FOLLOWERS

Rabu, 29 Jun 2016

LAMBAIAN RAMADAN AKHIR..SEDIHNYA..

Baru je abis tengok drama Lambaian Ramadan di TV 3,,waaaaa menusuk kalbu hati jantung gila. Selalunya drama happy ending malam ni drama tak happy ending.. sad ending. Sedih gila..tahan airmata je tau tapi buat-buat tabah karang adik faiz aku ejek aku. Dia kalau kenakan aku nombor 1 di malaya nih (huhu lebih-lebih pulak aku).


Aku memang tengok drama Lambaian Ramadan walaupan kadang-kadang aku tak tengok sebab aku ingatkan klise macam drama-drama lain. Tahun lepas drama ramadan aku tak ingat tajuk apa happy ending so aku dapat rasalah Lambaian Ramadan kemungkinan besar sama je. Sekali aku tengok malam ni..sedihhh. Dahlah aku ni cepat sensitif tengok drama tadi lagilah aku tersentuh hati nurani ini (ewahh! berbunga pulak ayat aku malam ni). Memang terbaik drama Lambaian Ramadan dan pelakon-pelakon semua tak lupa jugak penulis skrip drama Lambaian Ramadan memang terbaik. Cik Ti bagi 100 bintang.

OK..gud nite ..

GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016

GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016
KLIK BANNER UNTUK MENYERTAI

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza
nak join?? Klik BANNER

KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS

Hampir 3 tahun berada di USM Pulau Pinang, tahun lepas merupakan tahun pertama aku berpuasa di kampus. Sepatutnya aku pulang ke kampung setelah selesai peperiksaan semester tetapi disebabkan tarikh kajianku dilanjutkan oleh pensyarah so aku pun stay kat kampus. Walaupun semua warga kampus sudah balik kampung dan bilangan berpuasa di kampus tak ramai, semua tu tetap menjadi kenangan paling indah untukku simpan dalam setiap kotak memori hidupku (berkotak-kotak bagai) dan sering membuatkan aku tersenyum sendirian apabila teringatkan keletah kawan-kawanku yang sangat sempoi dan gila-gila (huhu penat gila buat ayat diari). Paling buatkan aku mereng masa hari pertama puasa kalau tak silap aku, aku tinggal di Desasiswa Indah Kembara yang terletak dalam kawasan kampus tetapi masa nak siapkan kajian tersebut kami ditempatkan di desasiswa Restu yang terletak agak jauh dari desa aku (kolej kediaman di USM ,dikenali sebagai desasiswa).Harta karun aku agak banyak terutamanya buku-buku kesayangankuu (aku gila buku).

DESASISWA INDAH KEMBARA
Rumah kedua selepas rumah sendiri..DESASISWA INDAH KEMBARA,USM

Bayangkan bulan puasa kami geng takda kenderaan terpaksa memanjat library dan keluar menyiapkan kajian yang tak siap. Mujurlah kebanyakkan kami dah siapkan kajian luar..kajian lapangan dan temuramah sebelum bulan puasa. Sepanjang bulan puasa Cuma taip-taip tesis dan membuatkan rujukan ilmiah. Mujurlah ada student cab yang masih ada masa tu tapi dah dekat-dekat nak raya susah nak dapat cab dan kerisauan tak berpanjangan apabila kawan kami dari kelantan yang ada kereta dah balik kampus.Bolehlah kami berjalan-jalan di bazar Pulau Pinang hihi. Alhamdulillah..sepanjang menyiapkan kajian tersebut kami berjaya mengharungi dugaan dan cobaan dengan jayanya walaupun penat stress  rasa nak bagi penumbok. Paling bermakna semasa berbuka puasa kami dari selatan, utara, pantai barat,pantai timur semua berkumpul berbuka ramai-ramai happy sangat-sangat (awat kata ganda banyak sangat haha). Memori paling gila, 2..3 hari sebelum raya dengan perasaan menggila siapkan tugasan. Mau tak gila sebab ramai dah balik kampung halaman. Apalagi pagi,tengahari,petang,malam menaip berpuluh page +++mata berpinar-pinar dan nak pitam mengadap laptop..keypad laptop aku dah 2..3 tercabut gagah masukkan balik...faham-fahamlah kita student selagi tak nazak laptop carilah ubat cepat-cepat hahha.



KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS-ASSIGNMENT-

KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS
Bersama orang penting dalam menyiapkan kajian dan juga merangkap
tenaga pengajar Bengkel Penulisan Skrip Drama tv/filem (Karyawan tamu USM),Puan Maizura Ederis, penulis skrip drama Nur Kasih dan Nora Elena.Ok! Hayati suka masuk kelas skrip sebab minat.waktu matematik tambahan Hayati suka tulis-tulis dialog haha pening tengok angka banyak.zaman sekolah dulu-dulu.


KENANGAN BERPUASA DI KAMPUS
Bersama-sama rakan-rakan tercinta hehe..



Paling penting aku rindu gila kat sekolah ,USM, Desiswa Indah kembara,Pulau Pinang,kawan-kawan dan my romate, Dulu kemain lagi menghitung hari nak cepat-cepat habis studi. betul cakap cikgu zaman belajar zaman paling best. Harapanku, aku berharap dapat jejak kaki ke USM lagi sebagai pelajar walaupun aku masa tu dah tua hehe. Amin.

Selasa, 28 Jun 2016

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh

giveaway
NAK JOIN??KLIK BANNER

CAWANGAN PEJABAT PTPTN NEGERI

 Hari ini terdetik nak ambil tahu hal dunia sendiri. Selama ini buat blerr je. Tetiba pulak terdetik
 di hati nak uruskan berkenaan hal pinjaman PTPTN. Sebelum nak bayar mestilah kita kena
 tahu serba serbi. Nanti takdalah pening..So,Hayati nak share alamat cawangan PTPTN 
 Negeri untuk memudahkan urusan semua. 


PTPTN


Ibu Pejabat PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur


One Stop Center PTPTN KL Sentral
Unit 1 & 2A, 2B
Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur


One Stop Center PTPTN Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. 2, Menara 2,  Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya


Pejabat PTPTN Cawangan UTC Kuala Lumpur
Lot T3-9, Tingkat 3,
UTC Pudu Sentral
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2026 2192 / 03 - 2026 2193


Pejabat PTPTN Negeri Selangor
Tingkat Bawah, Tingkat Mezzanine dan Tingkat 8
Menara MRCB, No. 2
Jalan Majlis 14/10, Seksyen 14
40712 Shah Alam, Selangor

No. Tel : 03 - 5510 8343
No. Faks : 03 - 5510 3852



Pejabat PTPTN Negeri Sembilan
Tingkat 3, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban, Negeri Sembilan

No. Tel : 06 - 762 6643
No. Faks : 06 - 767 2030

Pejabat PTPTN Negeri Melaka
Suite 4.2 - 4.5, Aras 4
Urban Transformation Centre (UTC)
Jalan Hang Tuah
75300 Melaka

No Tel : 06 - 333 3333 (Operator) samb. 6023
No Faks : 06 - 281 9927
 Pejabat PTPTN Negeri Johor
No. 17, Jalan Padi Emas 1/5
Uda Business Centre
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
Johor

No Tel : 07 - 237 1060
No Faks : 07 - 238 1090


Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor
L3-UTC-04
Galeria @ Kotaraya
Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Johor

No Tel : 07 - 224 1044
No Faks : 07 - 224 1046

Pejabat PTPTN Cawangan Kluang 
No. 14, Jalan Manan
86000 Kluang
Johor

No Tel : 07 - 776 1913
No Faks : -

Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang
No. 53 Jalan Todak 6
Pusat Perniagaan Bandar Sunway Perdana
13700 Seberang Jaya, Butterworth
Pulau Pinang

No Tel : 04 - 383 1410
No Faks : 04 - 383 1419

Pejabat PTPTN Negeri Perlis
Lot 36 & 38, Medan Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.

No Tel : 04 - 979 2318
No Faks : 04 - 979 2315

Pejabat PTPTN Negeri Kedah
No. 1302,
Jalan Tunku Ibrahim
05000 Alor Setar
Kedah


No. Tel : 04 - 720 8403
No. Faks : 04 - 732 8400

Pejabat PTPTN Cawangan UTC Kedah
4-11 UTC, Tingkat 4
Bangunan UTC, Kompleks MBAS
Jalan Kolam Air
05675 Alor Setar
Kedah

No. Tel :  04 - 736 0600
No. Faks : 04 - 736 0602

Pejabat PTPTN Negeri Perak
No. 11 & 13, Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh, Perak


No. Tel : 05 - 249 8411

Pejabat PTPTN Cawangan UTC Perak
Lot No. LA 18,
Urban Transformation Centre (UTC) Perak
Off Jalan Dato' Onn Jaafar
30300 Ipoh
Perak

No. Tel : 05 - 241 3500
No. Faks : 05 - 249 8416

Pejabat PTPTN Negeri Pahang
No.48, Malay Town
Jalan Putra Square 1, Putra Square
25200 Kuantan, Pahang
 
No. Tel : 09 - 517 3442
No. Faks : 09 - 517 3219

Pejabat PTPTN Cawangan UTC Pahang
No. 2-20
Pusat Transformasi Bandar (UTC Pahang)
Bangunan UTC Pahang
Jalan Stadium
25200 Kuantan Pahang

No. Tel :  09 - 512 4119
No. Faks : -

Pejabat PTPTN Negeri Terengganu
No.37 (B6) Blok B
Tingkat Bawah, 1 dan 2
Dataran Emas
Jalan Sultan Sulaiman
20200 Kuala Terengganu
Terengganu

No Tel : 09 - 623 3353
No. Faks : 09 - 622 4842

Pejabat PTPTN Negeri Kelantan
Lot 1158, Tingkat Bawah,
Jalan Doktor
15000 Kota Bharu, Kelantan

No Tel : 09 - 743 0308
No Faks : 09 - 743 0513

Pejabat PTPTN Cawangan Kuala Krai
PT5555 Tingkat Bawah & 1, Taman Yani
KM1.5 Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang
18000 Kuala Krai, Kelantan

No Tel : 09 - 960 2800
No Faks : 09 - 960 2818

Pejabat PTPTN Negeri Sabah
B1-06, Tingkat 1
Warisan Square
Jalan Tun Fuad Stephens
88100 Kota Kinabalu
Sabah

No Tel : 088 - 487 245/ 088 - 487 246
No Faks : 088 - 487 249

Pejabat PTPTN Cawangan Tawau
TB 4334, Lot 14, Tingkat 1 (Corner)
Blok 31 & 32, Fajar Commercial Complex
Jalan Merdeka 2/3
91000 Tawau
Sabah

No Tel : 089 - 701 304
No Faks : 089 - 701 309

Pejabat PTPTN Negeri Sarawak
Lot 519, No. 15-I, Section 6
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak

No Tel : 082 - 234 608
No Faks : 082 - 239 315

Pejabat PTPTN Cawangan UTC Sarawak
UTC 1, 4TH Floor, Bangunan UTC Sarawak
Jalan Bukit Mata
93100 Kuching, Sarawak

No Tel : 082 – 243 164
No Faks : 082 – 243 172


maklumat lanjut PTPTN
Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!

Isnin, 27 Jun 2016

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

https://reenri.blogspot.my/2016/06/peraduan-duit-raya-mulai-27-jun-5-julai.html
Nak Join?? KLIK BANNER

CARA BUAT BLOG

Entri kali ini Hayati nak tunjukkan cara buat blog. Harap memudahkan cara untuk mereka yang ingin memiliki blog. Semoga bermanfaat.

1. Daftar akaun gmail
CARA BUAT BLOG

2. Jika dah daftar atau mempunyai akaun gmail. Klik [blogger.com]
3.Sig in akaun gmail anda
4.Klik New blog
CARA BUAT BLOG

5.Masukkan Title  dan Address blog korang nak. This blog address is available itu menunjukkan  url tersebut tidak digunakan oleh orang lain. Jangan guna nama terlalu panjang.



6.Klik CREATE BLOG. 

7. Kemudian, klik VIEW BLOG

kini anda sudah memiliki blogspot sendiri..

CARA BUAT BLOG



Selamat mencuba...



Ahad, 26 Jun 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Pencarian Bloglist Bulan Julai

Pencarian Bloglist Bulan Julai
Naj join?klik Banner

ROTI POPIA GORENG ANEKA RAGAM

ROTI POPIA GORENG



ROTI POPIA GORENG

Resepi Ringkas Mudah...Lagi 9 hari kita akan menyambut Aidilfitri. Walaupun sibuk buat persiapan hari raya jangan lupa keistimewaan 10 malam terakhir Ramadan dalam mencari malam Lailatul Qadar. Semalam Hayati tengok berita. Hayati tak pasti slot apa tapi Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah. Tak kisahlah slot apa yang penting Hayati tertarik dengan penyampaian beliau tentang meminta maaf. Kita selalu nak tunggu raya baru nak minta maaf. Tak silap Hayati Dato Dr. Fadhilah Kamsah kata jangan tunggu hari raya baru nak mintaan maaf. Bulan puasa pun boleh bermaafkan (lebih kurang camtulah maksud penyampaiannya, Hayati tak ingat ayat seketul-seketul) TAPI point paling penting kata beliau belum tentu pada hari raya kita masih hidup. Oleh itu, marilah sesama kita saling bermaafan walaupun bukan bulan Ramadan dan Syawal. Seeloknya, sebelum kita tidur niatkan dalam hati kita memaafkan segala kesalahan orang yang bersalah dengan kita.

Sehari tak update blog rasa rindu kat blog Tinta Hayati. Hampir nak koma dibuatnya tawaf satu pekan bulan-bulan puasa begini. Dipendekkan cerita, Jumaat lepas pergi bank, tunggu giliran dekat sejam lebih dengan orang ramai ruang bank sempit, menguji kesabaran betul. Tapi padam muka pada diri sendiri sebab siapa suruh pergi bank lewat, pergi lewat dapat nombor  angka giliran pun memang awalll sangatt!!haha. Then, berjalan satu pekan. Memang rasa nak pitam. Pastu hari sabtu adik-adik cuti apa lagi pakat ambil nombor giliran guna laptop,last-last empunya laptop dok termenung je tengok pokok rambutan tengah merimbun berbuah tapi malangnya masih hijau tak masak lagi. Laptop adik masuk wad ICU.

Masa tengah usha fb terbaca resepi roti popia goreng (resepi:Puan Jane Enaz), Hayati suka resepi ringkas dan mudah kalau resepi remeh-remeh memang cepat lupa sebab tertelan banyak semut. Disebabkan semalam Hari Rajin Sedunia Hayati pun cubalah buat roti popia goreng . Kenapa Hari Rajin Sedunia  sebab sebelah pagi Hayati buat biskut cornflake madu petang try roti popia goreng. Hari Rajin Sedunia untuk orang tak berapa rajin hihi. Ok!  Jom tengok resepi roti popia goreng yang Hayati try..hahaha

BAHAN-BAHAN

-Roti (1 bungkus: ikut berapa keping nak buat)
-Kulit Popia
-telur (1 biji-putih telur)

ROTI POPIA GORENG

BAHAN-BAHAN INTI

-Bawang merah (dihiris)
-Asam gelugur (2 keping)
-sardin (1 tin-korang lenyet-lenyet ikan tu bagi halus guna sudu. Macam buat sandwich)
-Minyak Masak (3 sudu)
-Garam

CARA-CARA

INTI :
1.       Panaskan minyak
2.       Tumiskan bawang merah
3.       Masukan ikan sardin
4.       Masukan asam gelugur
5.       Last, masukan garam secukup hati (bukan secukur rasa sebab sekarang bulan puasa hehe). Biarkan agak pekat sikit jangan berkuah nanti susah nak lipat kulit popia.
6.       Siap.

ROTI POPIA GORENG



CARA BUAT ROTI:
1.       Roti korang potong dua.

ROTI POPIA GORENG

2.       Ambil 1 dan letak inti then lipat roti tu.
3.       Roti berinti tadi lipat dengan kulit popia ala-ala nak buat popia goreng (Hayati lipat ikot suka hati je janji ok hehe). Oh ya, kulit popia Hayati guna kulit popia besar..kecik pun takpe.
4.       Letakkan putih telur supaya kulit popia tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
5.       Panaskan minyak dan goreng.

ROTI POPIA GORENG
Sorry..lipatan kulit popia tak chantek..tangan kita tak ada seni hehehe

roti popia goreng



ROTI POPIA GORENG





Ehh!! Mana roti popia aneka ragam? Aneka ragam? Kalau korang nak aneka ragam korang pelbagaikan inti hihi..

Artikel berkaitan:

Jumaat, 24 Jun 2016

KEHIDUPAN SEORANG GADIS RABUN

Perghh!! Tak boleh blah betul tajuk entri aku hari ini. Hayati mula pakai cermin mata a.k.a spec (betul ke ejaan i,lantaklah janji bunyi sama hahaha) semasa berada di Tingkatan 1 , Itu pun pakai tak lama sebab ada seorang kawan Hayati ni..jantina lelaki suka ejek aku. Dia panggil aku PROFESSOR. Terus aku tak nak pakai spec ,lebih rela sepetkan mata nak tengok whiteboard. Hayati seorang yang suka membaca. Tak kisahlah cahaya lampu terang ke malap tapi zaman sekolah dulu suasana malap pun ok baca buku walaupun abah tegur banyak kali,buat poyo je.

Mata Hayati makin lama makin kabur je. Biarjelah, dalam hati tak ada keinginan nak pakai spec. Segalanya bermula masa belajar di universiti hari pertama kuliah. Gila memang tak nampak slide kuliah. Terpaksalah sepetkan mata 2 kali ganda sampai tak nampak bentuk mata.  Terpaksalah Hayati minta bantuan kawan Hayati (dia senior dah kat situ) temankan ke kedai spec. Yelah kita kan first year masa tu manalah tahu jalan kat situ lagi. Pergi kuliah pun cari kelas tak jumpa..sesat ok.


spec rabun
Terima kasih daun keladi ehhh silap terima kasih cermin mata kesayanganku kerana banyak berbakti pada tuanmu yang mereng ini hihi.


Dah ada spec, Hayati just pakai masa ada kelas je, kalau nak berjalan-jalan cari pasal memang taklah nak pakai..rimas! Disebabkan Cuma pakai spec masa berada dalam kelas, membuatkan Hayati sering lupa bawa spec masa tengok wayang. Walaupun terjemahan kat skrin wayang tu besar-besar tapi pedih mata tengok lama-lama. Rasa tak best tengok wayang tanpa spec. Nak pinjam spec kawan,kawan pun rabun (suka hati je nak pinjam,power tak samalah).Pernah terlupa bawa spec pergi kelas,masa nak tengok slide kuliah mulalah aktiviti kecikan matat, sepetkan mata ala-ala kenyit mata gitu, pensyarah tegur haha.

Masalah lain timbul bila orang ingat Hayati sombong haha. Yelah orang lambai-lambai (kawan-kawan,junior,senior) Hayati tak nampak,mai dekat depa cakap lambai tak balas pun. Hayati pun sorry..sorrylah then beritahu Hayati tak nampak..rabun,kalau nak aku balas lambaian rindu korang mohon seru nama aku kuat-kuat biar dengar satu malaya ni hehe. Paling sadis kalau tak pakai spec Hayati nampak tanah ,lantai,tangga rata je..kadang-kadang nak tersungkur pun ada. Kalau muka ala-ala ratu cantik tak pelah tersungkur mana tau tertampar ceo or jutawan hahaha (dramatik betul! ok imaginasi aku dah melampau).

Tapi itulah..bila meningkat usia ini (ala-ala dah tua) satu-persatu nikmat yang Allah beri diambil semula tapi salah diri sendiri juga sebab tak reti jaga pemberianNya. Oleh itu, jagalah mata anda J (macam ayat iklan je).

Khamis, 23 Jun 2016

SEGMEN BLOGWALKING #1 BY WWW.SYAHIDAHFADILAH.COM

http://www.syahidahfadilah.com/2016/06/segmen-blogwalking-1-by.html
KLIK BANNER

PENGALAMAN MISTIK MENYIAPKAN TUGASAN ILMU PENDINDING

pengalaman mistik seram

Pengalaman ini dilalui sendiri oleh Hayati. Tujuannya supaya pembaca lebih berhati-hati mengambil pengajaran dan iktibar daripada story ni (ilmiah gila ayat aku).
Begini kisahnya, kira-kira tiga tahun yang lalu, Hayati diberi tugasan tentang ilmu pendinding. Ala...assignment dalam bahasa omputihnya. Kami dikehendaki..kalau bolehlah siapkan tugasan berdasarkan buku-buku ilmiah dan paling penting ada tugasan lapangan. Sebut lapangan mestilah kena temuramah orang yang tertentu. Tugasan Hayati memerlukan Hayati membuat dua perbandingan amalan ilmu pendinding dari segi ilmu pendinding masyarakat melayu dan ilmu pendinding dari sudut Islam. Artikel ini Hayati fokuskan ilmu pendinding masyarakat melayu yakni kepercayaan dan amalan orang melayu dalam mengamalkan ilmu pendinding. Hayati memang seorang yang suka bab-bab mistik dan misteri (banyak sangat tengok cerita hantu hehe). So, dah dapat semua bahan dan orang yang hendak ditemuramah, tiba hari kejadian Hayati pun pergilah jumpa orang tersebut.
Disebabkan gumbira sangat nak siapkan tugasan Hayati pun tak adalah fikir bukan-bukan. Yelah masa tu manalah kita tau kita muda belia remaja lagi hihi (perasan). Hayati jumpa orang tersebut waktu malam ditemani seorang ahli keluarga (memang taklah nak p sorang-sorang.Bahaya Ok!). Semuanya berjalan lancar. Semasa berlangsungnya sesi temubual,Hayati just angguk-angguk jelah kalau ditanya. Yes..yes belaka. Tulis segala maklumat dengan perasaan gembira. Hayati jugak diberi ayat?ayat? Disebabkan happy sangat Hayati pun tak tengoklah ayat yang diberi betul ke tak. Hayati copy je ayat tu dalam buku. Dah copy automatiklah mulut kita ni menyebut. Dah dapat maklumat barulah ada semangat nak siapkan assignment. Dah selesai, sebaik melangkah keluar dari rumah orang itu memang rasa lain..seram sejuk je,tak sedap hati pun ada. Ditakdirkan malam tersebut Hayati tak boleh tidur sebab rasa panas. Atas nasihat bapa saudara Hayati, dia suruh Hayati pulangkan balik. Pulangkan  apa? Masa tu Hayati pun blerrr. Rupa-rupanya ada benda ikott. Memang takut gila dah masa tu. Selesaikan semua tu Hayati pun balik kampus.
Balik kampus masih rasa tak sedap hati. Tapi Hayati biarkan je sebab Hayati dah selesaikan dah.Rentetan bermula dari mimpi..mimpi..mimpi..Sampailah hampir dua tahun Hayati takut nak tidur waktu malam sebab asyik mimpi ngeri je.Hayati anggap mungkinlah Hayati terlupa baca doa sebelum tidur kadang-kadang penat terlelap dengan sendiri dengan jayanya. Kalau boleh malam Hayati tak nak tidur, siang kalau ada masa Hayati tidur supaya malam boleh lah stay up,walaupun baca buku otak blerr.
Akhirnya, disebabkan satu peristiwa yang tak dapat Hayati sebutkan disini menyebabkan Hayati berubat dengan pengamal perubatan Islam. Rupanya benda tu masih ikut. , alhamdulillah dengan izin Allah Hayati makin pulih dan ok.Semuanya berlaku dengan izin Allah dan pulih dengan izinNya. Selepas, pulih beberapa minggu ada tugas menarik tajuk Santau hihi. Berminat nak buat tapi selepas diceramah oleh kawan-kawan tak jadilah, Hayati just buat tajuk biasa-biasa je. Hayati kalau mimpi sebijik macam drama seram berepisod..hahaha (saat tengah taip entri ini tetiba gambar selfie adik aku muncul.Terkejut aku, gamaknya laptop terkejut seram baca story aku) .yang pasti muka makhluk tu lebih seram dari hantu dalam drama tv. Pengajarannya, kalau buat tugasan berisiko berhati-hati jangan terjah je macam Hayati.  Walaubagaimanapun, semua itu adalah pengalaman berharga. Berharga?? Bab seram pun berharga ke? Berhargalah bila kita ditimpa musibah kita sedar dan bermuhasabah diri. Berharga? Bila kita tahu ada perkara tak baik kita akan selalu ingat Allah. Betul tak? (Ok! Aku macam dok bersembang pulak. Tinggi gila tahap imaginasi tapi kisah ini kisah betul ok bukan imaginasi fantasi fantastik).
Pertama kali tulis entri panjang berjela-jela..hehe.


Jumaat, 17 Jun 2016

GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016



GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016
KLIK BANNER
Pemenang bertuah akan menerima tudung/selendang beserta mask sheet setiap seorang!! Jadi.... tunggu apa lagi, jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je...

Buat satu entri bertajuk  GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 (letak gambar di atas tu beserta syarat-syarat penyertaan.
Follow Blog Wani
Like Page Wani
Selesai buat entri, komen entri ini dan beri link entri tersebut
Terbuka untuk Bloggers seluruh Malaysia
Tarikh Tutup Penyertaan 13 Julai 2016

Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang.

RESEPI RINGKAS MUDAH: POPIA GORENG

POPIA GORENG

Sebenarnya Hayati nak tulis entri ini pagi tadi tapi ntahla laptop kena penyakit mereng. Suka hati je meragam. Nasib laptop ni bukan manusia kalau tak rasa nak lempang kiri kanan..takut jugak nak lempang laptop..lempang..lempang terus masuk wad a.k.a kedai repair komputer tak ke naya diri ini.Lagipun laptop ni baru je pulih dari koma beberapa bulan lepas hihi. Ok...Kembali kepada topik kita resepi ringkas dan mudah.Mudah-mudah je.

Hayati bukanlah suka sangat masak kuih-muih nih. Itu dululah..suka goreng sayur sebab suka makan sayur pastu suka masak sambal pedas-pedas guna cili padi ok. Tahap pedas macam tengok drama sedih hero dan heroin akhirnya meninggal dunia. Semenjak habis study, Hayati pun merajinkan diri menapak ke dapur. Yelah! Dah tak ada alasan. Dulu bolehlah bagi alasan nak baca bukulah nak buat assignmentlah sana sini. Sekarang ni dah tak releven dah semua alasan tu.

Haritu dah campak-campak masak sambal kicap kali ni buat popia goreng pulak. Bulan puasa main agak jelah masak.

BAHAN-BAHAN

1)      Kulit Popia
2)      Lobak Merah (2 lobak merah)
3)      Tauge
4)      Minyak masak
5)      Garam
6)      Ikan bilis (ditumbok guna lesung batu bukan penumbok /isi ikan sardin pun boleh (sardin tin))

 POPIA GORENG


 POPIA GORENG


CARA-CARA

1)      Panaskan minyak masak sikit je 
kemudian  masukan lobak merah. Biarkan lobak merah tu lembut sikit.Masukan garam.
2)      Masukan tauge
3)      Masukan ikan bilis. Lobak Merah dan tauge jangan layu sangat sebab nanti kita nak goreng popia.

 POPIA GORENG

4)      Dah masak biarkan sejuk. Dah sejuk lipat dengan kulit popia. Basahkan hujung kulit popia dengan air supaya tak terbukak nanti masa goreng.
5)      Goreng dan hidang 

SAMBAL

Masak macam biasa cuma tambah gula lebih...

siappp...

     Slamber je aku berjimba depan laptop petang-petang ni time orang bizi memasak, mentang-mentang parents takda kat rumah. Ok..blah dulu karang berbuka minum air kosong pulak. Sebelum tu..sorrylah kalau gambar popia goreng tu nampak pelik macam alien hahaha..ntah silap teknik lipat gamaknya..ok bye bye (tetiba je kan?)-Selamat berbuka puasa..bukan sekarang tapi bila dah tiba waktu berbuka ya)





iniblogke Ramadhan16 bloglist

iniblogke Ramadhan16 bloglist
Nak join??? KLIK BANNER

Khamis, 16 Jun 2016

AKU, JERAWAT DAN HATI



jerawat
Masalah Jerawat
(sumber:Google Image)
Amboiii! Dramatik tak tajuk entri? Ala-ala tajuk novel and drama gitu..hihi. Aku,jerawat dan hati?Yelah..masalah jearawat pun beri kesan pada hati dan perasaan ok. Dalam dunia ni siapa tak pernah ada masalah jerawat? Kalau tak pernah ada memang beruntunglah orang itu. Bukan nak kata orang ada jerawat tak beruntung, maksud Hayati dah terlepaslah satu masalah. Jerawat pun satu masalah okey. Tapi tak apa..ada jerawat tu satu ujian untuk kita bersabar dengan masalah jerawat.
Hayati pernah alami masalah jerawat yang sangat teruk. Masa zaman sekolah kulit muka Hayati berjerawat dan berminyak.Kita sekolah tak tahu sangat bab-bab produk bagi hilang jerawat nih. Redha jelah.Jerawat, +++parut jerawat memang teruklah muka Hayati. Bila jumpa orang or kawan-kawan mesti depa tegur pasal jerawat. Sedih tau...bukan Hayati minta jerawat bertenggek atas kulit muka (bertenggek? Macam nak gitaw story hantu jer) tapi jerawat tak malu nak tumbuh dengan jayanya kat muka Hayati. Hari-hari tengok cermin usha jerawat. Bilalah jerawat nak nyah dari muka i. Masalah jerawat bermula apabila Hayati tukar produk pembersih wajah.Tak sangka pulak kulit tak serasi.

Masa sekolah menengah, Tingkatan dua rasanya (ingat-ingat lupa pulak), ditakdirkan Hayati kena deman campak. Huuuu tragis dah la kena demam campak jenis campak besar-besar dan bernanah. Merana sungguh nak lap muka. Sampai tak mau tengok cermin. Bila deman campak dah ok ,parut campak pulak membuatkan masalah makin teruk. Jerawat+parut jerawat+parut campak. Orang kata parut demam campak ni kekal, tambah-tambah kena hujan. Untuk kurangkan parut semua tu Hayati pakai bedak sejuk+daun pandan+daun asam jawa (boleh hilangkan gatal-gatal campak). Parut pun dah kurang tapi parut campak+parut jerawat susah sikit nak hilang, mak Hayati pun beli ubat hilangkan parut di farmasi (Hayati lupa jenama krim hilangkan parut tu, dah lama dah..tak ingat). Alhamdullilah segala masalah pasal jerawat hilang, asal nak bagi hilang parut tapi sekali dengan jarawat pulak hilang. Bila kulit muka Hayati dah pulih memang Hayati jaga baik-baik. Tak mau dah jadi macam dulu.

Antara Hayati amalkan supaya jerawat malu nak singgah kat muka Hayati balik..ialah..

1)      Cuci muka dengan air suam

Mudah je, guna air suam (jangan guna air panas pulak karang bukan jerawat je hilang sekali kulit hilang tau), basuh muka dengan air suam tapi lebih baik guna tuala bersih ataupun tisu muka lap-lap muka dengan air suam. Kalau ada sebijik jerawat kat muka Hayati cepat-cepat Hayati lap atau basuh dengan air suam supaya jerawat kecut then jerawat hilang. Dah bertahun Hayati amalkan cara ni, memang berkesan. Adik dan kawan Hayati pun lakukan cara ni alhamdulliah jerawat pun kurang dan kalau nak hilang tu kira bonus la tapi kena rajin la selalu ya. Selepas parut hilang hampir setiap hari Hayati basuh muka dengan air suam bila dah sibuk study Hayati cuma lakukan pada hujung minggu.

2)      Hanya setia pada satu jenama produk pembersih wajah (ciss..skema ayat nih)

Selepas kejadian jerawat itu, Hayati hanya guna satu jenama produk pembersih wajah je. Kalau kawan-kawan atau sesiapa gosip-gosip produk baru,terbaik,ape sekali pun Hayati dengar tapi tak berminat nak tukar produk. Dah bertahun, Hayati memakai produk pembersih wajah tersebut..tersebut nak sebut ke tak sebut..hoho..Hayati pakai produk Safi. Sebab Safi sesuai untuk kulit wajah Hayati.Tak kisahlah kalau orang cakap produk murah. Biar murah asalkan tak hancurkan kulit wajah i sudah.

3)      Krim wajah waktu malam

Hayati tidak amalkan krim wajah waktu malam..Biarkan kulit rehat. Yelah waktu siang dah pakai macam-macam kat muka kita. Malam apa salahnya biar kulit wajah kita relax dan bersih.


Tu je Hayati mampu kongsikan berdasarkan pengalaman. Harap bermanfaatJ.