FOLLOWERS

Ahad, 24 April 2016

Review Novel: Dari Alam Lain

Assalamualaikum..

Hari ini nak story pasal novel seram.Dah lama tak baca novel seram. Last baca buku seram Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis. Memang seram hihi siapa pernah baca mesti tahu tahap seram. Bila dah baca semua novel seram, Hayati rasa novel seram Dari Alam Lain agak berbeza dari novel-novel seram yang pernah Hayati baca (suka hati je kan menilai karya orang). Sinopsis Hayati ambil dari sinopsis dari novel. 

SINOPSIS DARI NOVEL:


NOVEL : DARI ALAM LAIN
PENULIS: HELMI EFFENDY
PENERBIT: BUKU PRIMA

Mereka adalah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam atau Dean Winchester. Mereka juga tiada kaitan dengan kumpulan lagenda Ghostbuster. Mereka adalah Badrul Zaman dan Citra Adra. Kacukan manusia-bunian. Kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka.  Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung, tetapi relung mesti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. Maka mengembaralah Badrul Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. Dalam masa yang sama makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali. Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.

Hayati :Penulis novel menjalinkan sejarah Zaman Melaka dengan fiksyen. Watak-watak Hang Tuah, Hang Jebat , Tun Teja dan beberapa nama yang terlibat dalam sejarah zaman Melaka lebih tepat zaman kesultanan Melaka.Mula-mula baca sinopsis dan kata pengantar penulis Hayati teruja sangat nak baca. Sebagai seorang yang pernah belajar sejarah dan baca Hikayat Hang Tuah, Hayati nak tahu lah cerita Dari Alam Lain bagaimana penulis meletakkan watak-watak yang terlibat dalam sejarah Melaka dalam novel. Bila selesai baca novel Dari Alam Lain apa yang dapat Hayati katakan penulis novel ini memang kreatif. Dalam novel Dari Dunia lain, paling seram pasal lagu ulit mayang. Nak tahu kenalah baca novel ini..hihi..




Baca selengkapnya

Ahad, 17 April 2016

Menarik!!Kedai Buku Online Bookcafe.com.my


Menarik!!Kedai Buku Online Bookcafe.com.my

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak Bookcafe.com.my? ok. Bookcafe.com.my ini adalah kedai buku online yang menyediakan kemudahan kepada penggemar buku..ulat buku atau kepada sesiapa je yang nak beli buku secara online. Lebih 70 penerbit buku dan lebih 2000 buku disediakan di Bookcafe.com.my. Jadi tak payah runsing-runsing  atau terkejar-kejar ke kedai buku.di Bookcafe banyak pilihan. Boleh tengok-tengok buku yang berkenan di hati. Novel cinta, novel seram, buku agama, buku bacaan untuk kanak-kanak, buku rujukan untuk pelajar sekolah pun ada. 

Antara buku-buku menarik di Bookcafe.com.my:

bookcafe sebelum aku bernikah:memeluk sempurna

Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna adalah perkongsian, idea dan pandangan mengenai isu-isu percintaan, pernikahan dan rumah tangga. 

bookcafe duda terlajak laris

Sekarang ini tengah demam drama Duda Terlajak Laris..drama adaptasi novel. Dah namanya adaptasi novel, kenalah baca novel baru bertambah-tambah best tengok drama tv. Baca novel..tengok drama nanti boleh la cari perbandingan antara drama dan novel. Percayalah tengok drama, baca novel pasti beri kelainan apabila kita menonton drama tv..hihi

Baca novel..menonton tv.., jangan lupa ulangkaji pelajaran. Di Bookcafe.com.my juga terdapat buku-buku rujukan Sasbadi untuk pelajar sekolah. Buku rujukan PT3 ada..SPM pun ada.

bookcafe buku rujukan

                                                                            Buku Sasbadi
Mudah? Bookcafe  - Pilih - Beli. Siapa ada baucar Buku 1 Malaysia boleh klik disini untuk maklumat lanjut.
Baca selengkapnya

Rabu, 13 April 2016

Ciri-ciri Memilih Sahabat Yang Baik

Assalamua’laikum..
Ciri-ciri Memilih Sahabat Yang Baik
Sumber: Google Image

Semua orang ada sahabat kan? Ataupun ada dalam kalangan kita sedang mencari sahabat. Mungkin bagi mereka yang baru berada di persekitaran baru contoh..baru bekerja di tempat baru atau ada dalam kalangan kita sejak kecil memang jenis tak berkawan.  Entri kali ini bukan khas untuk yang tak ada sahabat tau, ada sahabat ke tak ada ke boleh je baca entri ni. Nak pilih sahabat, mestilah kita ada kriteria untuk sahabat kita. Sebenarnya, siapa sahabat kita mempengaruhi kita atau cara orang di sekeliling kita menilai kita (macam berbelit-belit pulak ayat ni). Kita bukan nak berprasangka buruk tau. Contoh:

Mat: Kau kenal Abu?
Bulat: Abu mana pulak ni..dalam kampung kita ni ada lima orang nama Abu..Abu Bakar ke?..Abu tauke kedai ke..?
Mat: Abu kawan Ali!
Bulat: Ohhh! Ali gangster tu ke. Kenal sangat..

P/s:  Nama diatas tiada kaitan dengan sesiapa atau dengan mana-mana situasi. Hanya contoh semata-mata J )

Jadi..apakah ciri-ciri sahabat yang perlu kita pilih?
Adakah sahabat yang glamor?
Sahabat dalam kalangan orang bijak-bijak sahaja?..tak pandai tak nak kawan.. (ada ke orang begini?)

Berikut ciri-ciri memilih seorang sahabat:

Seorang yang baik peribadi dan tingkahlaku.

-Bukan apa kalau berkawan dengan orang yang tingkahlaku tak baik bimbang terpengaruh akan sikap tak baik..tapi kalau boleh ubah tingkahlaku ke arah kebaikan tak salahkan? Sebab kita semua tak sempurna ada baik dan buruk. Masing-masing ada pilihan.Tak salah beri peluang..kadang-kadang kita tak tahu hati budi seseorang..Cuma berhati-hati bersahabat.

Pilih sahabat yang tak terlalu pentingkan diri.

-Ini jenis sahabat yang selamatkan diri sendiri dulu. Janji dia selamat dan orang lain tak salahkan dia..pendek kata: Aku tak mahu tanggung risiko.

Sahabat yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan.

-Kadang-kadang kita terlalu selesa dan anggap..ala kawan aku tu ok je,,jenis sempoi je..kutuk perli pun senyum je. Inilah situasi yang jarang difahami dalam persahabatan. Kadang-kadang dalam bergurau tanpa sedar kita melukakan hati sahabat kita. Jadi jika sahabat anda sangat menerima kekurangan anda.Anda memang bertuah tapi anda pun kenalah terima kekurangan sahabat anda..

Sekian.. 
   




Baca selengkapnya

Khamis, 7 April 2016

CERPEN: Pencuri Cinta (1)

CERPEN: Pencuri Cinta (1)


Shafaa mengatur langkah menuju ke kelas Tingkatan 5 Akaun 1, sambil berjalan mulut Shafaa mengalunkan rentak lagu yang sukar difahami. Hanya Shafaa saja yang faham. Lagu tanpa lirik bunyi seakan-akan lagu kanak-kanak tadika.

Bila rasa gembira tepuk tangan..yeay!!

   “Hoii budak, tidak dibenarkan menyanyi di kawasan sekolah. Menganggu ketenteraman okey...”

   Ciss! Siapa pulak sibuk-sibuk pasal hidup aku ni, huh? Macam suara cengkerik? Tahap suara macho rendah. Terr..terrr..data dianalisis ! memang sah suara ketua pengawas sombong tahap sombong berganda-ganda kalah si Tanggang. Shafaa menoleh ke arah suara yang menegurnya. Betullah, mamat poyo tu. Syafa mengeluh bosan plus plus menyampah. Habis mood gembira Shafaa.

   “Biarlah aku nak menjerit ke menyanyi ke? Bukan sekolah kau pun. Orang lain menyanyi kau tak tegur pun. Aku menyanyi kemain kau menganggu ketenteraman sekolah konon. Huh! Menyampahnya,”  marah Shafaa dalam nada tidak puas hati

   “Ok. Aku tulis nama kau dalam buku kesalahan disiplin. Kau telah lakukan dua kesalahan pertama, suara katak kau tu menganggu pelajar lain nak belajar walaupun baru tamat waktu rehat..kedua, kau melawan arahan yang diarahkan oleh aku. Hisyam bin Hasyim, ketua pengawas!”

   “Tulis jelah, tak payah ceramahkan aku panjang-panjang. Aku tak ada masa nak dengar lah” Shafaa dah meluat gila.

   “Nama kau?”

   “Shafaa. Berapa ribu kali kau tulis nama aku. Tak ingat-ingat ke?”

   “Syafa je?”

   “Bukan S.Y.A.F.A tapi S.H.A.F.A.A, Shafaa Natasya Binti Aziz.” Shafaa buat muka paling bosan.

Jemari comel Hisyam pantas mencatat nama Shafaa dalam buku notanya. 

   “Ok. Kau boleh balik kelas. Jangan asyik merayap je. Jangan rosakkan imej sekolah kita yang suci lagi murni ni. Kau faham?”

   “Faham! Gila kuasa betullah.”

   “Apa?” sengaja Hisyam buat-buat tak dengar.

   Sesuailah gelaran gila kuasa. Bukan aku je mengata kau. Satu sekolah kutuk kau sombong. Buktinya jelas lagi nyata dia menuduhku menganggu ketenteraman sekolah..Shafaa sempat lagi membebel dalam hati.

   “Ketua pengawas yang budiman. Saya hendak masuk ke kelas. Saya tak suka dengar lelaki berleter. Pelik dan tidak baik untuk kesihatan telinga saya.”

   Shafaa berlalu meninggalkan Hisyam masih terkial-kial hendak membalas kata-kata Shafaa. Shafaa memang sering menimbulkan masalah. Tak adalah sering sangat, Hisyam saja-saja cari masalah. Sehari tak ada kes melibatkan disiplin pelajar sekolah hai sepi betul hidup Hisyam.Shafaa tergesa-gesa menuju ke kelas. Semua ini gara-gara Hisyam mencari masalah. Lantaklah nak list nama aku banyak-banyak pun. Bukan salah aku! Aku mangsa buli dan penindasan.

   Hisyam berjalan ke bilik guru. Muka masam mencuka. Stress! hari-hari terserempak dengan minah kecik molek tu. Perangai Shafaa persis perangai adiknya, Nur Ain. Perangai sama ja. Kalau Ain siaplah di ketuk-ketuk dengan kuali. Biar benjol kepala. Hilang ingatan. Arghh!! tugas aku menjaga keamanan sekolah, disiplin pelajar dan pengawas.Memang suara Shafaa tu  hancus, suara buluh betong lagi merdu.

Hisyam! Tunggu!

Bersambung..


Baca selengkapnya

Isnin, 4 April 2016

Atasi Stress ketika Minggu Assignment

Assalamua’laikum

Hari ini saja nak tulis pasal pelajar-stress-minggu assignment. Kalau belajar bergelar pelajar tak ada assignment memang tak patut kan? Assignment  umpama makanan bagi pelajar (ok jangan bayang kfc..mcd). Banyak cara untuk atasi stress ketika minggu-minggu penyeksaan bagi otak kita. Hayati tak nak lah bagi tips siapkan assignment awal-awal..bla..bla..sebab memang jarang-jarang orang siapkan assignment awal sem..hihi.. Disebabkan suka tangguh kerja maka bila semua assignment kena hantar hampir-hampir tarikh yang sama atau memang tarikh sama (k.o lah jawabnya). Jadi, otak pun dah macam tak berfungsi (kalau rasa tipu je fakta ni jangan percaya hihi). Assignment banyak, tak kan sehari suntuk mereput di dalam bilik. Kena jalan-jalan tengok pokok-pokok..hirup udara segar, 30 minit pun dah ok. Bagaimana nak atasi stress dan elak mata  berpinar-pinar sebab pening-pening lalat?

Hayati bagi tiga tips je..

stress


Tips:

PERTAMA: Dekatkan diri dengan Allah.

KEDUA: Bersiar-siar dengan kawan-kawan. Kalau berjalan-jalan dengan kawan-kawan memang 70% tak ingat assignment..paling best kawan-kawan pulak perangai gila-gila,,meriah habis. ok lah kan anggap je hidup tengah bahagia haha. Kalau nak berjimat-jimat bajet duit siap-siap. Duit tambang bas, duit makan..bukan apa,nanti terbeli tudung terbeli macam-macam..

KETIGA: Ini paling best tak perlu habiskan banyak masa,duit..

stress
Lokasi: semestinya bukan di zoo.

Bersiar-siar melawat biawak..hilang stress tengok biawak bahagia hehe.

Sekian,

Tinta Hayati



Baca selengkapnya

Sabtu, 2 April 2016

Adakah kita sahabat yang baik?

 “Bestnya kalau aku ada sahabat begitu..begini”

“Bertuahnya kalau Lina jadi sahabat aku..baik..bijak”

“Banyaknya masalah aku..nak luah kat siapa ni..”

Itulah kata-kata dan luahan dalam hati setiap manusia yang  mempunyai  keinginan memiliki seorang sahabat yang baik. Kawan biar beribu namun mencari seorang sahabat yang baik dan memahami diri kita bukanlah mudah. Alangkah bertuahnya jika mempunyai sahabat yang jiwanya mempunyai sedikit rentak persamaan seperti kita. Contohnya, sikap kita disaat berasa tertekan, kita lebih gemar berjalan-jalan dan sahabat kita juga mempunyai tabiat yang sama. Jika hendak mencari sahabat 100% mempunyai sikap dan rentak kehidupan kita, kehidupan kita dalam bersahabat menjadi kosong. Kenapa? Sebab tiada kepelbagaian ragam dan sikap. Mesti anda juga tidak suka apabila orang mengatakan gaya anda bercakap seperti sahabat anda. Tak gitu?

Kali ini Hayati bukan nak bincang tentang ciri-ciri mencari sahabat yang baik TETAPI Hayati ingin bincang bagaimana menjadi sahabat yang baik?..Kita mengharapkan hadirnya seorang sahabat yang baik dan sempurna dalam hidup kita tetapi adakah kita pernah terfikir adakah diri kita ini seorang sahabat yang baik kepada sahabat-sahabat kita? Manusia bukanlah robot yang diprogramkan untuk mengikut arahan manusia lain. Jika robot yang telah diprogramkan juga mempunyai kelemahan, apatah lagi kita  manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan sering melakukan kesilapan..tapi tak salahkan kalau kita mencuba untuk menjadi sahabat yang baik?

Bagaimana menjadi sahabat yang baik?

-Tidak mengambil kesempatan terhadap sahabat kita. Mentang-mentanglah sahabat kita jenis lurus bendul, kita ambil kesempatan suruh sahabat kita buat itu..ini..pergi sana..sini..menyerahkan segala tugas kita kepada sahabat kita untuk disiapkan. Bukankah sikap tersebut menggambarkan kita bukan seorang sahabat yang baik malah kita dilihat mempergunakan sahabat kita.

-Bersedia untuk mengalah!. Bukan mengalah di medan perang tau, maksud Hayati..contoh kita tengah bersembang dengan seorang sahabat tentang kemerduan suara,,,ini kes suara mencari suara merdu kot. Kita berpendapat  suara Itik lebih merdu dari suara katak. Kawan kita bermati-matian kata suara katak lebih merdu. Jadi, lebih baik kita mengalah..tak pun cakap begini “betullah, suara katak pun merdu juga..” hehe..Mengalah jelah oiii nanti tak pasal je berseteru berbulan,,bertahun..

-Saling memahami. Penting untuk saling memahami dalam menjalinkan persahabatan. Yelah tak memahami susahlah. Contoh, kita ada nama kawan nama di Si A, kita ada musuh bernama Si B. Masa agihan group tugasan Si A satu group dengan Si B. Maka Si A dan Si B mestilah selalu berjumpa untuk siapkan tugasan. Kita pun apalagi bermasam muka dengan Si A..bahasa glamornya tarik muka. Serba salah Si A..Antara tanggungjawab menyiapkan TUGASAN dan menjaga hati seorang SAHABAT. Sebagai seorang sahabat kita perlulah memahami tanggungjawab masing-masing. Lainlah kita masih belajar di sekolah tadika..tak boleh kawan dengan dia..jangan kawan dengan A sebab saya tak kawan dengan A..

-Berbuat baik terhadap sahabat. Kita selalu mengharapkan sahabat berbuat baik terhadap kita tetapi adakah kita berbuat baik terhadap sahabat kita?. “Aku tak nak la tolong dia, dia tak pernah tolong aku pun”.  Apa salahnya jika kita menolong sahabat kita, mungkin lama-kelamaan sahabat akan mengetahu betapa kita menghargai ikatan persahabatan.

-Menjaga aib sahabat. Jika anak mesti menjaga aib keluarga, seorang isteri perlu menjaga aib seorang suami..begitulah sebaliknya. Kelemahan dan ketidaksempurnaan sahabat kita janganlah diheboh-hebohkan. Bukankah cara begitu mengundang masalah seterusnya meretakan hubungan persahabatan..lebih parah persahabatan terputus kerana sikap mulut murai kita. Contahnya, Joyah, Timah kau nak tahu tak Minah kan bla..bla..bla..

Oleh itu, cubalah menjadi seorang sahabat yang menjaga hati sahabat yang lain. Kadangkala akibat terlalu akrab kita mengabaikan hati dan perasaan sahabat kita. Jika sahabat kita tidak meletakkan sebarang syarat dalam menjalinkan persahabatan, apa salahnya kita menerima kekurangan dan kelebihan diri sahabat kita seperti sahabat kita menerima kekurangan dan kelebihan diri kita. Janganlah menganggap diri kita terlalu sempurna kelak ada hati yang terluka. Jika sahabat melakukan kesalahan pandai-pandailah kita menegur secara berhemah dan berhikmah.

sahabat

Sekian..

Tinta Hayati



Baca selengkapnya

Jumaat, 1 April 2016

Bidang Pengajian Kesusasteraan

Assalamu’alaikum..

Penulisan blog kali ini, Hayati nak jelaskan serba sikit tentang bidang kesusasteraan. Kalau kita sebut Kesusasteraan mesti masyarakat fikir pelajar sastera hanya belajar tentang sajak,cerpen dan baca novel. Siap ada orang tanya Hayati : hari-hari pergi kelas budak sastera belajar deklamasi sajak dan baca hikayat ke? =,=! OK..baguslah kalau orang tanya kita boleh terangkan..betul tak?. Hayati harap penulisan ini walaupun tak banyak sikit pun jadilah masyarakat mengetahui tentang bidang Kesusasteraan.

Bidang Pengajian Kesusasteraan


SAJAK,NOVEL,CERPEN,HIKAYAT.

Memang betul sebagai pelajar Sastera, kami belajar sajak,novel..cerpen tapi bukanlah sekadar membaca malah kami diberi tugasan agar memahami..menggali secara lebih mendalam tentang bahan yang kami baca. Contoh, diberi tugasan membaca cerpen Taking Shelter, sebuah cerpen yang ditulis oleh pengarang Yahudi Amerika Latin. Kami perlu menggali sedalam-dalam penyampaian tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis. Taking Shelter sebuah cerpen tentang dua watak berbangsa Yahudi yang dahulunya menetap di Amerika Syarikat kembali ke Jurusalem,Israel. Jadi, kami perlu kaji dari sudut teori yang sesuai contoh dalam cerpen Taking Shelter (Teori Diaspora), sejarah tentang bangsa Yahudi, sejarah negara Israel, sejarah Amerika-Israel, sejarah bangsa yahudi di Rusia..dan macam-macam lagi untuk lebih memahami karya tersebut. Belajar hikayat memerlukan kami membaca hikayat-hikayat lama yang tebal-tebal dan  agak sukar difahami. Perlu baca berulang-ulang kali.Yang paling menarik, kisah-kisah hikayat melayu di luar negara terutama di Belanda sangat dihargai..sehinggakan universiti di sana mempunyai Fakulti Manuskrip dan Pengajian Melayu. Seperti kita ketahui manuskrip lama melayu bertulisan jawi lama yang sukar dibaca.

SASTERA DAN MEDIA BARU

Sastera dan Media Baru mungkin sesuatu yang jarang orang tahu atau tidak tahu. Di barat, Sastera dan Media Baru sudah lama diperkenalkan.

Antara subjek yang berkaitan Sastera dan Media Baru:
-Kritikan sastera, Media dan Budaya
-Kesusasteraan, Filem dan Media Baru
-Kesusasteraan Kanak-kanak dan remaja
-Fiksyen Sains dan Media Baru

Bagi kami, subjek berkaitan sastera dan media baru ini memang baru sebab semasa zaman kami Tingkatan 6 kami tidak belajar Sastera dan Media Baru. Agak mencabar bila dapat tugasan yang memerlukan kami aplikasi sastera dalam media baru.Contoh, kena buat puisi digital, sastera dan animasi..

KESUSASTERAAN BANDINGAN , KESUSASTERAAN EROPAH DAN AMERIKA

Belajar tentang perbandingan karya-karya terkenal dunia, merentasi sempadan negara dan disiplin ilmu. Contoh, teori dan kajian perbandingan karya sastera dan filem. Kesusasteraan Eropah dan Amerika belajar dalam bahasa Inggeris sebab kesusasteraan bukan kesusasteraan Melayu. Jadi tak fokus belajar sastera Melayu sahaja.

PENULISAN KREATIF DAN PENYUNTINGAN

Penulisan Kreatif dan Penyuntingan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Penulisan Kreatif dan Penyuntingan I dan II. Penulisan Kreatif dan Penyuntingan 1, kami belajar menulis sajak,cerpen,sunting artikel..bukan waktu tutorial saja tapi waktu exam pun kena mengarang. Dalam kuliah belajar teori dan teknik Penulisan Kreatif dan Penyuntingan. Penulisan Kreatif dan Penyuntingan II, lanjutan dari subjek Penulisan Kreatif dan Penyuntingan 1, kalau sesiapa berbakat dan berminat menulis dan menepati syarat-syarat akan belajar Penulisan Kreatif dan Penyuntingan ll. Penulisan Kreatif dan Penyuntingan II pelajar perlu siapkan 12 buah cerpen berdasarkan tema yang diberi oleh pensyarah. Boleh pilih nak tulis cerpen,novel..sajak..kemudian,bukukan cantik-cantik.

KAJIAN LUAR

Kalau jenis minat berjalan..jumpa orang sana sini bolehlah daftar kursus kajian luar. Pergi tempat kajian. Kemudian balik mengarang tugasan. Yang penting, tajuk tugasan kajian luar diluluskan pensyarah kalau tak cari tajuk lain. Tugasan tak boleh sama tajuk dengan kawan-kawan..

LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri siapa berminat boleh daftar subjek latihan industri.  Tahun lepas (2015) pelajar sastera menjalani latihan industri di syarikat:

-Dewan Bahasa dan Pustaka
-Penerbit Usm
-Produksi Filem/Drama
-Stesen Radio..
-lain-lain..

Bahagian kesusasteraan juga banyak menganjurkan program seperti persidangan peringkat kebangsaan..antarabangsa, bengkel seperti Bengkel Asas Animasi, Bengkel Penulisan Skrip drama/filem.


Begitulah info yang dapat Hayati kongsi pada hari ini. Kursus kesusasteraan Hayati tulis ini berdasarkan kursus kesusasteraan yang ditawarkan di USM tahun 2012 hingga sepanjang 3 setengah tahun pengajian di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,USM. 


Sekian..Selamat membaca...
Baca selengkapnya