Novel Seram: Rakus

Asslamualaikum..

Semenjak dua menjak ini, Hayati dapati novel-novel seram semakin best. Dengan gaya dan olahan yang menepati citarasa khalayak pembaca. Masih berlandaskan konvensi naratif bergenre seram tapi dengan gaya yang tidak 100% seram je..Antara novel seram yang Hayati rasakan sebuah novel seram yang sangat  menarik ialah novel seram Rakus.



SINOPSIS DARI NOVEL:

TAJUK: RAKUS
PENULIS: FITRI HUSSIN
PENERBIT: ALAF 21


Ini cerita dunia sihir, dunia syaitan. Dunia berakar dari Babil yang masih menebal di nusantara ini. Dunia yang menuntut pengamalnya menyekutukan ALLAH SWT dan melaksanakan ritual yang menjijikkan. Syaitan diseru demi memenuhi nafsu rakus.Habshah wanita yang disihir selepas tewas dengan tipu daya. Dia disihir oleh seseorang yang tidak disangka-sangka demi memenuhi nafsu rakus. Salim hadir, cuba merawat Habshah namun tewas ditangan orang yang menyihir Habshah. Ilmu hitam lawannya itu terlalu tinggi. Salim sempat diselamatkan oleh Ustaz Yahya dengan izin ALLAH SWT. Karim hanya menjadi pemerhati pertempuran ilmu batin di antara Salim, Ustaz Yahya dan penyihir Habshah. Dia mendapat jalan keluar dari keadaan runcing itu. Jalan yang diyakini membuatkan dia mengecapi kemewahan. Jalan yang membuatkan dia akan dikenang sampai bila-bila. Adakah jalan yang dipilihnya itu tepat? Azlan, anak muda yang hadir untuk menyambung kembali silaturahim keluarganya. Tentangan amat dasyat diterimanya. Mampukah dia menghadapinya? Ini cerita dunia sihir, dunia syaitan. Dunia segala-galanya geleman.

Novel Rakus boleh didapati di bookcafe.com.my

You Might Also Like

0 comments