Sabtu, 2 April 2016

Adakah kita sahabat yang baik?

 “Bestnya kalau aku ada sahabat begitu..begini”

“Bertuahnya kalau Lina jadi sahabat aku..baik..bijak”

“Banyaknya masalah aku..nak luah kat siapa ni..”

Itulah kata-kata dan luahan dalam hati setiap manusia yang  mempunyai  keinginan memiliki seorang sahabat yang baik. Kawan biar beribu namun mencari seorang sahabat yang baik dan memahami diri kita bukanlah mudah. Alangkah bertuahnya jika mempunyai sahabat yang jiwanya mempunyai sedikit rentak persamaan seperti kita. Contohnya, sikap kita disaat berasa tertekan, kita lebih gemar berjalan-jalan dan sahabat kita juga mempunyai tabiat yang sama. Jika hendak mencari sahabat 100% mempunyai sikap dan rentak kehidupan kita, kehidupan kita dalam bersahabat menjadi kosong. Kenapa? Sebab tiada kepelbagaian ragam dan sikap. Mesti anda juga tidak suka apabila orang mengatakan gaya anda bercakap seperti sahabat anda. Tak gitu?

Kali ini Hayati bukan nak bincang tentang ciri-ciri mencari sahabat yang baik TETAPI Hayati ingin bincang bagaimana menjadi sahabat yang baik?..Kita mengharapkan hadirnya seorang sahabat yang baik dan sempurna dalam hidup kita tetapi adakah kita pernah terfikir adakah diri kita ini seorang sahabat yang baik kepada sahabat-sahabat kita? Manusia bukanlah robot yang diprogramkan untuk mengikut arahan manusia lain. Jika robot yang telah diprogramkan juga mempunyai kelemahan, apatah lagi kita  manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan sering melakukan kesilapan..tapi tak salahkan kalau kita mencuba untuk menjadi sahabat yang baik?

Bagaimana menjadi sahabat yang baik?

-Tidak mengambil kesempatan terhadap sahabat kita. Mentang-mentanglah sahabat kita jenis lurus bendul, kita ambil kesempatan suruh sahabat kita buat itu..ini..pergi sana..sini..menyerahkan segala tugas kita kepada sahabat kita untuk disiapkan. Bukankah sikap tersebut menggambarkan kita bukan seorang sahabat yang baik malah kita dilihat mempergunakan sahabat kita.

-Bersedia untuk mengalah!. Bukan mengalah di medan perang tau, maksud Hayati..contoh kita tengah bersembang dengan seorang sahabat tentang kemerduan suara,,,ini kes suara mencari suara merdu kot. Kita berpendapat  suara Itik lebih merdu dari suara katak. Kawan kita bermati-matian kata suara katak lebih merdu. Jadi, lebih baik kita mengalah..tak pun cakap begini “betullah, suara katak pun merdu juga..” hehe..Mengalah jelah oiii nanti tak pasal je berseteru berbulan,,bertahun..

-Saling memahami. Penting untuk saling memahami dalam menjalinkan persahabatan. Yelah tak memahami susahlah. Contoh, kita ada nama kawan nama di Si A, kita ada musuh bernama Si B. Masa agihan group tugasan Si A satu group dengan Si B. Maka Si A dan Si B mestilah selalu berjumpa untuk siapkan tugasan. Kita pun apalagi bermasam muka dengan Si A..bahasa glamornya tarik muka. Serba salah Si A..Antara tanggungjawab menyiapkan TUGASAN dan menjaga hati seorang SAHABAT. Sebagai seorang sahabat kita perlulah memahami tanggungjawab masing-masing. Lainlah kita masih belajar di sekolah tadika..tak boleh kawan dengan dia..jangan kawan dengan A sebab saya tak kawan dengan A..

-Berbuat baik terhadap sahabat. Kita selalu mengharapkan sahabat berbuat baik terhadap kita tetapi adakah kita berbuat baik terhadap sahabat kita?. “Aku tak nak la tolong dia, dia tak pernah tolong aku pun”.  Apa salahnya jika kita menolong sahabat kita, mungkin lama-kelamaan sahabat akan mengetahu betapa kita menghargai ikatan persahabatan.

-Menjaga aib sahabat. Jika anak mesti menjaga aib keluarga, seorang isteri perlu menjaga aib seorang suami..begitulah sebaliknya. Kelemahan dan ketidaksempurnaan sahabat kita janganlah diheboh-hebohkan. Bukankah cara begitu mengundang masalah seterusnya meretakan hubungan persahabatan..lebih parah persahabatan terputus kerana sikap mulut murai kita. Contahnya, Joyah, Timah kau nak tahu tak Minah kan bla..bla..bla..

Oleh itu, cubalah menjadi seorang sahabat yang menjaga hati sahabat yang lain. Kadangkala akibat terlalu akrab kita mengabaikan hati dan perasaan sahabat kita. Jika sahabat kita tidak meletakkan sebarang syarat dalam menjalinkan persahabatan, apa salahnya kita menerima kekurangan dan kelebihan diri sahabat kita seperti sahabat kita menerima kekurangan dan kelebihan diri kita. Janganlah menganggap diri kita terlalu sempurna kelak ada hati yang terluka. Jika sahabat melakukan kesalahan pandai-pandailah kita menegur secara berhemah dan berhikmah.

sahabat

Sekian..

Tinta Hayati



Show comments
Hide comments

2 ulasan:

  1. baru2 ni pun tengah ada masalah dgn kawan.. paling takleh terima dia amek kesempatan kat kawan saya a.k.a roommate dia.. asik suruh buat itu ini.. kesian kawan saya tu sampai tak tahan dah nangis2.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiannya, tak boleh tukar roomate ke?..susah jugak dapat roomate gitu..kalau bagi nasihat tak berubah juga, pindah bilik or tukar roomate je lah jalannya.

      Padam