FOLLOWERS

Jumaat, 26 Mei 2017

AKU BUDAK 90-AN.SALAM RAMADAN 2017

SALAM RAMADAN 2017

Amboi kemain tajuk entry aku, budak 90-an kunun hehe hakikatnya memang pun aku dah dah agak tua  :D . Walaupun zaman kanak-kanak aku dah lama berlalu tapi masih ada lagi cebisan memori aku masa bulan ramadan zaman kecik-kecik dulu. Masa tu aku masih menetap di Kedah, then, masa aku nak masuk usia 7 tahun baru pindah ke Perak sebab aku bersekolah kat Perak. So, aku saja lah nak kenang-kenang kembali zaman aku berpuasa masa zaman budak-budak dulu hehe...

1)      Waktu berpuasa yang agak lama
Aku rasa sekarang ni waktu antara sahur dan berbuka puasa macam sekejap je. Pagi bangun sahur, solat subuh..siang buat apa yang patut, tup..tup..orang dah azan magrib hehe..Seingat akulah masa zaman aku kecik kemain lama nak tunggu waktu berbuka puasa. Sempat jugak aku murung sat sambil tunggu waktu berbuka puasa walaupun masa tu aku bukan puasa sangat pun hahaha biasalah budak umur 5-6 tahun.

2)      Mereng asyik nak ke kedai je..
Dekat rumah tokwan aku dulu ada kedai runcit. Aku, adik aku dan pak sedara aku yang lebih kurang sebaya usia rajin p beli roti bantal kat kedai pakcik karim namanya kalau tak silap akulah,,,aku pun dah lupa. Lagi satu ketagih nak beli air manik a.k.a air berkarbonat dalam botol kaca tebal tu. Sekarang ni setakat rm1..rm2 tu sekali beli je dulu aku rasa susah betul nak beli hahaha harga maybe tak sampai rm1 pun rasa mahal.

3)    Masalah termakan haha..Korang mesti pernah alami peristiwa macam aku haha..masa tu aku dah start puasa dah. Usia dalam 9 tahun gitu kot.Petang tu mak aku nak goreng bihun tak silap aku. Aku pun galak p dok sebelah mak aku. Bahan-bahan mak aku dah hiris semua siap dah letak dalam mangkuk. Sekali aku termakan lobak masin haha pastu mak aku tegur. Apa lagi aku buangkan lobak masin tu, sempatlah aku mengunyah dua tiga kali..haha

4)  Bawak bekal pegi sekolah. Masa tu aku darjah 1, biasalah kantin mesti tutup masa bulan puasa sebab sekolah aku semua student Islam. masa tu pakat bawa bekal berjemaah haha,aku dan kawan-kawan seriang ria aku makan depan cikgu pulak tu. Masa tu cikgu aku ok je siap teman makan lagi haha..Masa Darjah 2 memang taklah aku nak makan. Malu gila kot haha.


KALAU KORANG ADA PENGALAMAN BULAN PUASA YANG KELAKAR ATAU MEMANG TERKENANG-KENANG BOLEHLAH SHARE DEKAT RUANGAN KOMEN :)

SALAM RAMADHAN
Untuk semua..tak kisahlah korang lahir berapa puluhan pun haha..


Rabu, 24 Mei 2017

BISIKAN DENDAM BAB 2


BISIKAN DENDAM KEMENYAN
SUMBER: GOOGLE IMAGE
"Kau kianati aku!"
Seri mengambil gambar lalu menikam-nikam dengan serpihan kaca. Darah yang mengalir menitis di atas gambar tidak dihiraukannya. Sakit serpihan kaca yang menoreh tapak tangannya tidak sepedih sakit dikianati orang yang disayangi. Seri mengoyak gambar menjadi cebisan kecil lalu dilemparkan ke luar ke luar tingkap. Setelah puas melepaskan perasaan dendam dan marahnya, Seri menuju ke pintu bilik. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.
"Senah! Senah!"Senah terkocoh-kocoh berlari anak menuju ke tingkat atas rumah.
"Ya! Puan!"
"Bersihkan kaca-kaca ini!" Seri mengarah Senah. Senah mengangguk faham. Senah sudak masak dengan sikap majikannya. Senah mengambil penyapu dan kain membersihkan sisa kaca dan darah. Saat Senah ingin keluar dari bilik kelihatan Seri sedang mengantikan semula bingkai gambar dan gambar yang baru lalu diletakkan di atas meja soleknya.
"Kau sudah sediakan segala yang aku minta?"
Seri menyanggul kemas rambutnya. Cerucuk sanggul di cucuk di sanggul menambahkan keserian wajahnya. Senah akui Seri masih cantik  sudah lanjut. Keluarga Senah sudah lama bekerja dengan Seri. Seri amat menjaga penampilannya, setiap bulan purnama Senah dikehendaki menyediakan tujuh jenis bunga dan diletakkan di dalam rumah kecil di belakang rumah. Senah tidak tahu tentang rumah kecil itu. Dulu arwah ibunya tidak membenarkan Senah bertanya tentang Seri . Nama sebenar majikannya Senah sediri tidak tahu. Orang memanggilnya kampung hanya memanggilnya Seri. Senah sendiri sukar meneka nama majikannya. Selepas orang tuanya meninggal dunia, Senah dan suaminya, Megat mengantikan tempat mereka.
"Saya sudah sediakan barang-barang yang puan minta." Senah berdiri kaku di hadapan Seri. Seri memandang wajah Senah yang sedang ketakutan.
"Mana Megat?"
"Megat ke pasar beli barang dapur , puan!"
"Nanti suruh dia bersihkan halaman rumah dan malam nanti sediakan pulut kuning dan ayam panggang. Kaki ayam kau masak sup. Ingat kau jangan potong kuku kaki ayam. Kemudian, separuhnya kau hantarkan ke rumah belakang sebelum senja.
Senah hanya mengangguk.Setiap hari Seri akan mengingat Senah perkara yang perlu dilakukan. Hendak dibantah bimbang majikan memarahinya. Pernah Senah dan Megat ingin lari meninggalkan Seri. Namun, setiap kali niat itu terkubur apabila terkenangkan perjanjian yang telah dibuat keturunannya dengan keluarga Seri.
"Ingat Senah, jikakau mungkir janji seluruh keturunan kita akan mati!"
Senah tidak faham , namun akur dengan peringatan yang sering  dipesan oleh ibunya. Senah meminta diri ke dapur.
Hujan mulai reda. Seri menuju ke rumah kecil di belakang rumah. Mangga pintu dibuka dan Seri masuk ke dalam rumah kecil itu.Pintu dikunci rapat dari dalam. Seri tidak mahu Senah dan Megat melihat perbuatannya. Ruang bilik gelap hanya limpahan cahaya lilin menerangai rumah kecil itu. Bau asap kemenyan menusuk ke hidungnya. Seri mengambil telur ayam yang dibalut kain kuning yang telah dijampi. Sebatang jarum dicucuk sambil membaca mulut Seri terkumat-kamit membaca mantera.
BACA BAB PENUH DI PORTAL ILHAM (KLIK DISINI)


JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK

ASSALAMUALAIKUM..

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Cepatnya masa berlalu..ok, aku rasa geli hati pula bila baca balik ayat drama aku ni. Entri kali ini aku nak sah share JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK. Harap bermanfaat untuk rujukan kita semua.
 
JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK
JADUAL IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2017 DAERAH GERIK DAN SELURUH NEGERI PERAK

Untuk jadual detail seluruh daerah dan negeri korang boleh tengok di portal www.islam.gov.my (KLIK DISINI)