KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS

Hampir 3 tahun berada di USM Pulau Pinang, tahun lepas merupakan tahun pertama aku berpuasa di kampus. Sepatutnya aku pulang ke kampung setelah selesai peperiksaan semester tetapi disebabkan tarikh kajianku dilanjutkan oleh pensyarah so aku pun stay kat kampus. Walaupun semua warga kampus sudah balik kampung dan bilangan berpuasa di kampus tak ramai, semua tu tetap menjadi kenangan paling indah untukku simpan dalam setiap kotak memori hidupku (berkotak-kotak bagai) dan sering membuatkan aku tersenyum sendirian apabila teringatkan keletah kawan-kawanku yang sangat sempoi dan gila-gila (huhu penat gila buat ayat diari). Paling buatkan aku mereng masa hari pertama puasa kalau tak silap aku, aku tinggal di Desasiswa Indah Kembara yang terletak dalam kawasan kampus tetapi masa nak siapkan kajian tersebut kami ditempatkan di desasiswa Restu yang terletak agak jauh dari desa aku (kolej kediaman di USM ,dikenali sebagai desasiswa).Harta karun aku agak banyak terutamanya buku-buku kesayangankuu (aku gila buku).

DESASISWA INDAH KEMBARA
Rumah kedua selepas rumah sendiri..DESASISWA INDAH KEMBARA,USM

Bayangkan bulan puasa kami geng takda kenderaan terpaksa memanjat library dan keluar menyiapkan kajian yang tak siap. Mujurlah kebanyakkan kami dah siapkan kajian luar..kajian lapangan dan temuramah sebelum bulan puasa. Sepanjang bulan puasa Cuma taip-taip tesis dan membuatkan rujukan ilmiah. Mujurlah ada student cab yang masih ada masa tu tapi dah dekat-dekat nak raya susah nak dapat cab dan kerisauan tak berpanjangan apabila kawan kami dari kelantan yang ada kereta dah balik kampus.Bolehlah kami berjalan-jalan di bazar Pulau Pinang hihi. Alhamdulillah..sepanjang menyiapkan kajian tersebut kami berjaya mengharungi dugaan dan cobaan dengan jayanya walaupun penat stress  rasa nak bagi penumbok. Paling bermakna semasa berbuka puasa kami dari selatan, utara, pantai barat,pantai timur semua berkumpul berbuka ramai-ramai happy sangat-sangat (awat kata ganda banyak sangat haha). Memori paling gila, 2..3 hari sebelum raya dengan perasaan menggila siapkan tugasan. Mau tak gila sebab ramai dah balik kampung halaman. Apalagi pagi,tengahari,petang,malam menaip berpuluh page +++mata berpinar-pinar dan nak pitam mengadap laptop..keypad laptop aku dah 2..3 tercabut gagah masukkan balik...faham-fahamlah kita student selagi tak nazak laptop carilah ubat cepat-cepat hahha.



KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS-ASSIGNMENT-

KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS
Bersama orang penting dalam menyiapkan kajian dan juga merangkap
tenaga pengajar Bengkel Penulisan Skrip Drama tv/filem (Karyawan tamu USM),Puan Maizura Ederis, penulis skrip drama Nur Kasih dan Nora Elena.Ok! Hayati suka masuk kelas skrip sebab minat.waktu matematik tambahan Hayati suka tulis-tulis dialog haha pening tengok angka banyak.zaman sekolah dulu-dulu.


KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS
Bersama-sama rakan-rakan tercinta hehe..



Paling penting aku rindu gila kat sekolah ,USM, Desiswa Indah kembara,Pulau Pinang,kawan-kawan dan my romate, Dulu kemain lagi menghitung hari nak cepat-cepat habis studi. betul cakap cikgu zaman belajar zaman paling best. Harapanku, aku berharap dapat jejak kaki ke USM lagi sebagai pelajar walaupun aku masa tu dah tua hehe. Amin.

You Might Also Like

0 comments