FOLLOWERS

Sabtu, 21 Mei 2016

Motivasi Diri : Mencari Inspirasi

Assalamualaikum dan selamat pagi

Mencari Inspirasi ini Hayati nak kisahkan tentang apa yang pernah dilalui Hayati selama Hayati bergelar pelajar terutamanya ketika zaman sekolah. Hayati bukanlah seorang pelajar yang cemerlang  jauh sekali dikelompokkan sebagai pelajar target. Ketika belajar di sekolah menengah Hayati boleh digolongkan sebagai seorang pelajar yang sederhana. Hayati tidak menyalahkan sesiapa atas kelemahan Hayati kerana segala kelemahan memang dari diri Hayati. Hayati tetap bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan kelompok pelajar cemerlang yang sering membantu Hayati terutamanya dalam subjek Matematik dan Matematik Tambahan (otak Hayati lebih suka subjek membaca dan menghafal). Bukan tidak mengulangkaji pelajaran, mungkin Hayati tersilap teknik heheh. Masa tu pasrah jelah (mengalah sungguh!).

Segalanya bermula apabila sekolah mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Masa tu tengah berlangsung Karnival Pendidikan Tinggi. Pertama kali, jejak kaki di USM rasa lain macam je (ok! Takda kena mengena dengan sebarang roh jahat),lain macam tu rasa macam best je. Dalam hati masa tu bestnya kalau dapat belajar kat sini. Pastu dah balik rumah dah tak ingat pasal USM. Selepas tamat Tingkatan 5, Hayati melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Hayati belajar seperti biasa. Hayati tak pernah menyesal dan tak pernah anggap masuk Tingkatan 6 tu gelap dunia.

Masa belajar di Tingkatan 6 pun Hayati masih bukan pelajar cemerlang heheh. Paling lawak dan rasa segan masa hias kelas Tingkatan 6 Atas , dorang suruh la tulis nama dan universiti kita ingin belajar (apesal ayat ni macam tak best) atas pinggan kertas. Hayati tulis nama dan USM. Malu gila dengan result yang tak seberapa berangan nak belajar di USM yang perlukan result yang baik. Ok! Biar jelah. Pertengahan tahun pihak asrama (Hayati tinggal di asrama sekolah) buat lawatan ke Pulau Pinang dan kami menginap Desasiswa Indah Kembara (memang Indah). Dalam hati, bestnya dapat tinggal di asrama ni. Sejak balik dari lawatan Pulau Pinang Hayati pun insaf (amboi! Terharu pulak hahaha).Rasa semangat nak belajar di USM. Panjang pulak stoty nih,dipendekkan cerita akhirnya dapat jugak belajar di USM dan menginap di Desasiswa Indah Kembara.

Akhir coretan ini, tak kisahlah apa saja impian kita nak belajar ke bekerja. Janji kita jangan menyesal tak bertempat (menyesal menuntut ilmu/bekerja). Bila dah menyesal tak bertempat mulalah tak semangat dah tak semangat melayang-layang je tak ada arah tuju. Kepada yang masih belajar di sekolah, jangan berputus asa, walaupun bukan pelajar target bukanlah bermakna kita tak akan berjaya sampai bila-bila mana tahu ada bakat terpendam pandai melukis pandai berniaga semua itu ilmu yang perlu di cari kalau dah berbakat itu bonus. Yang penting RAJIN BUKAN PANDAI. Doa+Usaha+Tawakal.

kata-kata motivasi
sumber: google image

*skemanya penulisan kali ni.


1 ulasan:

  1. perjalanan hidup masih panjang.kita tak dapat jangka apa terjadi esok.Yang penting segalanya perlu dilalui dgn tabah

    BalasPadam