ARTIKEL BLOG HILANG!!!

Coretan Hayati kali ini nak meluahkan kesedihan dan kepiluan hati ini. Gini kisahnya.Dipendekkan cerita, dua minggu tak update entri baru, 3 hari yang lalu tergerak hati limpa jantung bukak blog. Hayati klik tajuk artikel dalam blog Hayati,artikel tak muncul-muncul hanya ada KOSONG!KOSONG!KOSONG!.

ARTIKEL BLOG HILANG
Artikel/entri tak muncul a.k.a hilang


Maka, Hayati pun searchlah segala masalah yang ada kaitan dengan masalah Hayati hadapi, jumpa panduan Hayati pun try segala cara diberi. Malangnya setelah tempoh 24 jam, blog Tinta Hayati masih tidak nampak perubahan positif. Hayati tak pakar langsung bab-bab semua nih. Berhari-hari hari fikir masalah ni. Pening jugak memikirkan cara penyelesaiannya. Terpaksalah Hayati mencari cara untuk kembalikan artikel-artikel Hayati yang dah hilang. Hayati tukar tajuk entri,tukar perenggan pertama entri mengikut hasil pembacaan Hayati.Hayati tak pasti backup blog yang Hayati simpan sebelum ini mampu pulihkan blog Hayati. Atau mungkin ada masalah lain..mungkin...Nak open fail backup kemain lama loading. Sambil tu Hayati cari cara penyelesaian search blog pakar bab-bab semua ini. Last-last terjumpa satu blog ini. Blog http://elmu-blog.blogspot.my/

artikel blog tidak muncul atau hilang


Mungkin Hayati terpadam code halaman artikel. Hayati cari di bahagian edit html template. Banyak sangat code pening dibuatnya nak cari code yang dah terpadam. Iktiar terakhir Hayati tukar template baru. Akhirnya, berjaya jugak. Hayati rasa Hayati asyik tukar template selalu membuatkan Hayati mengalami masalah ini. Hayati berazam tak nak tukar template dah. Insafff...

You Might Also Like

2 comments

  1. semoga dapat jalan penyelesaian secepat mungkin =) pity u =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..semua dah ok :) tapi berhari-hari jugak cari jalan..

      Padam