Rabu, 29 Jun 2016

LAMBAIAN RAMADAN AKHIR..SEDIHNYA..

Baru je abis tengok drama Lambaian Ramadan di TV 3,,waaaaa menusuk kalbu hati jantung gila. Selalunya drama happy ending malam ni drama tak happy ending.. sad ending. Sedih gila..tahan airmata je tau tapi buat-buat tabah karang adik faiz aku ejek aku. Dia kalau kenakan aku nombor 1 di malaya nih (huhu lebih-lebih pulak aku).


Aku memang tengok drama Lambaian Ramadan walaupan kadang-kadang aku tak tengok sebab aku ingatkan klise macam drama-drama lain. Tahun lepas drama ramadan aku tak ingat tajuk apa happy ending so aku dapat rasalah Lambaian Ramadan kemungkinan besar sama je. Sekali aku tengok malam ni..sedihhh. Dahlah aku ni cepat sensitif tengok drama tadi lagilah aku tersentuh hati nurani ini (ewahh! berbunga pulak ayat aku malam ni). Memang terbaik drama Lambaian Ramadan dan pelakon-pelakon semua tak lupa jugak penulis skrip drama Lambaian Ramadan memang terbaik. Cik Ti bagi 100 bintang.

OK..gud nite ..

Show comments
Hide comments

4 ulasan:

  1. sy pun tengok malam tadi sedih T_T tapi best la cite dia

    BalasPadam
  2. tak sempat tengok. apa ending dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak bongsu dorang..adik..meninggal masa solat terawih..

      Padam