KEHIDUPAN SEORANG GADIS RABUN

Perghh!! Tak boleh blah betul tajuk entri aku hari ini. Hayati mula pakai cermin mata a.k.a spec (betul ke ejaan i,lantaklah janji bunyi sama hahaha) semasa berada di Tingkatan 1 , Itu pun pakai tak lama sebab ada seorang kawan Hayati ni..jantina lelaki suka ejek aku. Dia panggil aku PROFESSOR. Terus aku tak nak pakai spec ,lebih rela sepetkan mata nak tengok whiteboard. Hayati seorang yang suka membaca. Tak kisahlah cahaya lampu terang ke malap tapi zaman sekolah dulu suasana malap pun ok baca buku walaupun abah tegur banyak kali,buat poyo je.

Mata Hayati makin lama makin kabur je. Biarjelah, dalam hati tak ada keinginan nak pakai spec. Segalanya bermula masa belajar di universiti hari pertama kuliah. Gila memang tak nampak slide kuliah. Terpaksalah sepetkan mata 2 kali ganda sampai tak nampak bentuk mata.  Terpaksalah Hayati minta bantuan kawan Hayati (dia senior dah kat situ) temankan ke kedai spec. Yelah kita kan first year masa tu manalah tahu jalan kat situ lagi. Pergi kuliah pun cari kelas tak jumpa..sesat ok.


spec rabun
Terima kasih daun keladi ehhh silap terima kasih cermin mata kesayanganku kerana banyak berbakti pada tuanmu yang mereng ini hihi.


Dah ada spec, Hayati just pakai masa ada kelas je, kalau nak berjalan-jalan cari pasal memang taklah nak pakai..rimas! Disebabkan Cuma pakai spec masa berada dalam kelas, membuatkan Hayati sering lupa bawa spec masa tengok wayang. Walaupun terjemahan kat skrin wayang tu besar-besar tapi pedih mata tengok lama-lama. Rasa tak best tengok wayang tanpa spec. Nak pinjam spec kawan,kawan pun rabun (suka hati je nak pinjam,power tak samalah).Pernah terlupa bawa spec pergi kelas,masa nak tengok slide kuliah mulalah aktiviti kecikan matat, sepetkan mata ala-ala kenyit mata gitu, pensyarah tegur haha.

Masalah lain timbul bila orang ingat Hayati sombong haha. Yelah orang lambai-lambai (kawan-kawan,junior,senior) Hayati tak nampak,mai dekat depa cakap lambai tak balas pun. Hayati pun sorry..sorrylah then beritahu Hayati tak nampak..rabun,kalau nak aku balas lambaian rindu korang mohon seru nama aku kuat-kuat biar dengar satu malaya ni hehe. Paling sadis kalau tak pakai spec Hayati nampak tanah ,lantai,tangga rata je..kadang-kadang nak tersungkur pun ada. Kalau muka ala-ala ratu cantik tak pelah tersungkur mana tau tertampar ceo or jutawan hahaha (dramatik betul! ok imaginasi aku dah melampau).

Tapi itulah..bila meningkat usia ini (ala-ala dah tua) satu-persatu nikmat yang Allah beri diambil semula tapi salah diri sendiri juga sebab tak reti jaga pemberianNya. Oleh itu, jagalah mata anda J (macam ayat iklan je).

You Might Also Like

1 comments

  1. i feel you. Saya jenis macam ni jugak. Dalam kelas je pakai spec. Tu pun kalau ada guna slide. Kalau lecturer dok membebel je automatik bukak spec hihi

    BalasPadam