je mula baca tahun ni. Wah..ketinggalan aku. Blog Namee Roslan antara pilihan hati i untuk i baca. Pemilik blog cantik uoll. Pengisian blog Namee Roslan adalah tentang tips kecantikkan, resepi dan macam-macam lagi.

REDMUMMY

BLOG BEST UNTUK DIBACA: NAMEE ROSLAN,ELLY IN WONDERLAND,REDMUMMY,CIK EPAL DAN AZIE KITCHEN

Blog Redmummy Hayati suka baca sebab Redmummy banyak info-info menarik dan blog tentang kehidupan Redmummy yang tak jemu dibaca kerana bahasa bersahaja. Kesimpulannya memang tak rugi kalau korang singgah diblog redmummy.

ELLY IN WONDERLAND

BLOG BEST UNTUK DIBACA: NAMEE ROSLAN,ELLY IN WONDERLAND,REDMUMMY,CIK EPAL DAN AZIE KITCHEN


Elly In Wonderland ni Hayati suka sebab  banyak kisah travel dalam blog Elly In Wonderland pada pendapat Hayati. Kalau korang nak travel digalakkan baca blog Elly In Wonderland sebab disamping menceritakan pengalaman di negara-negara yang dilawati blog Elly In Wonderland  berkongsi tips melancong dan berkongsi tempat-tempat menarik seperti Rom, Paris dan Bali. 


CIK EPAL

BLOG BEST UNTUK DIBACA: NAMEE ROSLAN,ELLY IN WONDERLAND,REDMUMMY,CIK EPAL DAN AZIE KITCHEN


Hayati suka baca blog Cik Epal sebab Cik Epal seorang yang cun dan menawan. Penulisan bersahaja dan penuh info membuatkan Hayati tak bosan baca Blog Cik Epal.  Dalam Blog Cik Epal, Cik Epal banyak berkongsi resepi dan percutian Cik Epal dengan keluarga. Memang best dan seronok baca entri ditulis Cik Epal. Korang tak percaya? Bolehlah usha blog Cik Epal.

AZIE KITCHEN

NAMEE ROSLAN,ELLY IN WONDERLAND,REDMUMMY,CIK EPAL DAN AZIE KITCHEN


Blog Azie Kitchen adalah blog  resepi masakan. Memang sedap-sedap resepi yang dikongsi di Azie Kitchen paling meletop resepi Azie Kitchen sering ditunggu-tunggu oleh pembaca setia Azie Kithen. Paling menarik blog Azie Kitchen bukanlah semata-mata berkongsi tentang resepi tetapi info-info menarik. Korang nak masak sedap-sedap untuk bakal mak mertua? Bakal tunang? Bakal suami? Hihi.. Blog Azie Kitchen memang blog yang korang wajib usha untuk tengok resepi yang menarik.


LAST.. bacalah blog

TINTA HAYATI  hahaha (perasan gila aku)

BLOG BEST UNTUK DIBACA